Saturday 1 August 2015

I love Heaven and Earth too

Teh jenama Heaven and Earth mempunyai pelbagai perisa..Dalam proses nak cuba semua..Sedap tak terkata..he he..Tak sangka #Neelofa penggemar Heaven and Earth..Dia duta produk ni..I'm fall in love with Heaven and Earth..


Gambar: Nak tiru2 neelofa..agak2 boleh sama tak..he he, perasannnnn jap...xsama pungg..

Wednesday 27 May 2015

Purse Idea

As'salam silent reader..
Saya ada terbeli purse unik bunga2..eh..eh..biasa2 je pun..so far OK lah..IMPERIAL HORSE idea..nampak cam corak tikar pun ada..banyak ruang, setakat ni puas hati lah..meh saya tunjuk gambar..abaikan duit itu..kita memang xberduit..haha..harga bawah RM50 je..maybe kat tempat lain lagi murah..








Tuesday 26 May 2015

Cardbury Marvellous Creation..

Assalamualaikum....Salam sejahtera....
Dah cuba coklat terbaru dari cadbury ni?..Jangan risau, tiada lagi isu halal haram coklat ni..Kalau nak makan kena  ada keyakinan kan?..Baru dapat feeling rasa bahagia menikmati cekelet kan?..He he..
Mempersembahkan cadbury baru...
1. Marvellous Creations - Peanut Toffee Cookie
2. Marvellous Creations - Jelly Popping Candy
Kalau tak silap, kat liar negara ada satu lagi jenis Coklat baru dalam edisi Marvellous Creations ni..
Saya beli yang mini size je dulu (40g)..
Jelly Popping Candy ni memang serious sedap, meriah meletup2 dalam mulut, frizzy, huh..boleh makan bila rasa nak happy2 go lucky..Kalau nak relaks2 jangan makan, terkezzut nti...hahaha..mula2 kunyah2 takde pape effect, dah nak sebati dalam mulut, baru rasa tekejut kita..he he..
Next, peanut toffee cookie ni rasa cam tak blh terima mula2, terasa mcm masam manis..tapi ok lah, since ada cookie dalam dia, boleh lah telan, yummy..
Happy testing..
Apa pun, cadbury memang best lah sejak dari dulu..:-)..


Orange Juice Marigold..

Assalamualaikum..
Pernah tak tekak rasa dahagakan jus marigold selalu?..Sejak tahun ni, saya asyik minum jus orange marigold je..sedap n best..selalu saya cuba orange juice with sacs, dan ada juga cuba orange juice without sugar tu..Yang pasti, saya memang suka manis, mestilah lebih prefer orange juice yang biasa (ada gula)..
Di bawah adalah gambar orange juice biasa dan orange juice no added sugar (250ml). Love it, saya harap ia dihasilkan dalam kondisi pengilangan yang baik..Halal, Haccp Certified, ISO Certified dan ianya adalah Buatan Malaysia..Enjoy Happiness with Marigold..Thank You Marigold..:-)


Monday 20 April 2015

Kerja..

