Saturday 26 November 2011

Love is Yours?..

Salam...untuk (family dan rakan2 saya especially) dan mereka2 yang telah mengenal, menjalin, mengikat dan memiliki cinta (yang dah kahwin)..
"Love is a verb"..(cinta itu adalah tanggungjawab dengan perbuatan dan tindakan, bukan sekadar kata-kata dan lisan)..Ada seorang insan pernah mengatakan padaku, semua yang ada dalam hidup ini adalah pinjaman (memang benar, jauh sekali untuk dinafikan)..

Namun dalam bab soal hati dan perasaan ini (cinta), boleh jadi ia adalah pinjaman juga..Contohnya, tentu ada yang telah menjalin hubungan bertahun-tahun lamanya, possibility untuk terpisah tu boleh jadi agak tinggi lah juga, nama pun pinjaman atau boring??? Boring hanya ada pada mereka yang suka dan rasa bertuah didampingi banyak insan (Tak ingat Tuhan lah tu)..Alasan bodoh di situ..Maaf (hormon penulis tak stabil, tak berniat nak menyinggung perasaan sesiapa di sini). Orang yang dah lama kawan2 dan cinta2 ni tak semestinya terpisah, buktinya banyak yang bersatu (paling penting ikhlas dan setia)..Oleh itu, bersyukurlah padaNya, kalau kita lupa dan lalai, tidak mustahil Tuhan akan menarik semula apa yang kamu ada, jangan sekali-kali tinggalkanNya, dan jangan lebihkan cinta insan daripada cintaNya..

Jika kita menjaga cinta padaNya, InsyaAllah, bukan sahaja cinta tu jadi pinjaman, Tuhan akan beri dan jadikan ia hak kita di dunia..Orang yang berkasih-kasihan berkata "Hanya maut dapat memisahkan kita"..Walaupun terpisah di dunia hanya disebabkan kematian, ingatlah Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Tak mustahil di akhirat kelak, Allah akan beri dan pertemukan kembali, jika cinta kamu benar2 sejati..Tapi kalau yang kena tinggal tu cari orang lain pulak, tak dapat lah nak tolong..tak payah lah nak mengaku cinta lebih2 (saya bukan mengata, tapi ada kes kisah benar sebegini orang crita kat saya..lelaki tu punya triak depan kubur isteri dia, tak sanggup hidup tanpa dia lah, tapi seminggu selepas isteri dia pergi, pakcik tu dah kahwin lain..apa ni???, pemenang drama kot pakcik tu)..Sudah2..

Kecut bila fikir pasal kahwin (tidak sanggup kecewa)..Walau diri tak punya sesiapa skrg, tak mengapa sebab pelajaran ada menemani walau kadang sunyi..hik2..Tapi saya atau kamu perlukannya satu hari nanti..Bukankah hikmah perkahwinan itu mewujudkan ketenteraman dalam hati manusia?..Kita tak boleh sombong nak kata boleh bersendirian selama-lamanya, bukankah rasa cinta, kahwin itu fitrah manusia?..ustaz saya kata, kalau ada orang yang tua nak kahwin, jangan la di maki, tua tak sedar diri..sebenarnya bukan seks yang dia cari tapi peneman di kala sunyi..manusia tu nak juga ada teman berbual, luahkan perasaan, buat banyak benda bersama2..xda lah mereka sunyi..perasaan sunyi itu juga fitrah dalam hidup..Sedangkan Nabi Adam pun turut sunyi tanpa Hawa..:'( touching..

Saya sebenarnya amat terharu dengan kasih sayang yang terjalin antara kamu wahai insan2 yang pandai menjaga cinta..Semoga cinta yang kamu miliki adalah cinta yang sejati..berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat...InsyaAllah...Selagi cinta antara kamu tidak mengurangkan cinta kamu kepadaNya..Amin..Sesungguhnya ikatan abadi itu lebih indah di syurga..

Maaf kalau terlanjur kata..semua tulisan ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan juga kalian yang sudi membaca..

Lirik lagu kat bawah ni khas aku tujukan buat kawan aku (F.S) ..^_^..
(Jadikan lagu ini dari kamu untuk dia)
Semoga kamu bahagia selamanya, Insyaallah..

