Showing posts with label Pengajian Makanan..^_^. Show all posts
Showing posts with label Pengajian Makanan..^_^. Show all posts

Thursday, 25 October 2012

Pengajian Makanan UPM #2..

UPDATED..Latest 2012..



..súper delicioso..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Saya sekali lagi membuat post berkenaan kos ini (Pengajian Makanan)..Bila tgk statistik, ramai pula yang review post Pengajian Makanan yang lepas..Jadi, saya tak nak ada yang konfius2 ttg kos ni..Adek2 yang review saya punya post sebelum masuk kos ni dah pun memulai sesi pembelajaran tahun ini pada September lepas..Saya punya review yg dulu adalah mengenai subjek2 dan juga opsyen2 yang ada dalam kos ni untuk batch saya dan sebelum saya..Rupanya Fakulti Sains dan Teknologi Makanan telah mengubahsuai kos Pengajian Makanan ini untuk pelajar batch selepas saya (Tahun-2 sekarang) dan juga junior (Tahun-1 sekarang)..Sebelum tu, mohon maaf andai info2 yg sy postkan ini tidak sahih..Insyaallah betul, sebab ada tanya2 jugak dengan junior..

Untuk mereka yang Tahun-2 sekarang, Khusus untuk mereka sahaja, satu-satunya Program Pengajian Makanan yang tiada subjek masak-memasak..Mereka hanya diberi pilihan samada memilih opsyen Management (Pengurusan) ataupun Marketing (Pemasaran). Mungkin ada sebab2 tertentu kot..Saya juga tak pasti..So, pasti ada dikalangan mereka yang minat masak memasak tu kecewa tak dapat merasa subjek tu yea..Mereka just menjadi pelajar2 yang berlandaskan operasi makanan, kualiti makanan, bisnes makanan dan lain2.

Untuk mereka yang Tahun-1 sekarang, Khusus untuk mereka dan onwards (maybe), maksudnya mungkin untuk pengambilan yang akan datang juga begini..Saya pun tak faham kenapalah mereka suka tukar2 kan, kesian budak2 yang bercadang nak ambik kos ni..Kali ini ada Program baharu iaitu Program Pengurusan Perkhidmatan Makanan (PPM)..Program Pengajian Makanan pun still ada lagi..Cuma kali ini, mereka dah tak payah nak pilih opsyen2 dah time Tahun Ke-2..

Senang cerita, siapa yang ambil Pengajian Makanan akan belajar pengurusan makanan, dan bisnes macam tu, tanpa masak memasak..Dan bagi mereka yang ambil kos PPM tu, mereka akan belajar pengurusan, perkhidmatan makanan beserta masak2..Details tentang subjek2 dalam kos-kos tersebut tak dapat saya nak terangkan dengan lebih lanjut kerana banyak perubahan subjek yang telah dibuat..Banyak beza from ours in the third year..

Don’t Give Up..Choose the Best, be the Best..Pengajian Makanan best sebenarnya, akan belajar banyak benda yang dapat membentuk kemahiran pelajar untuk diaplikasikan di luar bidang ini. Harap dapat gambaran lah tentang kos ni yea..Oh, jangan lupa, Fakulti Sains Dan Teknollogi Makanan UPM ada Program Sains Dan Teknologi Makanan..Kos ini untuk mereka yang sangat berminat bermain dengan makanan di dalam makmal..^_^..


Mucha gracias for coming..