Sunday 25 September 2011

Berkorban Untuk Orang Yang Dicintai..

Chopp!..Entri ini saja2 aku@saya tulis, maaf, rasanya kalau kt tempat saya, guna perkataan "aku" antara tua dan muda adalah perkara biasa, maybe sesetengah tempat dianggap xsopan kan..maaf..
Entri ini just for sharing among us..

Ok, dalam konteks berkorban ini, ada 2 makna yang nyata dan tersembunyi..

1)      Dapat Hasil..
2)      Tak Dapat Hasil..
  • Pendek kata, untung dan tak untung lah kan!..Buat kira2 lak..ehe..

(Nanti, ini bukan entri jual-jual yea, anda berada di flatform yang betul….)!!!

Okeh, Yang Pertama, Dapat Hasil!
-          Anda berkorban untuk seseorang yang anda cintai, pada masa yang sama,
orang itu juga mencintai anda. Berbaloi anda buat pengorbanan itu.
Anda akan lebih disayangi dan cinta si Dia akan meletup-letup bak bunga
api..^_^..Anda Untung!..Yeppi..

Okeh, Yang Kedua, Tak Dapat Hasil!
-          Anda berkorban untuk seseorang yang anda cinta, tapi dalam pada itu,
orang itu mencintai orang lain. Mahu tak mahu anda terpaksa berkorban
melepaskan dia dari hati anda. Anda bersedih, sanggup tak makan, anda
buang air mata..Anda Rugi!..Alalala..

“  Mungkin ini memang jalan takdirku, mengagumi tanpa dicintai..
..Tak mengapa bagiku, asal kau pun bahagia dalam hidupmu ”
(Dengar lagu: Cinta Dalam Hati_Ungu)

Namun, kesimpulannya, tak kisahlah, tapi pengorbanan yang anda lakukan menjadikan anda insan yang berperikemanusiaan, tak kira dapat hasil@tidak. Ok, dari segi pahala pula, mesti melonjak-lonjak, insyaAllah. Kerana anda telah menggunakan kemurniaan hati dengan melakukan pengorbanan demi mencari keredhaan Tuhan. Tidak usah dipaksakan dalam cinta kerana belum tentu cinta seseorang yang kamu cintai itu boleh wujud dan bertahan kepada diri kamu selamanya (words from my mama). Akhir sekali, setiap pengorbanan anda yang ikhlas, pasti dibalas Tuhan dan akan digantikan dengan sesuatu yang Terbaik buat anda. Mudah-mudahan, InsyaAllah..

Terimalah Hakikat hidup ini..


 >> Dipersilakan kepada sesiapa yang ingin memberi komen atau kongsi 
      pengalaman.......................

Saturday 24 September 2011

Pengajian Makanan UPM..

Post ini khas untuk adek2 yang ingin memasuki universiti satu hari nanti. Fokus kpda sesiapa yang berminat tentang kos2 yg berkaitan makanan. Post di bawah adalah untuk kemasukan 2010 dan sebelum2nya..

Please take a look here>>> New about PENGAJIAN MAKANAN 2012

Aku hanya ingin menyampaikan informasi kepada sesiapa yang berminat..okeh..

Anda akan bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengajian Makanan) setelah tamat belajar dalam kos ini. Anda harus mengetahui bahawa kos ini menawarkan subjek-subjek sains makanan dan kemudiannya, pada tahun kedua, anda diwajibkan memilih salah satu daripada dua opsyen yang ditawarkan iaitu:

1.     Pengkhususan Pengurusan Makanan
2.     Pengkhususan Perkhidmatan Makanan
-          * Sebarang perubahan adalah hak fakulti tersebut…

Bagi anda yang berminat, kelayakan untuk memasuki kos (program) ini ialah:
-          Anda lepasan Asasi sains tahun semasa
-          Anda lepasan Matrikulasi sains (hayat/fizik) tahun semasa
-          Anda lepasan STPM jurusan sains
-          Anda lepasan Diploma yang berkaitan dengannya…
-          Dan lain-lain yang aku tak tahu..

