Showing posts with label Ilmu buat kita..^_^. Show all posts
Showing posts with label Ilmu buat kita..^_^. Show all posts

Wednesday, 9 July 2014

Wirid Selepas Solat..

Dah lama jugak mencari wirid2 ringkas. Sebelum ni berpandukan buku yg berlainan sikit isi wirid nya..Tapi lebih kurang je..Yang kat bawah ni ada beza sikit. Utk zikir2 tu biasa ada ayat penyambungnya..Tapi kalau tak ada pun xpe. Yang penting dapat berwirid dgn ikhlas, mudah dan ringkas. Lepas tu blh tambah amalan lain kan seperti mmbaca Al-quran. Panduan wirid ini dari Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid. Sy cilok je dari sini..Semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan org lain juga..

Setelah selesai solat, ucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, istighfar 3x dan baca bacaan berikut:

1. 


Maknanya: 
Ya ALLAH, Engkaulah tuhan kesejahteraan. Daripada-Mu datang kesejahteraan, dan kepada-Mu kembali kesejahteraan. Oleh sebab itu hidupkanlah kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami ke dalam syurga darus-salam (kampung kesejahteraan). Maha berkat Engkau ya tuhan kami yang mempunyai keagungan dan kemuliaan.



2. Ayatul Kursi:

Maknanya: 
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi [161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.


3. Zikir yang diajar oleh Nabi SAW kepada Muadz bin Jabal:



4. Zikir:
33x


33x


33x


5. Baca:



KHAS untuk solat Subuh dan Maghrib: 
Selepas memberi salam dan masih dalam keadaan duduk tawarruk (duduk tahiyyat akhir), baca (bacaan 5 seperti di atas) sebanyak 10 kali. Imam Nawawi menulis di dalam kitab Al-Azkar, "Barangsiapa yang membaca ayat (5) sepuluh kali selepas Subuh dan Maghrib, sebelum mengubah posisi duduknya akan diganjar Allah SWT dengan sepuluh ganjaran, akan ditolak daripadanya 10 bala dan bencana, akan diangkat sebanyak 10 darjat, dan tiada apa-apa yang menimpa keatasnya daripada perkara yang buruk kecuali kematian". 

Baca sebanyak 7x (boleh ubah kedudukan kaki) 
 
Maknanya: Ya Allah, lindungi kami dari api neraka.

  • Sambung wirid.

6. Doa selepas solat. Contohnya dari doaharian.blogspot.com




Wallahu’alam.





Cara Isteri Memikat Suami (Islam)..

Just copy and paste from KeranaKasihNabi.

Website tersebut menyediakan pelbagai catatan Islamik yang diperolehi daripada segmen/rancangan di media massa. Terbaik!!!..Rajin2 lah menjejak ke sana yea..

Dari rancangan Tanyalah Ustaz!

Surah Al-Qadr

Para isteri, amalkan membaca surah ini dalam solat Isyak, dan baca pada malam hari sebelum bersama suami. In sha Allah akan terasa kelainan yang baik. Surah ini juga menjadi amalan wanita yang ingin kelihatan awet muda. Dalam menghadapi apa jua masalah, banyakkan bersyukur pada Allah. Isteri takkan dapat mengubah sikap suami yang tidak baik dengan sifat sabar sahaja, isteri perlu membanyakkan sifat bersyukur. Dengan sifat syukur, Allah yang akan membantu mencampakkan hidayah ke hati suami. Bersyukur dengan apa saja kebaikan yang suami berikan, walaupun sekecil mana sekalipun.


Senarai soalan dan jawapan

S: Bagaimana memikat hati suami yang sedang marah?
J: Jika lelaki sedang marah, jangan kata apa-apa. Diam sahaja dan hidangkan air kepadanya. Selawat, doakan dan hembus, “Ya Allah, lembutkan hati suamiku sebagaimana Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud”. Pahala menghidangkan air segelas untuk suami yang baru balik ke rumah lebih baik ganjarannya berbanding puasa setahun. Ketika memasak, dan membasuh beras, amalkan doa daripada hadis Qudsi yang bermaksud, “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Tuhan kami dan Tuhan mereka, hati kami dan hati mereka dalam genggaman-Mu. Sesungguhnya Engkau menguasai atas mereka”. Genggam beras dan bayangkan wajah ahli keluarga dan doakan mereka.

