Tolong Klik Saya Please..^_^V |
Showing posts with label Info Luar..^_^. Show all posts
Showing posts with label Info Luar..^_^. Show all posts
Friday, 4 July 2014
Thursday, 8 May 2014
Kenapa Cuaca Semakin Panas?..
Kenapa yea dalam minggu ni aku terasa sangat panas?..Rasa nak terbakar pun ada badan ni..Siang2 kat ofis tak terasa sangat lah kan sebab ada air-cond./penghawa dingin..Malam bila balik rumah sebelum2 ni okay je, takde lah panas sgt walaupun rumah tak ada air-cond..Tapi sejak kebelakangan ni tersangatlah terasa bahang panasnya..Pada mulanya, ingatkan aku sorang saja yang mengalami keadaan ni, rupa2nya hampir semua orang di seluruh dunia ini merasakan yang sama..Tapi kenapa yea?..
Pernah dengar El-Nino?..Macam pernah dengar je. Setelah membaca berita mengenai El-Nino ni, barulah faham kenapa hampir semua orang mengalami kepanasan yang amat dahsyat ni..Rasa macam nak mandi je setiap saat..Berendam boleh?..El-Nino ini akan mendatangkan kesan yang besar mengikut yang dilaporkan oleh berita2 tempatan dan juga berita luar negara.
El Nino dijangka melanda Asia Tenggara pertengahan tahun ini
KUALA LUMPUR 7 Mei - Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.
Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.
Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa, terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius.
El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.
Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) S.Piarapakaran berkata hasil penyelidikan institusi itu yang menggunakan model ramalan dinamik ENSO (El-Nino Ayunan Selatan), ialah mereka meramalkan kebarangkalian 70 peratus El Nino akan berlaku di Asia Tenggara.
``Kebarangkalian 70 peratus yang disebut bukan hanya berasaskan kepada model mereka sahaja tetapi menggabungkan maklumat dan kepakaran dari pusat-pusat Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) di seluruh dunia.
``Walaupun keadaan El Nino dijangka berkaitan dengan monsun barat daya yang lebih kering namun setakat ini pusat penyelidikan meteorologi di UK masih belum mengenal pasti kekuatan El Nino yang akan melanda Malaysia,'' katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata, AWER telah memohon kerjasama daripada Pejabat Kaji Cuaca UK untuk mendapatkan pandangan alternatif mengenai kemungkinan berlakunya El Nino di rantau Asia Tenggara dan kesannya kepada iklim Semenanjung Malaysia.
Ditanya mengenai kesan yang akan berlaku kepada Malaysia jika El Nino melanda negara ini, Piarapakaran meramalkan bahawa ia akan menjejaskan dengan teruk keadaan bekalan air negara.
Contohnya jika paras air di empangan Sungai Selangor tidak mencapai kapasiti selamat iaitu 55 peratus, Piarapakaran berkata ia boleh menyebabkan kesan negatif yang lebih buruk menjelang pertengahan tahun ini.
``Jika ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, ia boleh menyebabkan kekeringan yang teruk, iaitu 60 peratus daripada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan menghadapi situasi yang lebih buruk berbanding catuan air yang mereka telah alami dalam tempoh dua bulan yang lalu,'' katanya.
Sementara itu, Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr. Abdull Rahim Mohd. Yusoff berkata El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga empat tahun sekali.
Prof. Dr. Abdull Rahim berkata, ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, boleh menyebabkan kekurangan air dan bekalan makanan akibat dari musim kemarau melampau dan antara tanda-tanda awal El Nino yang sudah dapat dilihat adalah statistik taburan hujan yang kurang daripada normal sejak kebelakangan ini.
``Bibit-bibit El Nino sudah mula kelihatan pada awal tahun ini yang mana menyaksikan taburan hujan yang amat sedikit daripada biasa, kurang daripada 50mm bagi sesetengah tempat.``... dan jika benar El Nino akan melanda Malaysia, seharusnya pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan bekalan air mesti lebih bersedia lebih awal dalam menghadapi fenomena itu,'' katanya.
Malaysia pernah mengalami fenomena ini pada 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengesahkan ada pemantauan ramalan fenomena El Nino yang dilaksanakan oleh WMO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail yang dihubungi berkata setakat ini laporan yang diterima pada 15 April, ialah berlakunya pemanasan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik sepanjang Januari sehingga April. - BERNAMAArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140507/dn_33/El-Nino-dijangka-melanda-Asia-Tenggara-pertengahan-tahun-ini#ixzz316RBxidr© Utusan Melayu (M) Bhd
Ahli kaji cuaca memberi amaran bahawa El Nino ini bersedia untuk meletus untuk kesekian kalinya pada tahun 2014 ini. Dan ia dijangka akan menjadi satu fenomena yang lebih besar daripada yang sebelumnya. Fenomena yang dikenali sebagai El Nino, yang merupakan perubahan sementara dalam iklim di Lautan Pasifik, ia membawa ancaman huru-hara iklim seperti banjir, kemarau dan ribut teruk.
