Saturday, 27 August 2011

Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk umat Islam menyambut Hari Kemenangan setelah berjuang dalam bulan Ramadhan. Keseronokkan dan kemeriahan suasana Hari Raya sangat dinantikan. Namun, saat dan detik-detik bahagia Ramadhan tentu dirindukan. Semoga kita berpeluang lagi mengecapi Ramadhan tahun hadapan. Insyaallah. Bagi yang nak balik kampung tu, hati-hati di jalan raya, amalkan sikap pemanduan yang berhemat dan cermat..^_^..Dan yang memang kat kampung macam saya ni, hati-hatilah di mana-mana jua anda berada. Bagi pelajar macam saya ni jugak, nak balik kampus lepas cuti raya pun kena berhati-hati. Tak kira lah juga ke mana jua destinasi anda wahai saudara, semoga Allah sentiasa melindungi kita.

 ..^_^..SEMOGA BERBAHAGIA DI HARI LEBARAN INI..^_^..

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga, rakan taulan yang mengenali saya di alam maya ini dan umumnya kepada seluruh umat Islam.

" Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin "








Malam Lailatul Qadar..

Sumber: http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah s.w.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.


Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut...
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.


Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.


Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:


Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. 


Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. 


Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut:
>> Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.


Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut:

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku. Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa.

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar
    dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan 
    rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur
  yang terang benderang disegenap tempat hingga di segala ceruk 
  yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang
  lain dari Malaikat. 
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon
  kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.


Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


La Tahzan : Jangan bersedih…..

..Assalamualaikum..

Saya ingin membuat sedikit catatan yang pastinya berguna buat diri ini dan mudah-mudahan buat pembaca juga. Coretan ini dipetik daripada sebuah buku yang berjudul “Jangan bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia” sebuah terjemahan karya Dr.’Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni yang asal, berjudul “As’ad Al-Mar’ah Al-‘Alam. Terjemahan ini adalah karya terbitan Al-Hidayah Publications. Untuk lelaki dan juga wanita, semoga beroleh walau sedikit rasa ketenangan. Jadi, La Tahzan..



Ada dua tajuk kata-kata@cerita mutiara yang ingin saya catatkan..

Pertama...(Daripada Bab Nilam Ke-8, ms:250)
KADANGKALA ALLAH MENGEMBALIKAN SESUATU YANG HILANG

Ya Tuhanku, mula-mula perkara yang dikatakan oleh hati kecilku adalah: “Aku selalu ingat kepadaMu baik dalam batinku mahupun dalam zahirku”.

Ceritanya : Setelah berpisah selama lebih dari dua puluh tahun, Allah mempertemukan antara seorang ibu dan anaknya yang berumur dua puluh lima tahun, setelah dipisahkan oleh liku-liku kehidupan. Perkara itu terjadi pada saat puterinya menikmati bulan madunya di sebuah tempat peranginan di gunung Saudah di kota Abha, Arab Saudi.

Disebutkan bahawa ibunya telah bernikah lagi setelah bercerai dari suami pertamanya yang ketika itu usia anak perempuannya itu baru tiga tahun. Keadaan kerja suami keduanya yang selalu berpindah-pindah dari suatu kota ke kota yang lain menghalangi sang ibu untuk menjenguk puteri yang ditinggalkannya dalam jagaan suami pertamanya.

Pada suatu hari yang indah di musim panas di gunung Saudah, sang puteri bertemu dengan salah seorang ibu di tempat peranginan. Mereka berbincang-bincang dan keduanya tidak saling mengenali antara satu sama lain, kerana sang ibu meninggalkan puterinya ketika masih berumur tiga tahun.

Semasa perbincangan, sang ibu melihat salah satu jari puterinya yang terpotong, kemudian sang ibu bertanya tentang ibunya. Sang puteri pun menceritakannya. Seketika itu sang ibu menyedari pertemuan dengan puterinya setelah berpisah selama dua puluh tahun lebih. Sang ibu terus memeluknya dan mencium wajahnya dengan kasih-sayang dan cinta yang mendalam. Kerinduan yang dipendam begitu lama pecah seketika.

Bekalan: Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti. Dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri.

Kedua...(Daripada Bab Nilam Ke-9, ms:252)
KATA-KATA YANG MELIPUTI WAKTU DAN TEMPAT

Wahai Tuhan tempat mengadu orang yang dilanda kesedihan dan kecemasan Engkaulah yang mempersiapkan segala sesuatu yang akan terjadi.