S: Benarkah wanita dapat memikat hati dengan masakan yang sedap-sedap?
J: Suami akan semakin sayang jika isteri masak dengan air tangannya sendiri. Isteri hari ini ramai yang nak cepat saja dan tidak berselawat langsung ketika menyediakan makanan. Sepatutnya banyakkan berselawat, berzikir dan berdoa ketika disediakan. Masak juga dengan penuh kasih-sayang. Sediakan makanan yang panas dan belum berusik untuk suami. Asingkan makanan untuk suami jika suami balik lambat. Belajar tentang selera suami daripada ibu mertua.

S: Antara suami dan isteri, siapa yang lebih patut banyak memikat?
J: Pada pandangan peribadi saya, isteri perlu lebih banyak memikat. Isteri perlu lebih mudah memaafkan.

S: Bagaimana untuk memikat hati suami yang suka merajuk?
J: Untuk memujuk selain daripada berdoa, ada beberapa cara – tulis surat cinta (sms pendek sangat). Ambil video keluarga dan pasang semula untuk mengenangkan perkara-perkara yang telah dilalui bersama keluarga.

S: Betulkah ada isteri yang menggunakan sihir untuk memikat suami?
J: Ada tapi perbuatan itu salah. Ada cara lebih mudah yang boleh diamalkan iaitu dengan menggunakan ayat Al-Quran. Contohnya:
Baca surah Al-Qadr ketika solat Isyak dan ketika ingin bersama suami
Baca surah Al-Inshirah, dan pada ayat ke-4, hembus pada tangan dan usap pada wajah hingga ke belakang. Boleh diulang 3 atau 7x.
Baca doa ketika membasuh beras seperti diajar di atas.

S: Betulkah jika suami merajuk, isteri dilaknat oleh malaikat?
J: Apa yang saya difahamkan ialah jika isteri menolak ajakan suami untuk bersama, maka malaikat akan melaknatnya dari malam hingga ke pagi hari.

S: Wajarkah seorang isteri bekerja mencari rezeki untuk memikat hati suami?
J: Wajar. Rasulullah SAW juga pernah dibantu isterinya yang kaya iaitu Siti Khadijah.





Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda..




Ini ilmu yang berguna yang harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Ingat yea, jangan lakukan perkara2 ini dalam hidup kita..In shaa Allah, kita cuba perbetulkan apa yang mnjadi kebiasaan kita selama ni. Mudah2an apa yang kita usahakan berdasarkan larangan di bawah mendapat berkat dari Allah S.W.T..


  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yg berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau 
  13. memang kita bersalah.
  14. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
  15. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  16. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  17. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  18. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
  19. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
  20. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  21. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  22. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  23. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  24. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.




Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH S.W.T itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH S.W.T dan yg buruk itu dari hambanya juga.


Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. In shaa Allah. From lmmerah..







Friday, 4 July 2014

Musa..Hafiz Al-Quran Muda & Tips Mendidiknya dari Ayahnya..Subhanallah..

Diambil dari Islamedia.co                     



http://islamediaonline.files.wordpress.com/2014/07/islamedia-co-musa-anak-5-tahun-penghafal-quran.jpg?w=700


Masyarakat muslim Indonesia sangat terkesima dengan kebolehan anak kecil berusia 5 tahun setengah ini. Anak ini bernama Musa, berjaya menghafaz Al-Qur'an sebanyak 29 juz. Bahkan seorang Ulama 'Doktor Amir Faishol' yang merupakan Ahli Tafsir Al-Qur'an menangis terharu dan mencium tangan Musa sebagai tanda penghormatan.


Disebalik kejayaan Musa, ada peranan seorang Ayah Musa yang bernama La Ode Abu Hanafi. Berikut merupakan 10 TIPS mendidik dari Ayah Musa yang diambil dari dialog antara admin As-Sunnah dengan Abu Musa melalui whatsapp.


1. Cari istri solehah yang kelak akan menjadi partner anda dalam mendidik anak.

2. Tegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar kepada anak meskipun masih kecil.

3. Jauhkan dari muzik dan tontonan yang merosak.

4. Tanamkan aqidah dan tauhid kepada anak.

5. Perkenalkan kepada anak siapa ahlu sholah dan siapa ahlu maksiat.

6. Orang tua harus menjadi contoh anak.

7. Orang tua ketika amar ma'ruf dan nahi mungkar harus ada ketegasan diri mereka kepada anak-anak, contohnya ketika memerintahkan belajar, banyak orang tua yang tidak tegas. Ingat, emas tidak akan jadi mulia dan berharga kecuali setelah ditempa secara luar biasa.

