Sunday 31 July 2011

Welcoming Ramadhan Al-Mubarak 2011 M (1432 H)..

Assalamualaikum……Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih dipinjamkan nyawa di bumi Allah yg indah ini. Entah esok, entah lusa, entah di mana lah kita. Pada ketika dan saat ini, diri ini masih berkesempatan merasakan bahang Ramadan yg bakal menjelma dalam beberapa hari saja lagi. MasyaAllah, pasti ramai yang tidak sabar-sabar lagi untuk menyambut Ramadhan yang membahagiakan..Justeru, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada keluarga dan teman sekalian. Semoga amalan-amalan mulia kita di bulan yang mulia ini diterima Allah s.w.t..Insyaallah..



Stanza Cinta: Andai Jodoh Kita..

Nukilan di kala iman masih menyedarkan..

..Jodoh itu rahsia Allah..

Andai jodoh kita,
Adakah engkau akan terima?

Andai jodoh kita,
Aku benar-benar rela.

Andai jodoh kita,
Tuhan lah yang menentukannya.

Andai jodoh kita,
Berserah hanya padaNya.

Andai jodoh kita,
Sembuh segala yang terluka.

Andai jodoh kita,
Tenang ombak bergelora.

Andai jodoh kita,
Menerimalah apa adanya.

Andai jodoh kita,
Sisihkan segala fatamorgana.

Andai jodoh kita,
Padam bara jika ada.

Andai jodoh kita,
Biar pintu hati terbuka.

Andai jodoh kita,
Kenal mengenal lah kita.

Andai jodoh kita,
Faham memahami lah kita.

Andai jodoh kita,
Pasti serasi kita.

Andai jodoh kita,
Sehaluankan jalan kita.

Andai jodoh kita,
Setialah selamanya.

Andai jodoh kita,
Itulah takdirNya.

Andai jodoh kita,
Bersyukurlah padaNya.

Andai jodoh kita,
Bawaku bersama kepadaNya.

Andai jodoh kita,
Tetapkanlah iman di dada.

Andai jodoh kita,
Ikhlaslah kita terima.

>> (Karangan bukan atas hedonisme) <<


NiaSuriAnnie

Tentang Jodoh..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Terkadang selalu menjadi persoalan…(Istighfar)…

Namun bagi aku, aku meyakini firman Allah S.W.T yang jelas di dalam 
Surah An-Nur, ayat 26 yang bermaksud..

“ Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat.
 Lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat. 
Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. 
Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik.
 Mereka (yang baik-baik itu)lepas dari tuduhan yang
 dilontarkan (oleh orang-orang yang menuduh). 
Bagi mereka keampunan dan rezeki yang baik (dalam syurga)”.

Dan Surah An-Nur, ayat 3 bermaksud..

“ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin mengahwini
 melainkan wanita yang berzina (pula) atau musyrik.
 Dan wanita yang berzina tidak ingin dikahwini melainkan
oleh lelaki yang berzina (pula) atau lelaki yang musyrik. Dan yang demikian itu
terlarang (melakukannya) kepada orang-orang beriman.”


Dalam Tafsir Al-Quran Al-Karim, oleh: Allahyarham Prof. Dr. H. Mahmud 
Yunus ini, ada keterangan yang beliau selitkan bagi ayat 26, Surah An-Nur ini.

Keterangannya: Dalam ayat 3 (di atas), telah diterangkan oleh Allah, bahawa lelaki yang penzina hanya berkahwin dengan perempuan yang penzina. Dalam ayat ini Allah menambah keterangan, bahawa perempuan yang keji itu adalah untuk lelaki yang keji, lelaki yang keji itu pula untuk perempuan yang keji. Manakala perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik pula untuk perempuan yang baik. Inilah peraturan perkahwinan dalam Islam, iaitu kedua suami isteri itu sekufu dan bersesuaian mengenai kecerdasan, kemahuan dan tingkah lakunya, agar kuat perhubungan di antara keduanya, sehingga tidak dapat diputuskan oleh penceraian, Talak.

Gambar hiasan

Tetapi, terdetik di hati suatu persoalan yang sememangnya subjektif untuk diperkatakan. Adakah perempuan atau lelaki yang baik itu kesemuanya menerima jodoh yang terbaik?. Pastinya bergantung pada amalan laki-laki atau wanita itu sendiri. Tergantung juga pada usaha dan doa tulusnya menadah tangan meminta daripada Allah S.W.T agar dipertemukan jodoh yang sebaik-baiknya. Tetapi, seseorang yang lebih arif pernah berkata, untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik, kita harus bentuk diri kita dahulu ke arah itu. Maka benarlah dan bertepatanlah dengan ayat yang diwahyukan Allah itu.

Dan tidak dinafikan, ada jodoh seorang lelaki atau wanita itu memang dari azali lagi (sejak belum berkahwin lagi) memang memiliki akhlak yang baik sehinggalah ke pengakhiran hidupnya. Atau juga mereka yang berubah menjadi pasangan yang baik kepada pasangannya yang baik itu setelah berkahwin. Ini bermakna tanggungjawab lelaki atau wanita yang baik tersebut dalam mendidik serta mempengaruhi pasangannya untuk menjadi baik telah dapat dilaksanakan dengan baik. Itu adalah ujian pada permulaan, dimana akhirnya mereka merasa hikmahnya.

Dan terkadang, Wallahualam..Mungkin orang yang baik-baik akan diuji Allah dengan permasalahan daripada pasangannya kerana Allah ingin mengangkat darjatnya ke tahap yang lebih baik dan lebih tinggi lagi. Sebagai contoh hamba Allah yang teramat sabar dengan ujianNya, iaitu Siti Asiah, seorang wanita yang baik lagi mulia, bersabar kerana memiliki suami yang kejam lagi dilaknat Allah iaitu Firaun.

