Friday 25 May 2012

Sabar Menanti Cinta..

Assalamualaikum..Just want to share something that i write a month ago in my FB..To anyone that really2 disturbed by a strange feeling that u never hope it be like that..Maybe this can help to calm down ur feelings..
Apapun, kembali pada akarnya..Allah..

The strange feeling is love..love towards someone that opposite with your gender..

Kita semua harus bersabar..sabar kerana Allah menjanjikan pahala yang besar..
Walau sepedih mana pun rasanya penantian, andai dikuatkan hati kerana Allah,
itulah penawar rasa kepedihan itu..

Aku bersabar kerana skrg bukan masanya..

 

Kepada engkau jodohku yang aku tak pasti siapa, hanya DIA sahaja yang mengetahui..
Aku ada sedikit kata yang aku tintakan dari hati..

Aku tak punya apa, tak berharta, tak berupa,
Tapi aku punya cinta, cinta kepadaNya,
Mungkin hati ini banyak noda,
Tapi aku berusaha membersihkannya,
Aku pernah cintai manusia,
Tapi aku janji takkan lebihkan dariNya,
Mungkinkah hanya engkau orgnya?
Aku pasrahkan saja padaNya,
Aku tak sanggup membahagi2kan cinta,
Cinta itu bukan murah, bukan percuma,
Tiada istilah try and error,
Kerana cinta try and error hadirnya bukan kerana Allah..
Kadang rasa tak layak untuk menyebut cinta kerana Allah,
Aku malu kepada Allah,
Tetapi andai ada niat untuk hidup bersama meraih redhaNya,
Membina keluarga yang penuh mawaddah, sakinah dan rahmah,
Berniat untuk hidup bersama sampai syurga sana,
Itu pun sudah memadai sebelum berusaha ke arah itu kan?
Andai kasih tersemai keranaNya,
Jiwa saling sama2 berpadu tanpa cela,
Tidak memandang sisi dunia,
Itulah kurnia Allah yang terindah dalam mempertemukan cinta sejati,
Tulus, ikhlas, kekal abadi, sepanjang hayat, dunia akhirat..
Andai jodoh kita pasti Allah akan mempertemukan jua..
Semoga rasa cinta kita bertaut keranaNya..

Wallahua'lam..

Maaf jika ada salah silap dlm berkata2, aku cuma manusia biasa.. 
Allaahumma innaa nas'aluka ridhoo kawal jannah, wa na'uudzubika minsakhootika wannaar..
Ya Allah kami memohon keridhoan-Mu dan Surga, dan kami berlindung dari murka-Mu dan neraka..
Aamiin..

Pasrah PadaNya..




Jangan menuntut cinta daripada seseorang yang tak sudi nak beri...

Usah fokus mencari lelaki yang baik..

Fokuslah menjadi wanita yang baik..

Kelak, kamu akan beroleh yang baik..

Itu janji Allah..Sabarlah..Yakinlah..

Pada Allah jua tempat mengadu segala yang terbuku di hati..

Aku akui akan kebenaran kata2 seseorang..

" Bersyukurlah atas perkara buruk yang pernah terjadi dalam hidup kamu, kerana ianya membuka mata kamu untuk mengenali perkara yang baik2 yang tak pernah kamu peduli dan ambil tahu pun sebelum ni..Bersyukurlah pada Allah yang telah memberi petunjuk kepada kamu selama ini " _ Alhamdulillah

Adakala ku hanyut,
Adakala ku lupa,
Adakala ku leka,
Adakala ku alpa,
Kerna ku manusia,
Lemah dan tak berdaya,
Seringkali terlupa nikmat yang Engkau kurnia,
Ku bersyukur ya tuhan,
Segala pemberian, 
Walau luas lautan, bukanlah perbandingan,
Ku tingkat keimanan,
Ku gilap ketaqwaan,
Sebagai perlambangan,
Terima kasih ku tuhan.

Onak duri kehidupan, jatuh bangun sendirian, ada hikmah yang tersimpan, 
yang menguji iman, bersyukurlah selalu, sentiasalah redha dan menerima, 
tiap ujian tiba bukan diminta, sebaliknya Allah Maha Mengetahui 

Segalanya yang ku kecapi adalah milik mu ilahi, Tuhan Maha Pemurah, 
bukan milikku, pinjaman sementara, syukur alhamdulillah..

..Inna Solati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahi Robbil A'lamin..

(From UNIC's song: Erti Syukur)