8. Tentukan jadual anak seketat mungkin, bila belajar, makan, mandi, bermain, dan orang tua harus istiqamah dan jangan diremehkan dan dilanggar.

9. Jangan terlalu mempedulikan perkataan orang dalam mendidik anak kita, tetap istiqamah dan fokus pada tujuan yang ingin dicapai.

10. Walaupun ada ketegasan dalam mendidik, orang tua juga harus tetap memperlihatkan kelembutan kepada anak.






Tips Kebahagiaan Untuk Anak..

Salam kebahagiaan..Saya ingin kongsikan tips ini yang saya ambil dari FB: Rahsia Hawa..Semoga bermanfaat buat ibu bapa di luar sana..





Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.



Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.



1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita, anak dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.





Wednesday, 2 July 2014

9 Jenis Sihir dan Cara Elaknya..

Allah murka dengan manusia yang berbuat keji..sihir itu keji..







1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.



Sumber: http://farishishak.blogspot.com




 Antara Cara Elak Sihir, Insyaallah, Allah Maha Pelindung, Yang penting YAKIN pd-NYA.. 



Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". (Riwayat Al Bukhari)


2. Berwuduk Sebelum tidur


Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya". Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci". (Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)


3. Mengambil berat tentang solat berjemaah


Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)


4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir


Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.


5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas


Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". (Riwayat Al Bukhari dan Muslim). Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina.


6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah


Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya". (Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)


Gambar: Kredit to Google.com: Ustaz Don Daniyal dan Isteri

 
Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8722.0







Thursday, 25 October 2012

Apa Peristiwa Hari Arafah..

Arafah adalah gambaran Padang Mashyar di bumi. Ia terletak 21.9 km ketimur Makkah. Di antara Makkah dan Arafah terletak Mina dan Mudzlifah. Berwukuf di Arafah akan mengingat kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah mudah-mudahan  permintaan kita diterima. (Source: sini)

Selain itu, tentang peristiwa korban yang dilakukan Nabi Ibrahim As, keikhlasan serta ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah. Pada malam ke-9 di bulan Dzulhijjah, Nabi Ibrahim bermimpi sama dengan hari sebelumnya(tanggal 8 Dzulhijjah) yaitu Nabi Ibrahim diperintahkan untuk mengorbankan putranya, Nabi Ismail yang waktu itu masih berumur 7 tahun(ada juga yang berpendapat 13 tahun). Pagi harinya, beliau tahu dengan yakin mimpinya itu berasal dari Allah SWT. Dari sinilah hari ke-9 Dzulhijjah disebut dengan hari ‘Arafah (artinya mengetahui maksudnya Nabi Ibrahim telah mengetahui bahwa mimpinya itu merupakan wahyu dari Allah), dan bertepatan pula waktu itu beliau sedang berada di tanah Arafah. Pada esok harinya tepatnya 10 Dzulhijjah (kita memperingatinya sebagai Idul Adha) beliau melaksanakan perintah Allah, namun dengan kuasa Allah Nabi Ismail digantikan dengan kibas dan Allah menerima korban Nabi Ibrahim. Salah satu yang menarik dari kisah ini, seperti yang tersimpan dalam Al-Quran Surah As-Shaffat ayat 37. “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Inilah ketaatan seorang anak kecil kepada Allah dan orang tuanya, tidak ada rasa takut malah ada kesabaran dengan keikhlasan menyertainya. Subhanallah. (Source: sini)

Keutamaan puasa Arafah ini seperti diriwayatkan dari Abu Qatadah Rahimahullah. Rasulullah SAW bersabda: Puasa hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang, dan puasa Assyura (tanggal 10 Muharram) menghapuskan dosa setahun yang lepas. (HR. Muslim)

Aku ingin ke sini suatu hari nanti..insyaallah, moga Allah memberiku kemampuan..



Tuesday, 10 April 2012

7 Tips Agar Facebook Tak Jadi Punca Rosaknya Perkahwinan..



Bismillahirrohmaanirrohim ...
Ancaman pernikahan kini tidak hanya datang dari orang ketiga. Facebook, laman sosial yang popular digunakan juga boleh menjadi ancaman kepada pernikahan. Tak dinafikan, banyak manfaat juga bil ber"fb" ni. Yang penting digunakan dengan tujuan yang baik. Contoh, berbisnes dengan facebook. Tetapi untuk saje2 bersosial ni, banyak yg tak baik sbnarnya. Banyak buang masa kita, tak terkecuali tuan blog juga. Bila berfacebook ni, biarlah berpada2, jangan sampai diancam padahnya. 