Biro Meteorologi Australia telah berkata kebarangkalian peristiwa ini berlaku adalah 70 peratus dan boleh dilihat kurang jelas seawal bulan Julai. Dengan peralihan dalam corak iklim ianya dijangka bahawa Australia akan mengalami cuaca panas dan kering yang boleh membawa kepada kemarau dan ancaman kebakaran hutan.
Di tempat lain seperti Amerika, dijangkakan dilanda hujan dan ribut yang boleh membawa kepada banjir yang meluas. Air panas yang membawa hujan dari Asia dan Australia akan menghentam selatan dan timur Amerika.Eropah juga akan merasai El Nino. Mungkin musim sejuk mereka akan menjadi lebih sejuk dan kering .
Perkembangan di Lautan Pasifik akan terus diperhatikan, ia mungkin terlalu awal untuk menjangkakan lebih buat masa ini. Berita tentang El-Nino boleh menyebabkan semua orang panik. Tapi informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak yang bertanggungjawab bersiap sedia dengan tanggungjawab mereka.
Seorang pakar iklim di Komanwel Saintifik Australia dan Pertubuhan Penyelidikan Industri, Dr Wenju Cai berkata kenaikan dalam suhu Lautan Pasifik (seperti gambar di bawah) kali ini lebih tinggi daripada suhu peristiwa El-Nino yang sebelumnya. Dia juga berkata bahawa tanda2 untuk berlakunya El-Nino pada kali ini agak kukuh.
Kenaikan suhu laut Lautan Pasifik dan pergerakan pantas air panas ke arah timur telah meningkatkan kebimbangan mengenai El Nino tahun ini, dijangka boleh menjadi salah satu kejadian El Nino yang terkuat dan terbesar. Di kiri gambar adalah El-Nino, peningkatan/panas suhu laut yang boleh mencetuskan banjir dan kemarau .La Niña, di kanan gambar berlaku apabila suhu laut jatuh/sejuk.
Sumber untuk baca lebih lanjut: Dailymail.uk and news.com.au
Segala persediaan harus dilakukan dan disiapkan walaupun kita tidak pasti ini betul2 berlaku atau tidak kerana manusia hanya mampu meramal tapi Allah lah yang menetapkan segala-galanya. Semoga Malaysia (Semenanjung, Sabah, Sarawak) dihindarkan daripada tempias El-Nino. Aaamiiin..semoga diperkenankan doa kami..
Monday, 28 April 2014
Nak Anak Putih dan Berkulit Cerah..
Monday, 9 September 2013
Samsung Galaxy Note 3 Memang Hebat plus Galaxy Gear Menarik..
Wow!..Tak tahu apa nak kata, semakin canggih dan semakin menakjubkan bila dipandang mata..Bila explored, rasa macam tak sanggup nak tengok lebih lagi, mungkin terlebih2 canggih sampaikan pening..Bukan apa, rasanya I'm not the one who really2 need those great function, tapi nak cuba jgak kalau ada peluang memilikinya..
Bila difikirkan, semakin canggih alat2 duniawi, tak mustahil semakin dekat kita dengan kedatangan dajal..bukannya niat nak menggerunkan pembaca..manalah tau post ini mungkin dibaca kan..Kita manusia ni kadang2 tak terlintas langsung dalam fikiran mengenai benda2 tu semua bila dibanjiri dengan kesenangan melainkan sebahagian orang iaitu orang2 yang beriman..Teringat apa yg pernah dibaca yang menyatakan bahawa dajal itu bijak, tak mustahil ia menyumbang kepada kecanggihan dunia ini demi merealisasikan impiannya..kepada yang tidak pernah membaca soal dajal, anda berhak samada ambil tahu atau abaikan saja..
Tapi apapun, tidak salah kalau kita juga ambil tahu dan mengetahui tentang segala kecanggihan ini..Pada yang mampu silalah beli..25 september nanti Samsung akan mula distribute Note 3 dan juga kawan dia Galaxy Gear....Updated >> harga kat Malaysia: RRP: RM2399..
Bila difikirkan, semakin canggih alat2 duniawi, tak mustahil semakin dekat kita dengan kedatangan dajal..bukannya niat nak menggerunkan pembaca..manalah tau post ini mungkin dibaca kan..Kita manusia ni kadang2 tak terlintas langsung dalam fikiran mengenai benda2 tu semua bila dibanjiri dengan kesenangan melainkan sebahagian orang iaitu orang2 yang beriman..Teringat apa yg pernah dibaca yang menyatakan bahawa dajal itu bijak, tak mustahil ia menyumbang kepada kecanggihan dunia ini demi merealisasikan impiannya..kepada yang tidak pernah membaca soal dajal, anda berhak samada ambil tahu atau abaikan saja..