Dalam hidup ini, ada juga insan yang menginsafi segala perbuatan jahatnya dan ingin berubah menjadi individu yang baik bahkan jauh lebih baik. Sesungguhnya, tiada siapa yang dapat mengubah nasib seseorang hamba Allah itu melainkan dirinya sendiri, dan semua itu adalah dengan izin atau kehendak Allah.

Sebaiknya, kita berusahalah menjadi orang yang baik agar jodoh kita juga daripada kalangan orang yang baik..Insyaallah..Ada ungkapan yang bertepatan dengan persoalan ini yang dipetik daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi, renungkanlah..Semoga bahagia jadi milik kita. Berdoalah, kerana doa boleh merubah takdir. Insyaallah, hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”



Baca selanjutnya tentang jodoh..masuk sini >> Bercerita tentang jodoh.. 


Saturday 30 July 2011

Sedikit Renungan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Bismillahirrahmanirrahim...

Daripada aku insan yang kurang arif ini, menulis dan mencatat perkara di bawah untuk mengingatkan diri sendiri. Mungkin berguna juga buat pembaca yang singgah serta tersinggah di sini.

Kita selalu tak dapat apa yang kita inginkan, namun kita dapat apa yang kita perlukan..Kita manusia, tidak tahu apa sebenarnya yang terbaik buat kita. Boleh jadi apa yang kita suka tu tidak baik buat kita dan boleh jadi juga apa yang kita tidak suka itu sebenarnya baik buat kita. Seperti yang telah disebutkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 216 dimana potongan ayatnya bermaksud...

“ Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. Boleh jadi (juga) yang kamu sukai itu (akibatnya adalah) buruk bagimu. Allah jua yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.” _ Tafsir Al-Quranul Karim…

Oleh itu, tidak usahlah kita memiliki perasaan sedih yang terlalu jika tidak memperoleh apa yang kita mahu. Firman Allah lagi dalam Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." _ Tafsir Al-Quranul Karim…


Dan dalam Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:


"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." _ Tafsir Al-Quranul Karim…

Dalam apa jua keadaan, sedih atau gembira, jika ada urusan yang penting dalam hidup kita yang benar-benar ingin diselesaikan, mohonlah agar dapat diselesaikan Allah, mohonlah pertolongan dan memohonlah agar dipermudahkan segala urusan di dunia ini dan juga akhirat. Doa untuk memohon dipermudahkan urusan:

Amin...


Thursday 28 July 2011

Siput Sedut @ Tuntul ..^_^V..

Assalamualaikum…Salam sejahtera…Saya nak memperkenalkan tuntul kepada pembaca..

Tuntul?..tak pernah dengar?.. Siput sedut…mesti penah dengar kan?..Rupanya seperti di bawah..


Sebenarnya tuntul ni ialah siput sedut. Tuntul bahasa yang digunakan di Sabah. Namun, tentu ada nama lain juga bagi org berbangsa lain yg saya tak tahu. Siput ni biasanya diorang kutip di tepi pantai. Ini siput laut ni. Tapi ada juga siput ni kat tepi sungai. Tuntul ni banyak di Kuala Penyu. Ia lebih banyak dijual di sekitar daerah Kuala Penyu, termasuk membakut juga Beaufort. Kurang pasti lah pula di sebelah Timur Sabah.

Isi siput ni sedikit saja. Rasanya pula boleh tahan jika kena dengan cara masaknya. Ada orang masak lemak cili api, masak kari dan sebagainya. Tapi, tuntul dalam gambar di bawah sekali adalah dimasak lemak lada kering. Boleh ikut cita rasa sendiri lah. Sebelum di masak, kena potong hujung siput yang tirus tu dahulu. Ini memudahkan isinya dikeluarkan untuk dimakan nanti. Cara mengeluarkan isinya ialah dgn menyedut hujung siput tu dahulu, jangan makan hujung isinya yang berwarna hitam, tak sedap. Kemudian, sedut di atasnya pula.

Potong hujung yang tirus ini lebih kurang seinci

Selepas itu, di atas isi tersebut ada kulit hitam yang keras (Macam topi kpd siput ni pula..^_^), haruslah dibuka kerana keras tak boleh makan. Seterusnya, silalah menjamu selera. Boleh dimakan bersama nasi atau makan kosong begitu saja.

Isinya setelah disedut keluar

Tambahan, kalau nak makan siput ni, kena tengok keadaan laut dulu tau. Kalau ada Red Tied (Air laut jadi kemerahan), siput ni boleh dikatakan beracun, bertoksik. Berisiko besar kalau makan, nanti rasa macam nak terputus urat saraf. Be Careful!!!..Alhamdulillah, setakat ini, Ok ja..^_^

>> Maaf yea jika gambar kurang jelas <<

Susah eh nak makan ??? ..^_^..

Ketika Cinta_Datuk Siti Nurhaliza (OST Perempuan Berkalung Sorban)..

Assalamualaikum buat pengunjung..
Semalam, saya menonton filem Perempuan Berkalung Sorban (Filem Indonesia).. 


Berkumandang pula lagu ini. Lagu ini lagu Ketuhanan sebenarnya, bukan lagu cinta pada makhluk. Indah dihayati sesudah benar-benar difahami..

Lirik :~


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Berpadu qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Berpadu qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Ketika cinta memanggilku

Link lagu ini di Youtube..(Ketika Cinta_Siti Nurhaliza)