Yang nak di "highlight" kan kat post ni adalah khas untuk mereka2 yang sudah mempunyai pasangan (sudah bernikah). Orang kata facebook ni blh jadi punca kecurangan pasangan juga. Mudah2an dijauhkan Allah..

Kat bawah ni ada tips sebenarnya bagaimana kita nak elak masalah2 curiga dari pasangan lantas mengharmonikan lagi rumahtangga anda..Pasangan yang dah berkahwin tu mesti saling percaya-mempercayai bukan?..Pertimbangkanlah cara2 dibawah yer mana yang anda harus buat. Sumber dari: http://www.facebook.com/notes/strawberry (Dengan sedikit edit)..


1. Demi mengurangkan kecurigaan, tak ada salahnya memberitahu password dan user name Anda kepada pasangan. Apalagi jika hal tersebut memang ditanya oleh pasangan. Apabila Anda merasa keberatan dengan hal ini, berarti memang ada yang salah dengan facebook Anda.

2. Berfikirlah baik-baik sebelum menggantikan gambar profil Anda di facebook. Sebagai orang yang sudah bernikah, pastikan gambar yang Anda gunakan tidak menyinggung atau membuat pasangan marah. Jika pasangan tidak suka Anda menayangkan gambar seksi, sebaiknya hindarikan guna gambar2 demikian. Jika Anda tidak keberatan, mengguna gambar berdua dengan pasangan sebagai gambar profil juga bisa menjadi salah satu cara untuk menyenangkan pasangan sekaligus mengurangi ‘risiko’ godaan di facebook.

3. Jangan menerima friend request dari orang-orang yang Anda tidak kenal, terutama yang berlawanan jantina. Banyak informasi tentang diri Anda di facebook, pastikan Anda mengetahui siapa saja yang boleh mengakses informasi tentang Anda. Membataskan orang yang tidak dikenal juga bisa mengurangkan godaan untuk flirting (mengurat/di usha2) dengan orang-orang yang tidak jelas.

4. Jika Anda masih menyimpan perasaan baik cinta maupun luka pada bekas kekasih, sebaiknya jangan masukan mereka di daftar teman Anda. Update-update terbaru tentang mereka yang muncul di wall Anda boleh menjadikan perasaan yang tersimpan itu tidak pernah hilang. Kendalian pemilihan teman di facebook adalah sepenuhnya kekuasaan Anda. Tidak perlu merasa tidak enak, takut dikata sombong ke. Tidak mengapa untuk menolak request kerana Anda ada hak untuk menentukan keselesaan Anda berinteraksi di facebook.

5. Jangan mengungkap rahsia atau informasi yang anda tidak ceritakan pada pasangan. Pasangan Anda umumnya merasa sebagai orang yang paling mengetahui atau tempat pertama Anda untuk bercerita. Untuk kabar-kabar penting atau hal yang bersifat rahasia, sebaiknya ceritakan dulu pada pasangan jika Anda berniat mengumumkannya di facebook. Pasangan tentunya akan merasa tersinggung atau merasa tidak dianggap dalam kehidupan Anda jika ia tidak mengetahui lebih dulu hal-hal penting tersebut.

6. Hindari status facebook yang terlalu membuka rahsia pernikahan (Memang tak patut pun). Sekali-sekali tak ada salahnya bercerita tentang surprise yang diberi oleh pasangan atau cerita travel Anda berdua. Tapi jangan terlalu kerap kerana kita tak tahu ada orang lain terganggu dan kata "Ada aku kesah"..hehe..Sebaiknya, rahsia anda, tetap patut menjadi rahsia.

7. Kenalilah hal-hal yang sebaiknya tidak Anda sebarkan di Facebook. Keburukan pasangan, cerita pertengkaran, atau masalah keluarga adalah hal-hal yang sebaiknya tidak menghiasi status facebook Anda.

Facebook merupakan laman yang bermanfaat jika digunakan secara benar. Jadi, jangan lupa lakukan hal-hal di atas agar pernikahan Anda tidak goyah hanya kerana masalah facebook semata2..peace..