“Musa A.S. berkata: “Ya Tuhanku, ajarilah daku suatu doa agar aku dapat berdoa dan bermunajat kepadaMu.” Allah berfirman: “Hai Musa, katakanlah “Laa Ilaha Illallah” (Tiada Tuhan yang berhak disembah, selain Allah). Musa berkata: “Semua orang mengucapkan Laa Ilaha Illallah.” Allah berfirman: “Hai Musa, seandainya tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi dalam suatu sisi timbangan, sedang sisi yang lain terdapat kalimah Laa Ilaha Illallah, nescaya yang ada kalimah Laa Illaha Illallah akan lebih berat.”

Kalimah “Laa Ilaha Illallah” ini memiliki sinar yang berkilau yang dapat mengusir kabus dan awan dosa sesuai dengan kekuatan dan kelemahan sinarnya. Ia mempunyai cahaya yang berbeza-beza kekuatannya sesuai dengan kekuatan dan kelemahan hati pelakunya. Tiada yang dapat menghinggakannya, selain hanya Allah S.W.T..

Sebahagian manusia mempunyai cahaya kalimah ini di hatinya bagaikan matahari. Sebahagian manusia yang lain mempunyai cahaya kalimah ini di hatinya bagaikan bintang. Sebahagian manusia mempunyai cahaya kalimah ini bagaikan pelita yang terang. Dan ada pula yang cahayanya laksana lilin yang berkedip-kedip.

Setiap kali bertambah besar dan bertambah kuat cahaya kalimah ini dalam qalbu seseorang, maka semakin membakarlah ia terhadap semua keraguan dan nafsu syahwat yang terdapat dalam diri seseorang.

Bekalan: Kebahagiaan orang yang beriman adalah dengan mencintai Allah. Cinta kepada Allah adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam dari setiap sesuatu yang dalam. Hanya mereka yang sungguh-sungguh berimanlah yang dapat merasakannya. Dan, perasaan itu tidak boleh digantikan.

Sunday, 31 July 2011

Welcoming Ramadhan Al-Mubarak 2011 M (1432 H)..

Assalamualaikum……Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih dipinjamkan nyawa di bumi Allah yg indah ini. Entah esok, entah lusa, entah di mana lah kita. Pada ketika dan saat ini, diri ini masih berkesempatan merasakan bahang Ramadan yg bakal menjelma dalam beberapa hari saja lagi. MasyaAllah, pasti ramai yang tidak sabar-sabar lagi untuk menyambut Ramadhan yang membahagiakan..Justeru, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada keluarga dan teman sekalian. Semoga amalan-amalan mulia kita di bulan yang mulia ini diterima Allah s.w.t..Insyaallah..



Stanza Cinta: Andai Jodoh Kita..

Nukilan di kala iman masih menyedarkan..

..Jodoh itu rahsia Allah..

Andai jodoh kita,
Adakah engkau akan terima?

Andai jodoh kita,
Aku benar-benar rela.

Andai jodoh kita,
Tuhan lah yang menentukannya.

Andai jodoh kita,
Berserah hanya padaNya.

Andai jodoh kita,
Sembuh segala yang terluka.

Andai jodoh kita,
Tenang ombak bergelora.

Andai jodoh kita,
Menerimalah apa adanya.

Andai jodoh kita,
Sisihkan segala fatamorgana.

Andai jodoh kita,
Padam bara jika ada.

Andai jodoh kita,
Biar pintu hati terbuka.

Andai jodoh kita,
Kenal mengenal lah kita.

Andai jodoh kita,
Faham memahami lah kita.

Andai jodoh kita,
Pasti serasi kita.

Andai jodoh kita,
Sehaluankan jalan kita.

Andai jodoh kita,
Setialah selamanya.

Andai jodoh kita,
Itulah takdirNya.

Andai jodoh kita,
Bersyukurlah padaNya.

Andai jodoh kita,
Bawaku bersama kepadaNya.

Andai jodoh kita,
Tetapkanlah iman di dada.

Andai jodoh kita,
Ikhlaslah kita terima.

>> (Karangan bukan atas hedonisme) <<


NiaSuriAnnie

Tentang Jodoh..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Terkadang selalu menjadi persoalan…(Istighfar)…

Namun bagi aku, aku meyakini firman Allah S.W.T yang jelas di dalam 
Surah An-Nur, ayat 26 yang bermaksud..

“ Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat.
 Lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat. 
Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. 
Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik.
 Mereka (yang baik-baik itu)lepas dari tuduhan yang
 dilontarkan (oleh orang-orang yang menuduh). 
Bagi mereka keampunan dan rezeki yang baik (dalam syurga)”.

Dan Surah An-Nur, ayat 3 bermaksud..

“ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin mengahwini
 melainkan wanita yang berzina (pula) atau musyrik.
 Dan wanita yang berzina tidak ingin dikahwini melainkan
oleh lelaki yang berzina (pula) atau lelaki yang musyrik. Dan yang demikian itu
terlarang (melakukannya) kepada orang-orang beriman.”


Dalam Tafsir Al-Quran Al-Karim, oleh: Allahyarham Prof. Dr. H. Mahmud 
Yunus ini, ada keterangan yang beliau selitkan bagi ayat 26, Surah An-Nur ini.

Keterangannya: Dalam ayat 3 (di atas), telah diterangkan oleh Allah, bahawa lelaki yang penzina hanya berkahwin dengan perempuan yang penzina. Dalam ayat ini Allah menambah keterangan, bahawa perempuan yang keji itu adalah untuk lelaki yang keji, lelaki yang keji itu pula untuk perempuan yang keji. Manakala perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik pula untuk perempuan yang baik. Inilah peraturan perkahwinan dalam Islam, iaitu kedua suami isteri itu sekufu dan bersesuaian mengenai kecerdasan, kemahuan dan tingkah lakunya, agar kuat perhubungan di antara keduanya, sehingga tidak dapat diputuskan oleh penceraian, Talak.

Gambar hiasan

Tetapi, terdetik di hati suatu persoalan yang sememangnya subjektif untuk diperkatakan. Adakah perempuan atau lelaki yang baik itu kesemuanya menerima jodoh yang terbaik?. Pastinya bergantung pada amalan laki-laki atau wanita itu sendiri. Tergantung juga pada usaha dan doa tulusnya menadah tangan meminta daripada Allah S.W.T agar dipertemukan jodoh yang sebaik-baiknya. Tetapi, seseorang yang lebih arif pernah berkata, untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik, kita harus bentuk diri kita dahulu ke arah itu. Maka benarlah dan bertepatanlah dengan ayat yang diwahyukan Allah itu.

Dan tidak dinafikan, ada jodoh seorang lelaki atau wanita itu memang dari azali lagi (sejak belum berkahwin lagi) memang memiliki akhlak yang baik sehinggalah ke pengakhiran hidupnya. Atau juga mereka yang berubah menjadi pasangan yang baik kepada pasangannya yang baik itu setelah berkahwin. Ini bermakna tanggungjawab lelaki atau wanita yang baik tersebut dalam mendidik serta mempengaruhi pasangannya untuk menjadi baik telah dapat dilaksanakan dengan baik. Itu adalah ujian pada permulaan, dimana akhirnya mereka merasa hikmahnya.

Dan terkadang, Wallahualam..Mungkin orang yang baik-baik akan diuji Allah dengan permasalahan daripada pasangannya kerana Allah ingin mengangkat darjatnya ke tahap yang lebih baik dan lebih tinggi lagi. Sebagai contoh hamba Allah yang teramat sabar dengan ujianNya, iaitu Siti Asiah, seorang wanita yang baik lagi mulia, bersabar kerana memiliki suami yang kejam lagi dilaknat Allah iaitu Firaun.

Dalam hidup ini, ada juga insan yang menginsafi segala perbuatan jahatnya dan ingin berubah menjadi individu yang baik bahkan jauh lebih baik. Sesungguhnya, tiada siapa yang dapat mengubah nasib seseorang hamba Allah itu melainkan dirinya sendiri, dan semua itu adalah dengan izin atau kehendak Allah.

Sebaiknya, kita berusahalah menjadi orang yang baik agar jodoh kita juga daripada kalangan orang yang baik..Insyaallah..Ada ungkapan yang bertepatan dengan persoalan ini yang dipetik daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi, renungkanlah..Semoga bahagia jadi milik kita. Berdoalah, kerana doa boleh merubah takdir. Insyaallah, hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”



Baca selanjutnya tentang jodoh..masuk sini >> Bercerita tentang jodoh.. 


Saturday, 30 July 2011

Sedikit Renungan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Bismillahirrahmanirrahim...