---<@ IKATAN MURNI @>---
(Munsyid: Wirdani)

Bermusim telah berlalu
Hari ini kian indah warnanya
Tulus cinta yang didamba
Bertemu bahagia

Prasangka telah berakhir
Sangsi hati kian jauh menyisih
Kata janji yang terpatri
Menyimpul ikatan murni

Ku mengharap hanya pada yang menyinta
Ku merindu hanya pada yang mengasih
Ku memohon hanya pada mu Ilahi
Moga diberkati jalinan yang suci

Ku berteduh bawah pohon yang merimbun
Ku bergantung pada dahan yang terkukuh
Ku bersandar hanya pada mu Kekasih
Pimpin diri ini ke arah yang pasti

Dengan redha ku pasrah segalanya
Agar dikau temui ketenangan yang dikau cari
Disuburi benih cinta yang tersemai
Disirami hujan kasih dan sayang
Disulami dengan keteguhan iman
Demi syurgaku di sisimu selamanya


Sunday 20 November 2011

Hakikat Ketenangan dan Kebahagiaan..

Hakikat Bahagia
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki




>> Benar, hakikat bahagia adalah ketenangan, 
hakikat ketenangan adalah dengan mengingatiNya <<


Ingat formulanya:
  
Ingat Allah (melalui hati dan amalan)  =  TENANG + BAHAGIA



Ingin saya kongsikan di sini seperenggan monolog hati yg sy ambil dari buku 
"Satu Rasa Dua Hati" (by Pahrol Mohd Juoi).....begini.....

" Isteriku, apakah perjalanan kita ini masih panjang ataupun pendek...entahlah, aku tidak pasti. Namun, selagi antara kau dan aku masih ada DIA - Tuhan kita...selama itulah kita akan tenang. Jika kau ingat, kaulah sumber ketenanganku. Jika aku ingat, akulah sumber ketenanganmu. Jika kita sama-sama mengingati-Nya, maka bahagialah kita. Sebaliknya, jika kita sama-sama lupa...musnahlah kita."



Renung-renungkan..semoga berbahagia dengan Mengingati Allah..^_^..

Sunday 13 November 2011

To My Family (Gambar2)..

Assalamualaikum..

Entry ni lapuk sikit, minggu lalu punya, curi2 masa mengupdate walaupun busy sebenarnya dgn assignment...

..(Gambar2 dalam entry ini adalah untuk tatapan family aku..kamu rindu aku ka? Mesti la kan, hehe..aku rindu kamu jua bha)..Kakak rindu Nacha cachoi..Nur Nasya Afifi Aulia..^_^..

Hari tu time Raya Haji tu cuti 3 hari, aku pergi rumah sepupu kat Kluang,Johor. Aku pegi sebab roomate2 terutamanya kakak bilik aku yang dah bersuami tu, semua pakat balik. Seram jugak nak tinggal sorang2 kat kolej. Roomate n kawan pun xpnah ajak pegi rumah, tapi tak apa, aku xpenah mengharap pun, takkan lah sendiri nak terhegeh2 mintak nak pegi rumah orang kan, aku bukan org mcm tu, segan aku. Kita kena faham jugak privacy orang. Kalau keluarga sendiri lain cerita lah. Sementara ada keluarga kat semenanjung ni, lawat je lah kan. Cuti pertengahan sem hari tu pergi Kedah (kat rumah Makcik). Pergi Kluang tu just ambik masa lebih kurang 3 jam je dari Selangor ke Kluang menaiki bas. Nak cerita tentang ketakutan aku hari tu. Jumaat lalu, sebelum raya haji tu, lepas kelas, aku pergi lah ke stesen komuter Serdang, Selangor ni. Sebut pasal keretapi komuter ni, kurang suka sebab terpaksa bertolak2, berhimpit2 untuk masuk. Manusia sangat2 lah ramai. Aku terlepas sampai 5 train tau. Sampai stesen bas, aku beli tiket ke Kluang secara direct, nak beli awal xblh, sebab ragu2 nk pegi ke x hari tu. Hari tu tiket yang tinggal hanyalah pukul 11 malam. Ya Allah, time tu aku pasrah je beli tiket pukul 11 malam. Dah lah sorang2, terpaksa tunggu dari pukul 6 ptg sampai 11 mlm kat Terminal Bas tu (TBS, Bandar Tasik Selatan, Selangor). Aku duduk sorang2 buat muka selamba je. Peduli apa org tengok2. Ramai duduk atas lantai, sebab kerusi penuh. Aku pun duduk lah atas lantai jugak. Nasib baik terminal tu macam airport. Takut dengan Mat2 Bangla yang duduk kat hujung2 sudut. Nasib la orang ramai time tu. Dalam hati berdoa mintak Allah lindungi. Hmm, sampai waktu, naik bas. Time tu aku doa supaya yang duduk sebelah aku perempuan, tetapi nampaknya lelaki jgak yang duduk. Lagi lah aku seram..Adoi..Lelaki tu banyak cakap, tanya2 aku soalan yang agak membuat aku geram. “Napa pegi Johor tak lalu Pahang?”..Adui, aku xde la kekurangan ilmu sangat tentang Malaysia ni. Takkan nak lalu naik atas turun bawah balik. Aku jawab tengoklah peta..haha..Tanya dia Kluang ada apa yg best yea?..Jawabnye Kelapa Sawit, gunung?..adoi, budak ni. Nasib baik dia tidur lepas tu..Aku memang takut nak duduk dekat2 dengan lelaki (lau dh kawin lain le)..Selamat bas tu ada pembahagi tempat duduk yang besar...