Pointer minimum ialah 2.5 rasanya..bagi lepasan diploma 3.0 above selalunya..

Sebelum memohon, sila pastikan anda benar-benar meminati bidang ini dan teliti pada pengkhususan yang ditawarkan. Anda perlu berhati-hati supaya tidak silap memilih macam orang yang menulis ini.

Mari orang ini share sikit tentang subjek2 dalam bidang ini..Ini penting untuk adek2 yang membaca post ini (maybe one day). Tapi tak semua lah dapat diberitahu secara detail yea, tak nak bagi down kamu..

(Beruntunglah pada mereka yang mempunyai internet connection di rumah, aku dulu tak ada, sebab itulah jadi macam ni)..sekarang zaman dah berubah, dunia dah maju..semua orang dah kaya sekarang..ok, lets go…

Antara subjek sains makanan:
-          Pemakanan (asas2)
-          Prinsip pemprosesan dan pengawetan makanan
-          Mikrobiologi dan keselamatan makanan
-          Kimia dan fungsi ramuan makanan
-          Pengurusan kualiti makanan
-          Kimia dan teknologi hasilan tumbuhan dan haiwan
Ada beberapa lagi yang berkaitan sains…..

Opsyen pula:

1.       Pengurusan makanan (Kalau minat sangat belajar akaun, pemasaran,
       pengurusan bisnes dan perniagaantani, ambillah opsyen ni)

2.       Perkhidmatan makanan (Kalau minat sangat memasak, merancang menu,
      suka makanan2 barat, dan suka urus restoran, ambillah opsyen ni)

Peluang pekerjaan banyak kat luar, Cuma usaha yang akan menentukan kejayaan kita..Sesungguhnya rezeki itu Allah yang beri..

Aku ambil pengurusan makanan..bukan sebab minat..otak aku bukan otak bisnes, aku tak minat urus restoran apatah lagi menjadikan ‘memasak’ sebagai subjek, sebab aku lebih suka masak ikut suka je, tak mau lah masak terlalu nak perfect ni..Dua2 opsyen ni aku tak mau..Takda siapapun paksa aku, tapi aku kena terima juga salah satu, akhirnya aku pilih lah yang tu..Sekarang aku masih lagi cuba untuk menerima opsyen ini..Ya, ingat pesan mama bapa yani!.

Sebenarnya, dah lama aku nak cerita tentang kos ni, tapi baru terbuka hati nak cerita..Aku segan sebenarnya, tapi sampai bila?..Nak tukar kos pun fakulti tak bagi..Baiknya mereka kan..Fine, mungkin ini ujian tuhan untuk aku lagi..Cik NSA kena terima hakikat..

>> Ok lah, ini ada lagi kos yang berkaitan makanan sebenarnya..

Antara yang ada kat UPM:

-          Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (Berbeza dengan Pengajian
      Makanan) sebab mereka fully belajar sains dan teknologi makanan
      kecuali yang ambil opsyen keusahawanan,mereka belajar sedikit
      mengenai marketing, akaun dan keusahawanan..


-         Bacelor Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti (Ini sains kesihatan,
      boleh jadi pegawai sains zat makanan kat KKM, ditempatkan di klinik2 yang
      ada unit kesihatan keluarga dan boleh juga di Jabatan Kesihatan Negeri.
      Banyak peluang kerja, dalam industri pun boleh. Mereka belajar sains
      pemakanan, cara pengambilan makanan yang sihat dengan lebih mendalam
      supaya masyarakat sihat dan tidak diserang penyakit.
      “Prevention is better than Cure” right?)


-         Bacelor Sains Dietetik (Ini juga sains kesihatan, belajar pemakanan secara
      mendalam, tetapi tempat mereka khusus di hospital. Mereka berkait rapat
      dengan perubatan sebab mereka bertanggungjawab merancang pemakanan
      pesakit2 yang dirawat di hospital. Mereka “Cure patient through nutrition”.
      Mereka bekerja bersama doktor. Mereka juga boleh bekerja di industri2
      makanan).
 

