Monday 28 April 2014

Samsung Galaxy Note 3 Neo..



This device is quietly released in Malaysia in this April. It said that the price is RM1699..Interesting right?..Although its specs is not as great as Note 3, but it is quite reasonable with its price..Very suitable for business persons. That was Samsung target. But anyone who can afford this can grab it, it is limited i think.. 









#Dreaming..


Nak Anak Putih dan Berkulit Cerah..

Bunga Saffron dan Susu Soya - insyaAllah bagi anak kulit putih cantik jika ibu consume semasa mengandung...tpi jgn mkn brlebihan..boleh google untuk info2 selanjutnya mengenai makanan ini..:-)



Bunga Saffron



Susu Soya

Hukum Selain Muslim Masuk Ke Dalam Masjid?..



Ini adalah persoalan yang penting dalam Masyarakat Islam hari ini di mana terdapat Masjid2 yang dijadikan sumber tarikan pelancong2 asing yang bukan Islam.

Kuliah Ustaz Azhar Idrus.


Orang kafir tidak dibenarkan masuk ke dalam tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidil Nabawi, dan Masjidil Aqsa. Namun, untuk masjid-masjid lain, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulamak. Jumhur ulama di dalam Mazhab Syafie membenarkan dengan syarat, iaitu: 

(1) Terlebih dahulu mendapat keizinan dari pihak pengurusan masjid yang beragama ISLAM,

(2) Ada pengiring yang menjaga pelawat agar tidak mencemarkan kesucian masjid/Islam.

Bagaimana pula dengan hadas besar mereka? Diringankan ke atas mereka kerana bertujuan untuk mendekatkan mereka kepada masjid, agar mereka tertarik pada Islam. Perlukah mereka menutup aurat? Digalakkan tetapi tidak perlu menyuruh mereka menutup aurat. (Masjid Chendering, Kuala Terengganu). Jadi, orang kafir tidak boleh masuk ke dalam masjid dengan sewenang-wenangnya tanpa syarat. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.



Ustaz Ammi Nur Baits. 
(Dewan Pembina KonsultasiSyariah.com, Artikel www.KonsultasiSyariah.com)

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,
Ulama berbeza pendapat tentang hukum orang kafir masuk masjid. Berikut diantaranya:
Pertama, orang kafir tidak boleh masuk masjid, baik masjid di tanah haram (Mekah) maupun masjid di luar tanah haram. Ini adalah pendapat imam Ahmad dalam salah satu riwayat beliau.
Hanya saja, sebagian ulama hambali membolehkan jika ada maslahat untuk kepentingan masjid, seperti memperbaiki bangunan atau semacamnya.
Al-Buhuti – ulama madzhab hambali – mengatakan,
لا يجوز لكافر دخول مسجد الحل ولو بإذن مسلم؛ لقوله تعالى: إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ  سورة التوبة, ويجوز دخولها -أي مساجد الحل- للذمي, ومثله المعاهد والمستأمن إذا استؤجر لعمارتها؛ لأنه لمصلحته
Tidak boleh bagi orang kafir untuk masuk masjid meskipun di selain tanah haram, sekalipun dengan izin orang muslim. Berdasarkan firman Allah, yang artinya, “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir..” (QS. At-Taubah: 18). Yang boleh masuk masjid  adalah orang kafir zimmi, termasuk mu’ahid dan musta’min, ketika mereka dipekerjakan untuk memperbaiki masjid, karena ini untuk kemaslahatan masjid (Kasyful Qana’, 6:265).
Di antara dalil mereka yang mengambil pendapat ini adalah riwayat bahwa Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu pernah melihat ada orang majusi di dalam masjid ketika beliau sedang berkhutbah di atas mimbar. Kemudian Ali turun, dan memukulnya serta menyuruhnya keluar. Pendapat ini juga yang menjadi pendapat Umar bin Khatab radhiyallahu ‘anhu. Karena jika orang muslim yang junub tidak boleh masuk masjid maka orang musyrik lebih layak dilarang masuk masjid (Mathalib Uli an-Nuha, 2/617).
Kedua, orang kafir boleh masuk masjid, jika diharapkan dia bisa masuk Islam dengan melihat aktivitas kaum muslimin di masjid atau mendengar ceramah. Ini pendapat al-Qodhi Abu Ya’la – ulama hambali –. Dengan syarat, mendapat izin dari salah satu orang muslim. Keterangan beliau dinukil dalam Mathalib Ilin Nuha,
يجوز لكافر دخول المسجد بإذن مسلم إن رجي منه إسلام لأنه -صلى الله عليه وسلم- قدم عليه وفد أهل الطائف، فأنزلهم في المسجد قبل إسلامهم
Boleh bagi orang kafir untuk masuk masjid dengan izin dari seorang muslim, jika diharapkan dia masuk Islam. Karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah kedatangan tamu dari Thaif, dan beliau menyuruh mereka untuk singgah di dalam masjid, dan mereka belum masuk islam (Mathalib Uli an-Nuha, 2:617).
Ketiga, larangan masuk masjid untuk orang kafir, hanya berlaku untuk Masjidil Haram dan bukan masjid lainnya.  Ini adalah pendapat Imam asy-Syafii, Ibnu Hazm, al-Albani, Ibnu Utsaimin dan beberapa ulama lainnya.
Diantara dalil yang menguatkan pendapat ini,
1. Firman Allah,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا



Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis. Karena itu, janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini (tahun 9 H).” (QS. At-Taubah: 28)
Al-Qurthubi menukil keterangan Imam asy-Syafii yang mengatakan,
الآية عامة في سائر المشركين خاصة في المسجد الحرام, ولا يمنعون من دخول غيره فأباح دخول اليهود والنصارى في سائر المساجد



Ayat ini mencakup umum seluruh orang musyrik, terutama ketika masuk Masjidil Haram. Dan mereka tidak dilarang untuk masuk masjid lainnya. Karena itu, Dia membolehkan orang yahudi atau nasrani masuk ke masjid-masjid lainnya (Tafsir al-Qurthubi, 8:105).
Keterangan yang sama juga disampaikan Ibnu Hazm, dalam al-Muhalla beliau mengatakan,
فخص الله المسجد الحرام، فلا يجوز تعديه إلى غيره بغير نص
Allah mengkhususkan hukum untuk Masjidil Haram, karena itu tidak boleh diberlakukan untuk masjid yang lain tanpa dalil (al-Muhalla, 3:162).

2. Praktik Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
Diantaranya, keterangan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,
بَعَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ، فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ مِنْ بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ لَهُ: ثُمَامَةُ بْنُ أُثَالٍ، سَيِّدُ أَهْلِ اليَمَامَةِ، فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي المَسْجِدِ، فَخَرَجَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «أَطْلِقُوا ثُمَامَةَ»، فَانْطَلَقَ إِلَى نَخْلٍ قَرِيبٍ مِنَ المَسْجِدِ، فَاغْتَسَلَ، ثُمَّ دَخَلَ المَسْجِدَ، فَقَالَ: أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengutus beberpaa penunggang kuda ke arah Nejd, tiba-tiba utusan itu kembali dengan membawa tawanan yang bernama Tsumamah bin Utsal, pemimpin suku daerah Yamamah. Merekapun mengikatnya di salah satu tembok Masjid Nabawi. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallammendekati Tsumamah, lalu beliau memerintahkan, “Lepaskan Tsumamah.” Kemudian Tsumamah menuju kebun kurma dekat masjid, beliau mandi lalu masuk masjid, dan menyatakan masuk Islam dengan bersyahadat. Laa ilaaha illallaah muhammadur Rasulullah. (HR. Bukhari 2422 dan Muslim 1764) .
Insya Allah inilah pendapat yang lebih kuat, berdasarkan praktek makna teks ayat dan praktek Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Al-Khatib asy-Syarbini mengatakan,
وثبت أنه – صلى الله عليه وسلم – أدخل الكفار مسجده، وكان ذلك بعد نزول ” براءة “، فإنها نزلت سنة تسع، وقدم الوفد عليه سنة عشر وفيهم وفد نصارى نجران، وهم أول من ضرب عليهم الجزية فأنزلهم مسجده وناظرهم في أمر المسيح وغيره
Terdapat riwayat yang shahih, bahwa beliau shallallahu ‘alaihi wa sallammemasukkan orang kafir ke dalam masjid beliau, dan itu terjadi setelah turun surat At-Taubah, surat ini turun di tahun 9 hijriyah. Sementara beliau menerima banyak tamu pada tahun 10 hijriyah, dan diantara mereka ada orang nasrani Najran. Dan mereka suku pertama yang terkena kewajiban jizyah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruh mereka singgah di dalam masjid, dan beliau juga berdebat dengan mereka tentang Al-Masih dan yang lainnya. (Mughni al-Muhtaj, 6:68).
Allahu a’lam.