Tapi apapun, tidak salah kalau kita juga ambil tahu dan mengetahui tentang segala kecanggihan ini..Pada yang mampu silalah beli..25 september nanti Samsung akan mula distribute Note 3 dan juga kawan dia Galaxy Gear....Updated >> harga kat Malaysia: RRP: RM2399..
Memang tak dinafikan manusia bakal terpesona dengan Note 3 ini..Boleh rujuk sini untuk lihat spesifikasinya
Samsung Galaxy Note 3 |
Mari lihat perbezaannya dengan Note 2
Galaxy Note 2 vs Galaxy Note 3 |
Mari lihat pula pasangan terbarunya, merangkap produk terbaru samsung, mempersembahkan Samsung Galaxy Gear Smart Watch..Klik sini untuk tengok spesifikasi
![]() |
Galaxy Gear |
- Galaxy Gear has a 1.63-inch touchscreen and the display has a resolution
of
320 by 320 pixel.
- Battery lasts at least 25 hours (or so Samsung is saying...).
- It makes calls: Galaxy Gear has speaker and microphone.
- It makes pictures with its 1.9 megapixels camera.
- It connects with Galaxy Note III , Galaxy Note 10.1 tablet 2014 edition and
soon with Galaxy S 4.
- It will show notifications, message and email on a connected Samsung
device.
- It runs a few apps and Samsung has promised to release more specific apps
asap.
- Samsung Galaxy Gear will be released in 6 colors: black, gray, orange,
beige,
rose gold and yellow. (Sumber)
Canggih kan..maybe lebih best dari Xperia Z Ultra dari Sony..kalau nak tahu lebih2 lanjut mengenai devices di atas, search saja, tengok kat youtube lagi best..
P/s: Best jugak kan kalau orang bagi Note 3 sebagai salah satu drpd barang hantaran...hehehe..
Saturday, 16 June 2012
Sony Mobile..XPERIA U & TIPO..
XPERIA U - It's all about u..
Wow!..Itu yang terungkap…Aku memang suka sangat survey2 kat
internet tentang phone canggih sekarang ni..Yea, Android lah! Survey je, nak beli mahal2 pun, duit tak bnyak..Tak pa lah, orang banyak duit boleh lah beli..aku pakai
mana yg mampu je..Samsung Galaxy Y still
ok untuk sesiapa yang suka kesederhanaan..Bila pakai Android ni, banyak lah
jugak kelebihan..boleh online sana sini (yang penting ada Wifi freeeee)..Bila
online, orang melayu kata, “laju gile”, kalau bahasa saya “sandi lajunya”..Kalau
takde wifi free yang berdekatan, langgan je mobile internet from your service
provider masing2..
Ada orang kata, pakai Android mesti pakai internet plan, ape
kelas pakai prepaid..ape2 je lah pendapat orang..kita bukan pentingkan sangat
nak online 24 jam kan..Bagi yang pakai maxis, kalau nak online sekali sekala
guna android tu bolehlah melanggan mobile internet services..termurah RM2.00 je
sehari untuk kuota sebanyak 100MB..lau terlebih pakai tak sampai sehari, nanti
dia akan inform melalui mesej..ada gak untuk seminggu RM8.00 untuk kuota
100MB..ha, yang ni bolehlah langgan kalau jarang2 online, bukan yang suka
online 24 jam tu yea..yg tu sila pakai internet plan..bagi aku, ok je harga
yang maxis kenakan ni, pandai2 korang lah nak off kan user data packet bila tak guna, bila x off,
kuota tetap jalan sikit2..Dan kena faham juga kalau line hilang2..
Selain ada kebaikan, android juga ada KEBURUKAN, selalu,
kalau org nak relaks2 dgn android ni, tntu guna time baring..ini boleh
menyebabkan badan kita sakit kerana postur badan tidak betul..lama2 tengok
screen pun macam komputer jgak, sakit mata..selain tu, tangan boleh jadi
sengal2 krna pegang lama2..
Menyimpang plak cerita..Nak share ni: SONY MOBILE BARU!..Dulu mobile phone sony semua under nama “sony ericsson”. Sekarang diorang dah tukar dan nak fix kepada SONY..Aku tertarik dengan XPERIA U..Retail Price (RRP) dia ialah RM899 gitu..Tapi ni maybe harga bila dia pakai OS Gingerbread (2.3)..Nanti dia akan upgrade ke OS Ice Cream Sandwich (4.0), dan of course lah harga dia akan upgraded jugak maybe..Tapi berbaloi kot sebab specification dia pun memuaskan hati aku..tak tau lah orang lain kan..lain orang, lain taste..Tengok sini SPECIFICATIONS lanjut dia..