>> Baiklah, apapun, semua cubaan ini telah menambahkan serba sedikit pengetahuan aku..Sampai sini sahaja aku nak kongsi..Semoga adek2 nanti tak salah pilih dan Semoga Berjaya dalam bidang yang diminati yea…InsyaAllah..<<
…^_^…

Tuesday 20 September 2011

Lirik_Aku Permata (Salma Mentor 5)..

Good lyrics!!..Congrates to the song writer..


 _AKU PERMATA_

Terdampar jauh di hempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang ku dambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar....

>> Untuk dengar lagu: Klik sini (youtube)..

Kau Dan Aku..

Assalamualaikum...

Bagi sesiapa yang sedang mencari ungkapan "sehati sejiwa" tu, saya nak kongsi
yg paling simple, tapi dalam maknanya...

                                         
                  Engkau dan Aku.............
                                   Kita Raih CintaNya............
                                                  Kita Genggam Cinta Kita.......
                                                                      Semoga Bahagia................



Words from: Strawberry's note, Kembang Anggerik...

Thursday 15 September 2011

Baiklah, aku terima..

Apa yang aku terima?..aku bukan terima pinangan seseorang tau..saja je kan..

Aku ingin mencatat sekarang..


Pada korang yang menyinggah kat sini, maaf, blog ini dah menjadi
mood diari diri..

Aku ingin cerita ttg sesuatu..Sesuatu yg pernah aku cita-citakan dahulu, sesuatu yg amat aku inginkan, dah menjadi impian yg tersemat di hati..Namun, tak semua yg aku inginkan tu menjadi..Tak pernah aku berhenti mengejar sesuatu itu sejak aku menyimpan impian itu..Ke sana ke mari aku bekejar, banyak juga kesulitan yang aku alami..Dan kini, dengan mudah jawapannya, menghancurkan impian yang tersimpan ini..Aku cuba berusaha lagi, tak pernah aku lupa untuk memohon daripada Tuhanku yang Maha Mengetahui segala-galanya untuk memberikan segala yang terbaik untuk diriku ini..Aku tertanya-tanya, apakah ini yang terbaik buatku?..Tak pernah aku berhenti memohon petunjuk dariNya agar sentiasa memberikan aku yang terbaik..Jiwa meronta-ronta ingin mencari jalan penyelesaian, hati resah, dada sesak, airmata tidak segan turun melintasi pipi, aku tahu mata bengkak huduh, tapi kau tak tau perasaan aku, cengeng?, aku memang cengeng sebab mudah tersentuh hati orangnya, hati benar kecewa setelah berusaha..Aku tersedar, mungkin aku telah melakukan kesilapan suatu waktu dahulu..Aku tersedar bahawa aku tidak berhati-hati ketika meneruskan langkahku suatu ketika dahulu..Ampunilah aku ya Tuhanku..Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Mudah-mudahan segala kejadian yang aku hadapi menjadi petunjuk buatku. Tak semestinya aku memperoleh semua yang aku mahu bukan..Kalau ini yang terbaik, maka ya aku terima ya Allah..Aku tidak mahu memberi kesulitan mahupun membebankan kedua orang tuaku. Mereka yang menanggungku sejak aku dilahirkan. Insyaallah, nasihat mereka akan aku jadikan peneman. Aku sayangkan mama dan bapaku..Demi mereka aku akan berusaha sekuat yang aku terdaya walaupun aku bersama sesuatu yang sebenarnya bukan impianku..Dan aku biarkan sesuatu yang menjadi impianku itu berlabuh..Tetapi, aku tidak akan meninggalkannya, tetap akan aku pelajarinya walaupun ia bukan bidangku..Biarlah aku disini demi ilmu, bukan demi pekerjaan..Rezeki itu di tangan tuhan..Teringat satu kata-kata mutiara bagiku yang aku temui dari sebuah drama..

