Showing posts with label Impian Ada Saja..^_^. Show all posts
Showing posts with label Impian Ada Saja..^_^. Show all posts

Sunday, 23 December 2012

Nak Kawen..

Feel the post title like garbage?..so, get out lah..haha, kejam..Orang yang rasa macam ni takkan nak menyampah kan..

Berharap jodoh datang, entah bila..@_@..Lambat lg kot, as i'm the eldest..or xda yg sudi pun..err..nevermind, have to smile!

Girl A: Hey, u still have another commitment, that not finish yet, study!..Meanwhile, you also not yet have jobs..
Girl B: Yeah i know, but i want happiness..Sometimes jealousy come into my mind when looking at others happiness in their marriage..
Girl A: Aaaa, I see, actually its depend on Allah's plan..The "jodoh" will not come if now is not the right time for you..Admitted that there were a lot of people get married in their early age. Maybe there were beautiful reasons for Allah tying them in a marriage too early.
Girl B: I noticed that usually, youngest daughter, always don't have restriction to go ahead entering the marriage world..They don't have many things to considered as an eldest daughter..The priority is Family, especially for those who born in not so berduit la katakan. Kerja/business la yg harus di cari in order to make money n bla bla bla..........

#Merepekdistudyweek,calonpowntakde,mengada2,takutjatuhcinta,tension.....

(Ya Allah, tolong jangan jatuhkan hatiku pada orang yang salah, tolong jauhkan aku daripada dicintai orang yang salah..)

p/s untuk sendiri: Bila kita SAYANG DAN TAAT kepada Allah, pasti Allah akan sayang dan beri yang TERBAIK untuk kita..♥♥ Ingat tu!



Sunday, 30 October 2011

Tentang Perkahwinan..

Assalamualaikum..sebelum ini saya ada menulis tentang jodoh dlm blog ini..Sekarang tentang perkahwinan..




Tentang perkahwinan, kahwin muda dalam usia 20-an mcm tu memang digalakkan dalam Islam. Banyak kebaikannya terutama terhadap wanita, banyak pahala yang Allah beri pada wanita apabila berkahwin..Pada lelaki pun sama (bg yang dah mampu), rugi kalau lelaki yang mampu, tapi tak kahwin..Jangan risau pasal rezeki, Allah dah janjikan pada sesiapa yang mampu berkahwin, kahwin lah, Allah pasti kurniakan rezeki..Allah dah sebut dalam Surah An-Nuur (ayat 32) yang bermaksud “Kahwinkanlah orang-orang bujang di antara kamu dan orang-orang (yang sudah layak berkahwin) dari hamba kamu yang lelaki dan wanita. Jika mereka miskin, nanti Allah memberi kurnia kepada mereka. Dan Allah Maha Luas kurniaNya dan Maha Mengetahui”..Yang penting kena lah rajin berusaha cari rezeki tu..

Kalau nak tau lebih lanjut lagi tentang perkahwinan, tanya je pakcik GOOGLE, taip je tajuk2 yang berkaitan perkahwinan dalam Islam..Nak kahwin mesti la lengkapkan diri dengan ilmu2 perkahwinan, bukan kahwin ni saja2 je nak melampiaskan nafsu..tidak, jangan begitu, biar niat berkahwin kerana nak berbakti pada pasangan, nak senangkan hatinya dan raih lah redho Allah..ilmu ttg perkahwinan ni kalau nak yang terbaik, pergi je kursus perkahwinan (aku blm pegi lg)..Aku pun tak tau napa tiba2 aku nak post tentang ni..barangkali dah sampai seru untuk kahwin ye?..Kalau begitu, lepas abis belajar nanti aku nak kahwin lah (kalau ada orang meminang)..

Aku bukannya terdesak nak kahwin skg, tidak..cuma agak sedikit risau, biasa la pmpuan..aku nak kahwin dengan redho Allah dan semestinya dengan penuh cinta antara aku dan dia..Pernah aku nyatakan dalam post sebelum ni, semoga dapat kahwin, saling cinta-mencintai keranaNya..bagi aku, aku bukanlah mencari lelaki yg alim ulamak, yang berkopiah 24 jam, tidak..cukup bagi aku lelaki itu ingat Allah, takut pada Allah, bersikap baik, sedar akan kematian, sedar akan adanya hari akhirat dan dia berusaha menjadi seorang insan yang mencintai Allah, dalam masa yang sama dia bawak dan bimbing aku sekali mendekati Allah bersama2..Aku ingin jadi bidadari dalam hidupnya dunia sampai akhirat..Semoga kami saling menerima diri masing2 seadanya..Penting juga buat keluarga masing2 untuk saling menerima kerana apabila berkahwin dengannya, bermakna kita juga berkahwin dengan keluarganya (kena lah saling menerima kn)..Mama bapa ok je...Baik, mana yang kurang kita cukupkan, yang lebih kita syukurkan..Akhir sekali perbezaan dan persamaan pasti ada kan?..Tak yah nak risau kerana persamaan itu membina keserasian, perbezaan itu akan saling melengkapkan..




Friday, 20 May 2011

Sahabat Dunia Akhirat..

Bismillahirrahmanirrahim...





Assalamualaikum...kepada sesiapa yang menjengah atau terjengah blog saya ini, tidak mengapa. Salam buat anda. Setelah merenung dan meneliti gambar di atas (walaupun hanya lukisan kartunis hebat), namun melaluinya kita dapat terbayang realitinya iaitu perkahwinan. Apa yang ingin diterjemahkan pelukis ialah suatu sinar kebahagiaan di antara kedua pasangan ini. Kebahagiaan sebenar yang hanya dapat diraih apabila kita melaksanakan perkahwinan itu kerana Allah S.W.T..Rumah tangga yang dibina pasti bahagia secara berpanjangan dan berkekalan dunia sampai akhirat. 

Diri ini sebenarnya teruja untuk mencari pasangan sejati, yang mmg ditakdirkan utk saya, dan sememangnya dialah jodoh diri ini dari dunia sampai akhirat sana. Saya sedar, saya masih muda, masih banyak yang saya perlu pelajari dan fahami, terutamanya ilmu Islam dan juga ilmu rumah tangga. Selain itu, diri ini juga masih menuntut ilmu dunia. Kita perlu seimbang dunia dan akhirat. Oleh itu, saya memperingatkan diri ini agar tidak mengabaikan ilmu dunia dan mempertegaskan bahawa ilmu yang utama yang kita cari di dunia ini adalah ilmu akhirat. Saya masih belajar, belajar, dan belajar. InsyaAllah dengan berkat dan izinNya saya akan dapat mempelajari semua ini dengan mudah dan tenang. 

Semoga Tuhan memberikan kita sebagai muslim yang sejati pasangan yang beriman dan beramal soleh. Sebagai pendamping kita, pembimbing kita dalam menjalani kehidupan ini. Bersama2 berjuang untuk mendekatkan diri kepadaNya. Dan semoga dialah sahabat sejati kita dunia dan juga akhirat sana..Amin..InsyaAllah..

..Syukran Jazilan..

..^_^..(NiaSuriAnnie)..^_^..