~*...HAI SAHABAT, JANGAN MELUAH PERASAAN KAT FACEBOOK,
BAIK LUAH PADA ALLAH ...*~

~V^_^V~


Sunday, 8 April 2012

5 Bukti Si DIA cintakan Kita kerana Allah SWT !..


Pepatah arab ada menyebut semua orang mengaku kekasih Laila tetapi Laila sendiri tidak mengakuinya. Ramai orang kerap kali terjatuh dalam perangkap cinta dan terpalit dengan noda dan fitnahnya apabila Si Dia, baik lelaki mahupun perempuan mengungkapkan kata-kata hikmat yang berbunyi “Aku cintakan diri-Mu kerana Allah !”

Aduh ! Perkataan yang indah tetapi kerap disalah guna.


Jika kaca yang dipegang maka akan pecah kerana jatuh terhempas, jika kita sedang berdiri akan segera ingin mencari tempat duduk dan jika kita tengah duduk akan segera mahu berdiri dan mencari udara segar guna memaksa oksigen masuk ke dalam tubuh kerana sesak dan berat di dada sehingga menyukarkan pernafasan. Jantung berdegup laju dan tangan menjadi sejuk.


Itulah tanda-tanda awal virus cinta sudah mula berjangkit dan sedang menular ke dalam badan dan hanya akan dapat dilegakan dengan berdekatan dengan orang yang dicintai.


Lalu apa yang harus dilakukan ? Pasrah dan menerima cinta kerana ianya adalah kerana Allah seperti yang diucapkan atau berhenti dahulu dan meneliti ucapan tersebut benarkah ia cinta dari Allah atau merupakan salah satu dari jerangkap samar syaitan ?
Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)


Dalam Islam, kita disuruh memeriksa dan menilai apakah benar setiap sesuatu ucapan atau khabar yang disampaikan sebelum mengambil tindakan atau membuat keputusan. Hal ini disebut sebagai konsep “tabayun” atau bermaksud mencari penjelasan atau keterangan.


Hal ini amatlah penting agar kita tidak ditipu atau terjebak dengan perangkap Iblis yang sedang menanti di hujung jalan untuk memancing kita ke dalam neraka bersama-sama dengannya. Sebelum membuat keputusan apakah akan diserahkan tubuh badan, hati dan perasaan maka lebih baiklah dilakukan usaha memeriksa dan menyemak terlebih dahulu benarkah kalimah itu diucapkan iaitu:

Aku cinta kepada Mu kerana Allah SWT !


Cinta kerana Allah SWT itu mempunyai satu kedudukan yang istimewa kerana di dalam hadis Abu Hurairah ra menyebut katanya Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)


Di dalam sebuah hadis yang lain, nabi salallahualaihiwassalam juga pernah bersabda : “Jika seseorang dari kamu mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahunya.” (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad serta Bukhari di dalam tarikhnya dengan makna yang sepertinya)

Kita juga disunnahkan untuk membalas ucapan cinta itu dengan doa yang berbunyi :

أحبك الله الذي أحببتني فيه


Maksudnya : “Semoga Allah mencintai kamu yang telah mencintaiku keranaNya.” (riwayat Abu Daud)

Hadis-hadis berkenaan cinta ini begitu banyak sebab Islam ialah agama yang menitik-beratkan persoalan kasih sayang dan kehormonian sesama Insan. Namun kita masih perlu menilai dan meneliti apakah cinta yang dihulurkan itu benar-benar madu dan rezeki daripada Allah SWT atau sebenarnya ialah racun dan umpan dari syaitan.


Bukti Cinta kerana Allah

Ada 5 bukti penting dan tanda utama yang dapat dikenal pada seseorang yang benar-benar mencintai kita kerana Allah SWT. Ini dapat dilihat dari hasil taddabur kita kepada ayat-ayat Al-Quran dan melalui penilaian kepada hadis-hadis nabawiyah.


Pertama :
1. DIA adalah seorang yang amat mencintai Allah
Adalah mustahil seseorang itu berkata dia mencintai kita kerana Allah SWT tetapi dalam masa yang sama dia amat jauh dari jalan Allah dan seringkali melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.


Cinta itu dibuktikan dengan perbuatan maka lelaki dan wanita yang mengatakan kepada anda bahawa dia mencintai kerana Allah juga akan membenci kerana Allah SWT dan membenci segala apa yang dimurkai oleh Allah SWT dari segala jenis dosa dan maksiat.