>>VIDEO XPERIA U <<
Then, latest dari SONY MOBILE, XPERIA TIPO and DUAL
TIPO..Yang ni ala2 Samsung Y..Bentuk dia comel..3.2 inch..Baru je announced
bulan ni..harga pun tak tau lagi..Nak tgk specification dia lebih lanjut, tgk kat sini..
XPERIA TIPO - comel kan?
Friday, 10 June 2011
Ada Apa Pula Dengan Wanita?..
Assalamualaikum..Pada entri sy yg lepas, Ada apa dengan lelaki..semuanya berkenaan lelaki, kali ini adalah berkenaan wanita pula..Sama seperti apa yg sy katakan pada entri itu, tidak semestinya semua fakta ini benar mengenai sesorang lelaki ataupun wanita itu..Setiap org mempunyai perwatakan dan ciri2 masing-masing yang berbeza. Kemungkinan fakta ini ada benar dan ada juga tidak. Oleh itu, terpulang pada pembaca untuk menilainya..Inilah sekadar fakta mengenai insan bernama WANITA..Fahamilah..^_^..
1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. Mereka lebih banyak meluahkan rasa dengan lagu2 yg sedia ada. Contoh: Aku Cinta Padamu (Siti Nurhaliza)..^_^
10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13.Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kepada lelaki: Sendiri mau ingat..
14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam. Persahabatan akan mengeratkan lagi hubungan.
15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.
16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25.Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat. Kasih sayang ikhlas yang paling penting. Kalau tidak mengasihi wanita itu dengan bersungguh, terus terang saja, jgn main2, buang masa, pergilah jauh2 darinya. Sama seperti lelaki jujur, wanita jujur dan berakhlak mulia tidak suka dipermainkan.
26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dan mencintainya dengan sepenuh hati.
27.Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
>> Namun, janganlah pandang enteng atau pandang mudah tentang wanita. Wanita bukan makhluk tuhan yang diciptakan untuk menyenangkan lelaki semata-mata. Kita, Lelaki dan Wanita sama2 diciptakan Allah S.W.T untuk menjalankan segala amal ibadat yang diperintahkanNya. Semoga kita sentiasa menyedari tanggungjawab kita yang sebenarnya sebagai manusia di muka bumi ini. InsyaAllah..
(Ini)..Dari sini saya mengambilnya..^_^..Fakta Umum ini tidak salah untuk dicatatkan seterusnya dikongsikan..
Saturday, 21 May 2011
Ada Apa Dengan Lelaki?..
Assalamualaikum...Sukacita lagi utk berkongsi pembacaan saya..perkara ini menarik, mungkin amat diperlukan oleh wanita2 di luar sana. Fakta-fakta ilmu ini saya ambil dari sebuah web, hasil tulisan seseorang yang saya sendiri tidak tahu. Mungkin ramai yang telah mengongsikan ilmu berguna ini di laman2 web atau blog2 mereka..Namun bagi saya, setiap ilmu wajib dikongsikan. Big credits n tqvm to the writer..
Inilah dia Fakta Tentang Insan Yang Bernama LELAKI..Mungkin kebenarannya bukan pada semua insan ini..Bacalah, hayatilah, praktikkanlah dan berhati-hatilah..^_^..
1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).
10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).
13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).
17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan wanita saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, lelaki juga selalu bergosip.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran (ingin tahu) pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya. Mungkin tak salah utk anda setakat menyabarkan dia, sokong dia secara positif.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan. Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.
45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)
49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.
>> Seperti yang telah saya katakan, mungkin tidak semua lelaki bersifat sebegini, namun jika semuanya benar..Bersiap sedialah WANITA..Semoga wanita sentiasa bahagia sepanjang hayatnya..InsyaAllah..^_^..
>> Seperti yang telah saya katakan, mungkin tidak semua lelaki bersifat sebegini, namun jika semuanya benar..Bersiap sedialah WANITA..Semoga wanita sentiasa bahagia sepanjang hayatnya..InsyaAllah..^_^..
Friday, 20 May 2011
60 Petua Mendapatkan Pasangan
Assalamualaikum..saya suka kpd ilmu2 yg dapat dikongsikan sesama kita manusia..entri ini sebenarnya diambil dari sebuah laman (ini)..Sesuai utk dibaca bersama (bagi mereka2 yg mempunyai niat sebegini) walaupun bukan sekarang, namun bacaan ini berguna sebagai langkah2 persiapan apabila tiba waktunya nanti..^_^..InsyaAllah..
Hasil asli ini oleh: Dato' Dr.Hj Mohd.Fadzilah Kamsah
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)