Bolehkah Wanita Haid Memasuki Masjid?..


Kemusykilan mengenai wanita haid memasuki masjid ni sebenarnya bukan perkara yang baru. Namun tidak semua wanita tahu dan faham hukum sebenar2nya mengenai perkara ini. Untuk itu, di sini ada keterangan yang saya kutip daripada beberapa sumber.



MERUJUK masalah wanita haid masuk ke masjid, kalangan ulama berbeza pendapat. Imam Malik dan pengikutnya tidak memberi peluang sedikit pun bagi mereka untuk memasukinya. Imam as-Syafi’i dan sekian banyak ulama lain hanya membolehkan wanita haid sekadar berlalu bukan menetap. 


Ini bertitik tolak daripada pemahaman mereka atas firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 43 (yang bermaksud): “Wahai orang beriman, jangan mendekati solat dalam keadaan mabuk sehingga kamu menyedari apa yang kamu ucapkan. Tidak juga berjunub kecuali sekadar berlalu saja.” 

Apabila kita meneliti ayat di atas, ia berbicara mengenai junub iaitu yang tidak suci disebabkan melakukan hubungan seks atau keluar sperma, sedangkan haid tidak termasuk dalam pengertian berkenaan.



Namun demikian, sebahagian ulama berpendapat haid lebih berat daripada junub sehingga kalau junub saja sudah dilarang, sudah tentu haid lebih-lebih lagi. Ini dikuatkan dengan beberapa hadis Nabi SAW, seperti diriwayatkan Ibnu Majah melalui Ummu Salamah, bahawa Nabi SAW menyampaikan dengan nada keras: “Masjid tidak dibenarkan (untuk dikunjungi) oleh haid dan junub.” 


Berkaitan pertanyaan di atas, saya tekankan bahawa penghormatan pada masjid memerlukan kita melaksanakan tuntutan di atas. Bagaimanapun, ada ulama yang memahami larangan itu hanya berlaku khusus untuk Masjid al-Haram (Makkah) dan Masjid Nabawi (Madinah). 

Bahkan, seperti ditulis as-Syaukani dalam buku beliau berjudul Nail al-Authar, iaitu larangan ini disebabkan kebimbangan terjadinya sesuatu (terhadap kebersihan masjid) dari haid. 

Pendapat itu didukung oleh (sahabat Nabi) Zaid Tsabit. (Sila rujuk Nail al-Authar). Sekiranya jika tidak ada kebimbangan, maka dalam pandangan sahabat Nabi ini, wanita yang haid dapat dipertimbangkan untuk duduk di serambi masjid atau kawasan2 yang tidak kena mengena dengan ruang utama untuk bersolat.


Sumber 2: Blogger Salku.blogspot.com


Hukum yang dipegang oleh kebanyakan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal ialah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid. 


Pendapat Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani, Ibn Hazim Zahiri serta beberapa orang lain lagi pula ialah diharuskan.