Nabi salallahualaihiwassalam bersabda : “Tiga perkara yang jika terdapat pada seseorang maka dia pasti akan merasai kemanisan Iman. Iaitu Dia mencintai Allah dan rasul-Nya lebih dari selainnya. Dia mencintai atau membenci sesuatu hanya kerana Allah dan dia amat membenci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia tidak suka dicampakkan ke dalam api.” (hadis riwayat Bukhari)


Lihatlah pada diri lelaki yang mencintai anda kerana Allah itu apakah dia seorang yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, kuat tawakkal, selalu mencintai anak yatim dan membela yang lemah atau dia sebenarnya seorang yang hanya pandai berborak sahaja.


Lelaki yang soleh pasti akan kelihatan di masjid dan ketika ada orang yang berada dalam kesusahan maka disitulah dia akan dapat ditemukan.


Perkara yang sama terjadi kepada kepada lelaki yang benar-benar mahu mengenali para wanita muslimah solehah itu. Ianya tidak hanya dengan sekadar ucapan di bibir atau pada teks sms dan copy paste di blog dan Fb si gadis.


Lihatlah auratnya apakah ditutup, lihatlah peribadinya apakah terpelihara dan dijaga kemudian lihatlah pemikirannya apakah dia seorang Muslimah yang hidup untuk dirinya atau dia hidup untuk Allah SWT.


Caranya tidak susah. Mana-mana muslimah yang hidup untuk Allah akan sanggup menerima poligami dan menghormati hak-hak lelaki yang Allah berikan kepada mereka . Si DIA akan tunduk serta patuh kepada hukum Allah dan lebih banyak bertolak ansur serta berusaha memahaminya dari berusaha mempertikaikannya.
Jangan terleka dan tergoda oleh rupa dan pakaian kerana syaitan itu amat bijak dengan tipudaya dan jalan-jalan kesesatan. 


Kedua :
2. Cinta kerana Allah terbit dari sebab ketaatan
Pasti ada sebab si DIA cintakan kita kerana Allah dan apakah sebab-sebab itu adalah terhasil dari kerana ketaatan kita kepada Allah SWT atau kerana kemaksiatan kita kepada-Nya ?


Jika cinta yang diungkapkan itu adalah kerana ketaatan kita kepada Allah SWt maka ianya adalah jenis dari bahagian cinta-cinta yang suci dan datang atas kerana rahmat daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya.


Ada wanita jatuh cinta kerana si lelaki itu kuat berdakwah dan menjadi Imam sukarela secara percuma. Ada lelaki terjatuh hati kerana melihat si wanita itu tegas dan teguh mempertahankan maruah dan auratnya dari dicabuli. Maka jenis-jenis cinta seperti itu memenuhi kehendak cinta yang dilakukan kerana Allah SWT.


Tanyakan SI DIA kerana apakah kamu mencintai saya ?


Jika jawapannya memenuhi jenis cinta yang berdasar dari ketaatan kepada Allah SWT maka ianya adalah dari Allah dan jika ianya berdasarkan dari sebab-sebab kejahatan dan kemaksiatan maka ianya dari syaitan.


Ini dapat diketahui dengan mudah jika kita sendiri menyedari akan kesalahan yang telah kita lakukan. Misalnya jika wanita itu tidak menjaga auratnya, tidak memelihara dirinya dari fitnah seperti tampil di khalayak ramai dalam rancangan TV menjadi wanita pilihan dengan bertabarruj dan “berposing kiri dan kanan” memaparkan kecantikan maka jika datang lelaki menghulurkan cinta kerana tertarik dan jatuh hati atas kecantikan itu maka ianya bukanlah dari ketaatan bahkan kemaksiatan dan berpunca dari kedegilan kita dalam mentaati syariat Allah SWT.


Wanita yang solehah tidak akan mendedahkan kecantikannya seperti lelaki yang bertaqwa tidak akan murah menampilkan kebaikan dirinya atau menunjuk-nunjuk kewarakan dan kesolehannya.


Tanyalah diri anda, apakah dosa atau ketaatan yang telah dilakukan sehingga melayakkan diri ini menerima ungkapan AKU CINTA DIRMU KERANA ALLAH !


Ketiga :
3. Mencintainya kembali menambah kebaikan dan kemuliaan serta mendekatkan kita kepada Allah
Orang-orang yang benar dalam cintaNya kepada Allah mereka ini mempunyai kelebihan dan merupakan orang-orang yang benar-benar beriman. Mencintai mereka itu nescaya akan memberikan kebaikan dan menambahkan kemuliaan serta menambahkan kedekatan kita dengan tuhan.