“Boleh meminta, tapi jangan meminta-minta, boleh mengharap, tapi jangan mengharap-harap”

Doakan aku kuat menerima kenyataan agar aku dapat meneruskan perjalanan kehidupan ini dalam ketenangan..Aku benar2 ingin hidup bahagia..

Tuesday 13 September 2011

Rindu..

Assalamualaikum..

Sekolah baru buka 2 hari ni, tapi hari ni tak ada kuliah atas sebab2 yang tertentu..
Bila tak de buat apa2, mula lah teringat mereka2 kat rumah..

Tentang makanan, tak usahlah cerita kat sini, tak berapa nak ada mood dgn mknan kat sini...(Masak lah!!!)...
Tentang Internet Access kat sini, ikut nasib ja dapat masuk wi-fi free ni, kadang2 susah jgak lah..pernah bawa broad B tu dulu, tapi tak ada line pulak..Sabar ja lah..

Berbicara tentang rindu...rindu kat sapa lagi? aku belum kahwin lagi la, calon pun takda...Rindu family lah..ada gambar 2 budak ni je...^_^...my little bro and sis...

Sumber gambar: Nur Afiqah Facebook..(my sepupu, Thanks Pka...^_^...)



Friday 9 September 2011

12/09/2011 - Buka Semester Baru..

Cuti sekolah dah habis..???
Budak-budak sekolah dah lama start sekolah..seminggu dah lepas raya hari tu..

Minggu depan, sekolah saya yang dah nak start. Macam-macam rasa ada dalam diri ni. Dah 4 bulan cuti berlalu kan. Pasti ada rasa macam nak tambah lagi kan cuti tu. Kemas barang pun tak siap lagi (bukan nak merungut!).

Masa cuti, orang lain mungkin ada yang cari kerja sambilan dan ada juga yang duduk saja kat rumah, boleh kata terjeruk la dalam rumah (memang saya). Di rumah pun banyak kerja tau......tingkatkan skill untuk jadi housewife..^_^..haha..

Semua orang pun tak sedar masa ni cepat sangat berlalu. Pejam celik je sampai ke penghujung.

I'll miss my parent, siblings, all my family and my home. Oh adik kecik saya, dengan dia lah saya gaduh2 dan manje2. I will rindu, nanti saya balik, kau dah makin besar lah adik. Saya mungkin balik tahun depan. :( Take care yea! 143 all..

Untuk saya dan rakan2 seperjuangan, Selamat Belajar kembali !!!

Besok pagi saya balik..(p/s utk saya: buat apa nak sedih2, balik je lah yani)..
Menaiki flight buat org gembira..Saya?..sedih sebab sorang2 dan sangat terasa
keseorangan itu, sabar je lah...Semoga Allah sentiasa lindungi aku...amin...


Monday 5 September 2011

06/09 - hApPy BiRtHdAy!!! -

^_^..HAPPY BIRTHDAY..^_^
06/09......

Selamat Hari Jadi 
pada semua yang lahir pada tarikh ini!!!
Kenapa saya wish untuk tarikh ini?..awal lagi tu..
awal lg bgus..blh jadi org first kali kan..

Saya buat entry ni kerana masih mengingati seorang 
insan yang lahir pada tarikh ini..
Sebenarnya, sangat tak mampu untuk melupakan,
 apa gayenye..Biarlah, Tuhan saja yang tahu tu..
Mungkin lah ia sudah lupakan ku..tpi nda apa2, 
aku terima kenyataan..

Apapun, semoga dia sentiasa hidup bahagia, aman damai sejahtera 
disamping orang-orang yang disayanginya dan dicintainya
..INSYAALLAH..amin..

Semoga Allah sentiasa melimpahkan kasihnya, sayangnya dan cintanya pada kita semua..amin..Allah Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Wadud..