Daripada aku insan yang kurang arif ini, menulis dan mencatat perkara di bawah untuk mengingatkan diri sendiri. Mungkin berguna juga buat pembaca yang singgah serta tersinggah di sini.

Kita selalu tak dapat apa yang kita inginkan, namun kita dapat apa yang kita perlukan..Kita manusia, tidak tahu apa sebenarnya yang terbaik buat kita. Boleh jadi apa yang kita suka tu tidak baik buat kita dan boleh jadi juga apa yang kita tidak suka itu sebenarnya baik buat kita. Seperti yang telah disebutkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 216 dimana potongan ayatnya bermaksud...

“ Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. Boleh jadi (juga) yang kamu sukai itu (akibatnya adalah) buruk bagimu. Allah jua yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.” _ Tafsir Al-Quranul Karim…

Oleh itu, tidak usahlah kita memiliki perasaan sedih yang terlalu jika tidak memperoleh apa yang kita mahu. Firman Allah lagi dalam Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." _ Tafsir Al-Quranul Karim…


Dan dalam Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:


"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." _ Tafsir Al-Quranul Karim…

Dalam apa jua keadaan, sedih atau gembira, jika ada urusan yang penting dalam hidup kita yang benar-benar ingin diselesaikan, mohonlah agar dapat diselesaikan Allah, mohonlah pertolongan dan memohonlah agar dipermudahkan segala urusan di dunia ini dan juga akhirat. Doa untuk memohon dipermudahkan urusan:

Amin...


Thursday, 28 July 2011

Siput Sedut @ Tuntul ..^_^V..

Assalamualaikum…Salam sejahtera…Saya nak memperkenalkan tuntul kepada pembaca..

Tuntul?..tak pernah dengar?.. Siput sedut…mesti penah dengar kan?..Rupanya seperti di bawah..


Sebenarnya tuntul ni ialah siput sedut. Tuntul bahasa yang digunakan di Sabah. Namun, tentu ada nama lain juga bagi org berbangsa lain yg saya tak tahu. Siput ni biasanya diorang kutip di tepi pantai. Ini siput laut ni. Tapi ada juga siput ni kat tepi sungai. Tuntul ni banyak di Kuala Penyu. Ia lebih banyak dijual di sekitar daerah Kuala Penyu, termasuk membakut juga Beaufort. Kurang pasti lah pula di sebelah Timur Sabah.

Isi siput ni sedikit saja. Rasanya pula boleh tahan jika kena dengan cara masaknya. Ada orang masak lemak cili api, masak kari dan sebagainya. Tapi, tuntul dalam gambar di bawah sekali adalah dimasak lemak lada kering. Boleh ikut cita rasa sendiri lah. Sebelum di masak, kena potong hujung siput yang tirus tu dahulu. Ini memudahkan isinya dikeluarkan untuk dimakan nanti. Cara mengeluarkan isinya ialah dgn menyedut hujung siput tu dahulu, jangan makan hujung isinya yang berwarna hitam, tak sedap. Kemudian, sedut di atasnya pula.

Potong hujung yang tirus ini lebih kurang seinci

Selepas itu, di atas isi tersebut ada kulit hitam yang keras (Macam topi kpd siput ni pula..^_^), haruslah dibuka kerana keras tak boleh makan. Seterusnya, silalah menjamu selera. Boleh dimakan bersama nasi atau makan kosong begitu saja.

Isinya setelah disedut keluar

Tambahan, kalau nak makan siput ni, kena tengok keadaan laut dulu tau. Kalau ada Red Tied (Air laut jadi kemerahan), siput ni boleh dikatakan beracun, bertoksik. Berisiko besar kalau makan, nanti rasa macam nak terputus urat saraf. Be Careful!!!..Alhamdulillah, setakat ini, Ok ja..^_^

>> Maaf yea jika gambar kurang jelas <<

Susah eh nak makan ??? ..^_^..

Ketika Cinta_Datuk Siti Nurhaliza (OST Perempuan Berkalung Sorban)..

Assalamualaikum buat pengunjung..
Semalam, saya menonton filem Perempuan Berkalung Sorban (Filem Indonesia).. 


Berkumandang pula lagu ini. Lagu ini lagu Ketuhanan sebenarnya, bukan lagu cinta pada makhluk. Indah dihayati sesudah benar-benar difahami..

Lirik :~


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Berpadu qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Berpadu qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Ketika cinta memanggilku

Link lagu ini di Youtube..(Ketika Cinta_Siti Nurhaliza)

Thursday, 30 June 2011

Pesan Imam Al-Ghazali..