Ini disebabkan di dalam sebuah hadis dari jalan Abu Hurairah ra yang menyebutkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Jikalau Allah Ta’ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia pun memanggil Jibril lalu memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu (Wahai Jibril) si Fulan itu. Jibril pun lalu mencintainya, kemudian Jibril menyeru kepada seluruh penghuni langit seraya memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua (Wahai penghuni-penghuni langit) si Fulan itu. Maka para penghuni langit pun kemudian mencintainya. Setelah itu dijadikan seluruh penghuni bumi pun ikut menerimanya (mencintainya).” (hadis Muttafaq alaih)


Lihat dan perhatikanlah apakah di wajah orang yang mengatakan Aku cinta pada-Mu kerana Allah itu membuatkan anda teringat kepada ajaran Islam, kepatuhan kepada Allah SWT, kedahsyatan hari akhirat serta dosa dan pahala atau sebaliknya hanya mengundang kepada ingatan nafsu syahwat dan pelukan serta dakapan di atas tilam.


Cinta yang suci tidak akan mampu dibakar oleh api sebaliknya ia hanya akan memadamkan api demikianlah cinta yang sejati tidak akan datang kerana syahwat tetapi ianya pasti akan mampu memenuhi keperluannya. 


Ke-empat:
4. Cinta dan hubungan dengan Si DIA jauh dan terpelihara dari kelalaian dan dosa
Diantara ciri-ciri yang mustahak di dalam penilaian kebaikan seseorang ialah ianya tidak mengundang bahaya atau kemudharatan. Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa rasulullah SAW pernah bersabda : “Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).” (hadis riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi)


Ini kerana tipu daya dan muslihat syaitan itu amat licik. Terkadang dia sengaja memalsukan kejahatan itu agar dilihat sebagai kebaikan atau kemuliaan. 


Syaitan itu sendiri tahu untuk mengoda orang yang soleh itu tidak harus dengan maksiat dan kejahatan tetapi digoda dengan kebaikan dan kezuhudan agar si soleh itu menjadi sesat kerana riya’ atau ujub (kagum)dan ghurur (tertipu) dengan dirinya sendiri. 


Mujahid bin Abi Mu'ammar meriwayatkan bahawa suatu hari pernah ada seseorang yang memuji seorang pemimpin. Kemudian Miqdad ibnul-Aswad pun menaburkan tanah ke mukanya, lalu berkata:"Rasulullah memerintahkan kami untuk menaburkan tanah kemuka orang yang suka memuji." (riwayat Muslim)


Imam Ibn Jauzi al-baghdadi dalam kitabnya Talbis Al-Iblis ada menyebutkan mengenai cara Iblis membelit ahli ibadah dan menjadikan mereka jauh daripada Allah melalui menampakkan kebaikan dan kelebihan diri mereka sehingga menjadi ujub dan kagum atau ibadah mereka lalu menjadi lalai kepada Allah dalam keadaan mereka menyangka bahawa mereka itu sedang beribadah. 


Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : "Kamu tidak akan selamat hanya oleh amalanmu sahaja." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Apabila anda berhadapan dengan lelaki atau wanita yang mengucapkan kata-kata cinta yang suci menggunakan nama Allah SWT maka lihatlah apakah ianya membawa fitnah dan kelalaian atau memberikan manfaat kebaikan dan menjauhkan diri dari dosa. 


Ramai orang terkena belitan syaitan apabila terpedaya kononnya bercinta kerana Allah SWT namun apabila sudah ber“couple” dan bercinta semua larangan Allah dilanggarnya.


Bertudung labuh dan berkopiah tetapi berdua-duaan ditempat yang tidak diredhai Allah kerana cinta dan perasaan akhirnya syariat Allah menjadi gadaian.


Ada orang yang baik, lelaki muslim dan wanita yang muslimah pada asalnya mahu bercinta kerana Allah tetapi dipertengahan jalan mereka ditipu oleh syaitan. Akhirnya kerana sudah pun terlanjur berpegangan tangan, bercium dan melakukan maksiat ringan masing-masing berpendapat kita sudah tiada jalan kembali kecuali terus terjebak dalam hubungan haram ini. 


Allah itu maha pengasih dan pengampun, setiap kali terlanjur dan tersilap dalam perjalanan maka segeralah lakukan U-TURN sementara nyawa masih dikandung badan. Pintu taubat sentiasa terbuka dan segeralah rayu dan memohon keampunan daripada-Nya.


