Sunday, 31 July 2011

Tentang Jodoh..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Terkadang selalu menjadi persoalan…(Istighfar)…

Namun bagi aku, aku meyakini firman Allah S.W.T yang jelas di dalam 
Surah An-Nur, ayat 26 yang bermaksud..

“ Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat.
 Lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat. 
Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. 
Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik.
 Mereka (yang baik-baik itu)lepas dari tuduhan yang
 dilontarkan (oleh orang-orang yang menuduh). 
Bagi mereka keampunan dan rezeki yang baik (dalam syurga)”.

Dan Surah An-Nur, ayat 3 bermaksud..

“ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin mengahwini
 melainkan wanita yang berzina (pula) atau musyrik.
 Dan wanita yang berzina tidak ingin dikahwini melainkan
oleh lelaki yang berzina (pula) atau lelaki yang musyrik. Dan yang demikian itu
terlarang (melakukannya) kepada orang-orang beriman.”


Dalam Tafsir Al-Quran Al-Karim, oleh: Allahyarham Prof. Dr. H. Mahmud 
Yunus ini, ada keterangan yang beliau selitkan bagi ayat 26, Surah An-Nur ini.

Keterangannya: Dalam ayat 3 (di atas), telah diterangkan oleh Allah, bahawa lelaki yang penzina hanya berkahwin dengan perempuan yang penzina. Dalam ayat ini Allah menambah keterangan, bahawa perempuan yang keji itu adalah untuk lelaki yang keji, lelaki yang keji itu pula untuk perempuan yang keji. Manakala perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik pula untuk perempuan yang baik. Inilah peraturan perkahwinan dalam Islam, iaitu kedua suami isteri itu sekufu dan bersesuaian mengenai kecerdasan, kemahuan dan tingkah lakunya, agar kuat perhubungan di antara keduanya, sehingga tidak dapat diputuskan oleh penceraian, Talak.

Gambar hiasan

Tetapi, terdetik di hati suatu persoalan yang sememangnya subjektif untuk diperkatakan. Adakah perempuan atau lelaki yang baik itu kesemuanya menerima jodoh yang terbaik?. Pastinya bergantung pada amalan laki-laki atau wanita itu sendiri. Tergantung juga pada usaha dan doa tulusnya menadah tangan meminta daripada Allah S.W.T agar dipertemukan jodoh yang sebaik-baiknya. Tetapi, seseorang yang lebih arif pernah berkata, untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik, kita harus bentuk diri kita dahulu ke arah itu. Maka benarlah dan bertepatanlah dengan ayat yang diwahyukan Allah itu.

Dan tidak dinafikan, ada jodoh seorang lelaki atau wanita itu memang dari azali lagi (sejak belum berkahwin lagi) memang memiliki akhlak yang baik sehinggalah ke pengakhiran hidupnya. Atau juga mereka yang berubah menjadi pasangan yang baik kepada pasangannya yang baik itu setelah berkahwin. Ini bermakna tanggungjawab lelaki atau wanita yang baik tersebut dalam mendidik serta mempengaruhi pasangannya untuk menjadi baik telah dapat dilaksanakan dengan baik. Itu adalah ujian pada permulaan, dimana akhirnya mereka merasa hikmahnya.

Dan terkadang, Wallahualam..Mungkin orang yang baik-baik akan diuji Allah dengan permasalahan daripada pasangannya kerana Allah ingin mengangkat darjatnya ke tahap yang lebih baik dan lebih tinggi lagi. Sebagai contoh hamba Allah yang teramat sabar dengan ujianNya, iaitu Siti Asiah, seorang wanita yang baik lagi mulia, bersabar kerana memiliki suami yang kejam lagi dilaknat Allah iaitu Firaun.

Dalam hidup ini, ada juga insan yang menginsafi segala perbuatan jahatnya dan ingin berubah menjadi individu yang baik bahkan jauh lebih baik. Sesungguhnya, tiada siapa yang dapat mengubah nasib seseorang hamba Allah itu melainkan dirinya sendiri, dan semua itu adalah dengan izin atau kehendak Allah.

Sebaiknya, kita berusahalah menjadi orang yang baik agar jodoh kita juga daripada kalangan orang yang baik..Insyaallah..Ada ungkapan yang bertepatan dengan persoalan ini yang dipetik daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi, renungkanlah..Semoga bahagia jadi milik kita. Berdoalah, kerana doa boleh merubah takdir. Insyaallah, hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”



Baca selanjutnya tentang jodoh..masuk sini >> Bercerita tentang jodoh.. 


No comments:

Post a Comment