Assalamualaikum...pesanan ini mungkin tidak semua orang tahu termasuklah diri ini. Pernah terdengar tapi masih samar. Kali ini, diri menemui pesanan ini. Terselit dalam sebuah cerpen. Syukur kerana terbaca pesanan ini. Sebagai perempuan, ku mohon dijauhkan perkara atau sifat-sifat sebegini dari diri ini. Sememangnya orang yang berilmu agama pernah mendengar dan tahu benar akan perkara ini. Wahai aku dan sahabat2ku yang perempuan@wanita, jangan jadi 
(Yang Dihindari) seperti perempuan2 di bawah ini..InsyaAllah..



..PESANAN BUAT LELAKI.. 

Jangan engkau kahwini perempuan yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah, dan yang Syadaqah..

Perempuan Ananah, perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu. Juga pada setiap saat dia memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Perempuan Mananah, perempuan yg suka membangkit-bangkit terhadap suami. Perempuan ini sering menyatakan “aku membuat ini kerana kamu”.

Perempuan Hananah, perempuan yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (atau bekas teman lelakinya) yg dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya drpda suami yang lain.

Perempuan Hadaqah, perempuan melemparkan pandangannya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya utk membelinya.

Perempuan Baraqah, perempuan yang sepanjang hari mengilatkan dan menghiaskan mukanya, atau apabila dia marah ketika makan, dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Perempuan Syadaqah, perempuan yang banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Nauzubillahiminzallikh..
Ya Allah, semoga Engkau jauhkan semua ini daripada diriku..Amin..

..NiaSuriAnnie..

Tuesday, 21 June 2011

Terima Kasih Kawan..

Assalamualaikum..

You are my first follower..Pendekar Macho..Thank You Very Much..

Pendekar Macho @ Murniyanti 
(My ex-classmate in Labuan Matriculation College, H3T21)

Seperti yang saya pernah katakan, saya tak kisah pon kalau xda follower..saya tetap happy..^_^..(Kenyataannya, saya mmg  tak banyak teman blog @ blogger)..Walaubagaimanapun, blog saya tempat saya CurHat (curah hati..^_^..)..Tidak semestinya berkenaan soal hati sahaja, tapi banyak perkara yang saya rasa nak bebel or kongsi, saya post lah..Thanks kpd yg sudi melayan tulisan atau cedokan saya..
Tqvm..


..NiaSuriAnnie..

Friday, 10 June 2011

Ada Apa Pula Dengan Wanita?..

Assalamualaikum..Pada entri sy yg lepas, Ada apa dengan lelaki..semuanya berkenaan lelaki, kali ini adalah berkenaan wanita pula..Sama seperti apa yg sy katakan pada entri itu, tidak semestinya semua fakta ini benar mengenai sesorang lelaki ataupun wanita itu..Setiap org mempunyai perwatakan dan ciri2 masing-masing yang berbeza. Kemungkinan fakta ini ada benar dan ada juga tidak. Oleh itu, terpulang pada pembaca untuk menilainya..Inilah sekadar fakta mengenai insan bernama WANITA..Fahamilah..^_^..



1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. Mereka lebih banyak meluahkan rasa dengan lagu2 yg sedia ada. Contoh: Aku Cinta Padamu (Siti Nurhaliza)..^_^

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kepada lelaki: Sendiri mau ingat..

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam. Persahabatan akan mengeratkan lagi hubungan.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat. Kasih sayang ikhlas yang paling penting. Kalau tidak mengasihi wanita itu dengan bersungguh, terus terang saja, jgn main2, buang masa, pergilah jauh2 darinya. Sama seperti lelaki jujur, wanita jujur dan berakhlak mulia tidak suka dipermainkan.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dan mencintainya dengan sepenuh hati. 

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

>> Namun, janganlah pandang enteng atau pandang mudah tentang wanita. Wanita bukan makhluk tuhan yang diciptakan untuk menyenangkan lelaki semata-mata. Kita, Lelaki dan Wanita sama2 diciptakan Allah S.W.T untuk menjalankan segala amal ibadat yang diperintahkanNya. Semoga kita sentiasa menyedari tanggungjawab kita yang sebenarnya sebagai manusia di muka bumi ini. InsyaAllah..


(Ini)..Dari sini saya mengambilnya..^_^..Fakta Umum ini tidak salah untuk dicatatkan seterusnya dikongsikan..