Okeh, sampai kat Kluang, sepupu aku dan suami dia jemput. Alhamdulillah, time tu dah hampir pukul 3 pagi. Takut sebenarnya nak susahkan orang, tapi sepupu aku faham, takkan nak tggu kat stesen bas sampai pagi kan. Lagi lah aku seram. Terima Kasih kat dia dan suami dia kerana sudi jemput aku dan menerima kedatangan aku kat sana. Tak kurang juga diorang bawak aku jalan2 dari ptg sampai malam..syiokk jua bha..inda jua ku keboringan..Dekat Ayer Hitam best, ada taman replika, ada gerai jual2 barangan hiasan rumah murah2, bantal2 “aNGrY bIrd” yang amat popular skg ni betimbun kat situ..Selain itu, kat rumah dia seronok sebab ada Baby umo 9 bulan..^_^..suke baby..Mereka ini pasangan muda, baru 21 n 24 tahun..tapi agak matang!..best tengok diorang..Semoga mereka bahagia sepanjang hayat dunia akhirat..Amin Ya Robbal Alamin..

p/s: Hidup mati jodoh pertemuan di tangan Allah. Susah dan senang sama2 harungi demi cinta yang hakiki..Semoga Allah merahmati..


Gambar2 ni aku compress, low quality ckit..susah upload..


..^_^..
Awak nak roti? Nah ambiklah ckit..
Replika Menara Eiffel..Dah sampai Paris?..

 Unta kayu yg comel
Nak makan durian tu..
Tak sampai lagi kat Teluk Intan, sini pun jadilah..
Banyak arca kat sini
Arca kartun pun ada..Baby suka..
Nice view dekat2 situ juga
Kota A.Famosa n Menara KLCC palsu..
Nacha, kakak ada CJ7 dengan Pooh..Jangan Jeles..(budak tu tak tau apa pun dgn 2 hewan ini)

Ok..Bye2..^_^..Jumpa lagi!





Sunday 6 November 2011

Salam Aidil Adha 2011..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Semua, pada insan disayang, family, rakan taulan..Hari raya aidil adha @ hari raya qurban merupakan hari raya yang amat bermakna..Sambutlah baik2 yea, ada orang sambut meriah macam raya aidilfitri, terutama mereka yang mengadakan korban haiwan seperti lembu atau kerbau dan lain2 (yg sah mengikut hukum)..Lepas tu mereka akan adakan kenduri..Bab makan2 ni semua orang suka kan..tapi ingatlah, jangan makan lebih2, jaga kesihatan..hehe..take care alls..Salam..^_^..





p/s: this post is autopost, saja dijadualkan (maybe skg ni aku dh tdo..^_^..)..hari raya ni xbalik rumah pun, just pegi rmah kazen..