Janganlah terpedaya oleh syaitan yang sentiasa merayu peluang kedua dari manusia agar sekali lagi melakukan dosa. Sekali lagi sahaja, Cuma sekali lagi katanya yang merayu supaya terus melakukan dosa lalu terperangkap di dalamnya.


Kelima :
5. SI DIA tidak mengharapkan balasan kecuali dari Allah
Cinta yang suci itu ialah cinta yang hanya tahu memberi tetapi tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Mereka ini seperti yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Al-Insan : 9)


Jika benar si DIA mencintai Mu kerana Allah maka bergembiralah kerana kalian benar-benar mahukan syurga dan tidak kisah dengan siapa berakhirnya hubungan ini. Apakah dia menjadi milikmu atau kamu menjadi miliknya hal itu bukanlah isunya tetapi apakah Si DIA dan kamu masing-masing beroleh kasih sayang dan keampunan dari Yang Maha Esa.


Sabda nabi salallahualaihiwassalam : “ Barangsiapa yang mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah serta memberi kerana Allah atau menghalang kerana Allah maka telah sempurnalah Imannya.” (hadis riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh Albani)


Lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah SWT lebih takutkan Allah dan lebih mencintai Allah dari diri mereka sendiri dan secara pastinya mereka mencintai satu sama lain hanya semata-mata kerana hubungan masing-masing dengan Allah SWT.


Lelaki yang beriman dan benar-benar mengasihi seorang gadis kerana Allah akan sentiasa mahu wanita itu terpelihara dari dosa dan mahukan kebaikan serta rahmat Allah SWT ke atasnya.


Jika dia mahu mengahwini gadis itu maka hasratnya itu adalah kerana mahu melindunginya, mahu mengasihi dan memanfaatkannya di jalan Allah SWT. Adapun jika ada lelaki lain yang terlebih dahulu hadir dalam kehidupan wanita itu maka dia akan sentiasa mendoakannya dan mengharapkan kebaikan di antara kedua-duanya.
Hatinya Ikhlas dan hanya mengharapkan balasan dari Allah SWT. 


Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda :“Doa seorang muslim kepada saudaranya di belakang pengetahuan saudaranya pasti dimakbulkan. Di atas kepalanya akan ada malaikat yang menjaganya dan setiap kali dia berdoa untuk kebaikan kepada saudaranya itu maka malaikat pun ikut berkata “Amin” dan mendoakan supaya baginya juga mendapat serupa apa yang telah didoakan kepada saudaranya.” (riwayat Muslim)


Inilah sifat orang yang beriman dan menjadikan Allah sebagai matlamat dan tujuan. Mereka tidaklah menjadikan cinta kepada wanita, lelaki, teman dan kekasih mereka itu sebagai sekutu atau saingan dan tandingan kepada Allah SWT bahkan sebaliknya ia menjadi baja dan air yang menyuburkan keimanan mereka serta sokongan kepada ketaqwaan mereka.


Firman Allah yang bermaksud : “Dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik.” (Yunus : 105)


Mereka inilah yang termasuk dalam hadis nabi yang bermaksud : “ Manusia yang paling bahagia di hari akhirat dengan syafaatku kelak ialah yang berkata “Lailahaillallah” Ikhlas daripada hati dan dirinya.” (hadis sahih riwayat Bukhari)


Syaitan tidak mampu menggoda mereka bahkan oleh wanita yang paling cantik jelita atau oleh lelaki yang paling kacak dan tampan sekalipun. Takala dikatakan oleh Syaitan tidak takutkan kamu jika jarang bertemu atau bersms dengan kekasihmu itu nanti dia akan mencari atau dipikat oleh lelaki lain ?


Orang ini akan berkata : “Alhamdulillah, daripada Allah kita datang dan kepada Allah-lah kita akan kembali. Jika benar begitu maka saya akan mempermudahkan urusannya, membantunya agar dapat menikahi gadis yang ku sayangi ini jika benar lelaki yang lain itu adalah yang terbaik untuknya.”
Sesungguhnya saya mencintainya hanya kerana ALLAH !
--------------------------------------------------------------------------------

-Mohon disebarkan artikel ini jua kerana Allah !
Sumber: http://ustaz.blogspot.com/2011/11/5-bukti-si-dia-cintakan-kita-kerana.html