Salam..
Malam ni nak meluahkan sedikit keluh kesah di hati..Maaf kalau ada sesiapa terbaca mengenai keluhan ini, mana tau ada yang tak suka orang yang asyik mengeluh..maaf..this is my own experience..release stress in words, hope relieving little bit..
Tajuk mengenai kerja..Dah kerja mengeluh, tak kerja pun mengeluh..Tak bersyukur ke ada kerja daripada tak ada?..
Bukan tak bersyukur, bersyukur dapat kerja dibandingkan dengan org yg tak kerja lagi..Masalahnya di sini adalah klu dapat satu position tu, sepatutnya fokus pada job scope tu lorh (kerja company cina, language style pun mstilah kecinaan?)..>_<..
Kalau diambil sebagai QC, haruslah buat kerja QC kan..yg dorg pegi suruh jdi kerani stor, kerani akaun dn macam2 lagi lah ditambahnya disamping disesakkan dgn kerja QC..sementara katanya sambil tgu org baru..bila?..sejak akauntan kami berhenti dh hampir 2 bulan, org baru still tidak kelihatan..suffer sgt2 tau..INI dah menyalahi akta buruh..dah lah kena kerja hari ahad full day 9 jam..
Nak berenti, tapi negeri ni kurang peluang pekerjaan..bertahan selagi mana mampu, menangis pun tak berlagu..Kita seharusnya happy dgn kerja kita, baru hidup bahagia..Buat apa teruskan kerja yg buat kita sedih, kerja double triple, gji ciput, nk bli brg masak pun pkir 10 kali..mcm mna nak hidup mcm ni?..
Kerja lebih msa tiada OT..if org bekeluarga, mmg xcukup gaji..syukur setakat ni ada pkcik mkcik yg tumpangkan kita rmh, pinjam kereta tua mama tuk pgi kerja..nk bli kereta pling murah pun kena KIV dulu since blum mmpu :'-(..Hope Sgt dpt kerja yg buat hati bahagia, aamiin..Kerja yg ada masa utk solatku..untuk capai kebahagiaan mestilah ingat kepada Allah..aku tak mahu buat dosa dgn asyik tertinggal solat kerana tak sedar waktu dek lalai oleh kerja..Malam asyik tertidor dek kerana keletihan..Aku tak boleh nk teruskan lagi kerja ini dan selamanya..Bersabarlah, rezeki di Tangan Allah, berdoa, berusaha dan bertawakal..

>> Semoga cita2 utk berkhidmat utk agama, bangsa dan negara tercapai..aamiin..

Legakan diri

Sunday 19 April 2015

Beg Kesayangan..

Sehubungan dengan tajuk, aisemen..direct to the point >> beg kesayangan hamba ni dah guna sejak Dari hari ia diperolehi sampai lah sekarang dh hampir 5 tahun pun, jangka hayat yg lama, dan ia masih utuh..bermacam2 barang dan beban telah dimuatkan ke dalamnya..Sudah lama, tetapi masih aku cinta..Saya tak tahu siapa yang buat beg ni, tapi saya akui kualiti memang tip top..banyak jasa beg ni pada aku..harap awak terus berjasa pada saya wahai beg kesayangan..dulu waktu balik kampus je, beg ni lah yang jadi penjejak kasih antara saya dan pelajar yang sama U dgn saya, tak kira kat airport, stesen bus, dan KTM, ada je org tegur and menawarkan perkongsian utk menyewa kenderaan awam pilihan bersama2 iaitu teksi kerana mudah dan cepat utk sampai ke destinasi..he he..TQ my friend, beg kesayangan hamba..Beg Merah 1 Malaysia UPM, berkhidmat Dari 2010 sehinggalah saya dh kerja sekarang..;'-)..





Saturday 18 April 2015

Produk Untuk Wajah?..Anda Pakai Apa?

Sedang mengemas2, terjumpa produk2 wajah yang pernah digunakan suatu ketika dulu..ada yg beli, pakai kejap, lepas tu tak ada motivasi nak pakai lagi sebab rasa tak sesuai dengan kulit..Kulit ni manja sangat..Ingat pakai apa2 pun boleh je..Macam2 produk dah try..Dari dulu jenama biasa2 yang ada di pasaran tak pernah tinggal kite cuba..FairNLovely, Safi, Shurah, Syahirah, Olay, CleanNClear, Garnier, Hazelin White?, SkinZ, Nano White, Dan lain2 yang dah xingat, habis dicuba..hampir semua women mcm tu kan?..Semua nak cuba try test..sampai lah ke produk2 yang ada pada zaman skrg ni, yg mnjanjikan mcm2, beli one set, semua nak cuba, itupun kalau ada money money money...Masalahnya adalah membazir, beli, pakai, xngam, xsambung pakai lah jawabnya..Tengok pada gambar ni mesti mjoriti yg kenal dn dah try semua, ni baki2 yg xhabis pakai, xcampur lagi yg dh buang, huhu..sayang..