DALIL YANG MENGHARAMKAN:

Dalil mereka yang mengharamkan ialah dua hadis Nabi saw:

Pertama: Hadis `Aisyah radiyallahu `anha

جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَوُجُوهُ بُيُوتِ أَصْحَابِهِ شَارِعَةٌ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ وَجِّهُوا هَذِهِ الْبُيُوتَ عَنْ الْمَسْجِدِ ثُمَّ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَصْنَعْ الْقَوْمُ شَيْئًا رَجَاءَ أَنْ تَنْزِلَ فِيهِمْ رُخْصَةٌ فَخَرَجَ إِلَيْهِمْ بَعْدُ فَقَالَ وَجِّهُوا هَذِهِ الْبُيُوتَ عَنْ الْمَسْجِدِ فَإِنِّي لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ

Maksudnya: “Nabi saw datang ke Masjid Nabawi. Di kala itu muka pintu rumah para sahabat Nabi saw bersambungan dengan Masjid Nabawi. Baginda lantas bersabda: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid” Kemudian baginda memasuki masjid. Orang ramai belum mengambil apa-apa tindakan pun kerana mengharapkan agar turun kepada mereka kelonggaran. Setelah itu baginda keluar bertemu mereka. Baginda lantas bersabda lagi: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid, kerana sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid ini untuk perempuan haid dan orang yang berjunub” [1]

Kedua : Ummu Salamah radiyallahu `anha.

دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَرْحَةَ هَذَا الْمَسْجِدِ فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ إِنَّ الْمَسْجِدَ لَا يَحِلُّ لِجُنُبٍ وَلَا لِحَائِضٍ

Maksudnya: “Baginda saw masuk ke pintung gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang: “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub.”[2]

Kedua-dua hadis di atas menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid.

Adapun melintasinya kebanyakan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan-keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid yang akan menitis. Dalilnya dua:

Pertama: firman Allah:

{ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ }[3]

Maksudnya: “(jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub melainkan orang yang melintasinya.”

Kedua: hadis `Aisyah yang mana baginda ketika berada di seberang sana masjid mengarahkan beliau menghulurkan kepada baginda hamparan solat. `Aisyah lalu memberi alasan bahawa beliau kedatangan haid. Nabi lantas bersabda: 

لَيْسَتْ حَيْضَتُكِ فِي يَدِكِ

“Haid kamu bukan pada tangan kamu.”[4]

DALIL YANG MENGHARUSKAN:

Dalil mereka ialah kedua-dua hadis `Aisyah dan Ummu Salamah di atas adalah lemah. Dengan itu tiada dalil yang kuat yang boleh mengharamkan. Rentetan itu, hokum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hokum asal dalam melakukan sesuatu iaitu harus.[5]

PERBINCANGAN DALIL

Hujah yang mengatakan bahawa hadis Aisyah dan Ummu Salamah di atas adalah lemah telah dibantah oleh para ulama terkemudian antaranya Imam Syaukani. Bagi beliau kedua-dua hadis di atas samada berstatus Hasan atau Sahih dan kedua-duanya boleh dijadikan hujah dalam hokum.[6]

KESIMPULAN/HUKUM YANG DIPEGANG

Merujuk kepada soalan di atas, wanita haid yang ingin menuntut ilmu di masjid tidak boleh duduk di dalam masjid. Namun, mereka boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat seperti dewan kuliah yang asing yang tidak dijadikan tempat solat, tempat rehat di tingkat bawah masjid, tempat berwudu’, kawasan persekitaran masjid dan lain-lainnya.

Sekiranya ada yang ingin berpegang dengan pendapat kedua yang mengharuskan, mudah-mudahan itulah antara rahmat keluasan fiqh dan perbezaan pendapat dalam fiqh Islam. Wallahu a`lam.

[1] Hadis riwayat Abu Dawud (no 201).

[2] Hadis riwayat Ibn Majah (no 637).

[3] Al-Qur’an, surah al-Nisa’, ayat 43.

[4] Hadis riwayat Ibn Majah (no 624).

[5] Syauqani, Nayl al-Autor, juz 2, hlm 94

[6] Ibid, hlm 95.

RUJUKAN
1. Fatawa Lajnah Daimah li al-Buhuth al`Ilmiyyah wa al-Ifta’, juz 8, hlm 284.Fatwa no 5167.
2. Himpunan Fatawa dan Tulisan Syeikh Ibn Baaz, juz 10, hlm. 221.
3. `Azim Aabadi, `Awn al-Ma`bud.
4. Syauqani, Nayl al-Autor




Wallahua’lam.