Tuesday 9 June 2020

Kerajaan Akan Mengkreditkan RM50 ke Dalam e-dompet Julai Ini




Seperti yang diumumkan oleh PM kita, semakin ramai yang menggunakan pembayaran tanpa sentuh (contactless payment). Inisiatif kerajaan adalah menyediakan sebuah program ePENJANA berjumlah RM750 juta yang akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia. Kerajaan akan mengkreditkan RM50 kepada e-dompet pengguna nanti dan akan dipadankan dengan tambahan baucer, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet.

Proses pengkreditan akan bermula 1 Julai 2020 ini. Layak untuk warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun.



Bagaimana nak mohon?

Kena download aplikasi MySejahtera di telefon pintar anda (Google Playstore / Apple Store / Huawei AppGallery) dulu. Lepas tu daftar dan ikuti langkah-langkah yang diminta. Kenapa kena daftar MySejahtera?. Apps ini asalnya membantu dalam pemberitahuan maklumat dan pengawasan penularan wabak COVID-19. Cuba baca petikan berita daripada Harian Metro dibawah ini.

KERAJAAN akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang menggunakan aplikasi MySejahtera.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi menggalakkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi berkenaan.

"Kerajaan ingin menyarankan rakyat Malaysia menggunakan aplikasi MySejahtera bagi membolehkan penilaian kesihatan kendiri.

"Aplikasi ini juga membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan untuk mengenal pasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19," katanya.

"Begitu juga, ramai yang tidak mahu menulis nama dan nombor telefon ketika berkunjung ke premis perniagaan boleh memuat turun aplikasi itu dan mendapatkan QR Code.

"Jadi tidak perlulah lagi menulis maklumat lengkap di buku pendaftaran," katanya.

Jadi, memang kena daftar MySejahtera dulu nampaknya. Yang sudah mendaftar, pastikan Aplikasi dalam versi yang terkini.

Cara Daftar MySejahtera yang lengkap >> Mysumber

Untuk memohon, setakat ini belum ada cara yang dapat dikongsikan, masih dalam proses pendaftaran MySejahtera yang sesak. Tetapi, pasti cara penebusan hampir serupa dengan apa yang pernah kita daftar untuk e tunai rakyat dahulu, cuma ada prasyarat iaitu kena lepas daftar MySejahtera. Dan yang penting kena ada salah satu e-dompet (e-wallet) yang kita nak guna seperti Boost / GrabPay / Touch n Go. Paling banyak mesti orang guna Boost, senang nak beli apa-apa barang di Supermarket. Semoga Berjaya dan Bersabar!

>>> Namun kena sentiasa 'alert' dan 'follow up' pengumuman dari kerajaan dari semasa ke semasa ye untuk maklumat yang terkini mengenainya. <<<



No comments:

Post a Comment