Tuesday 27 May 2014

Felixia Yeap Memilih Untuk Tampil Sopan di ABPBH 2013..

Ramai yang dah tahu Felixia Yeap/nama sebenarnya Yeap Chin Yee?..Sangat tidak diduga dan disangka bukan..Model yang dahulunya begitu seksi, lebih jelita dengan pakaian muslimah termasuklah yang dipakainya ketika Malam ABPBH yang lepas..Memang dia sangat cantik..Nikah Kita Bercinta, telemovie beliau yang agak best..Okeh, tak dapat nak kata lebih, semoga dia terus diberi hidayah untuk mengucap syahadahnya..Dengar2 bulan ramadhan ini, sempena hari lahirnya...Gambar: Kredit to google.com


Sweet Escape

Malam ABPBH 2013 baru2 ini






Thursday 8 May 2014

Kenapa Cuaca Semakin Panas?..


Kenapa yea dalam minggu ni aku terasa sangat panas?..Rasa nak terbakar pun ada badan ni..Siang2 kat ofis tak terasa sangat lah kan sebab ada air-cond./penghawa dingin..Malam bila balik rumah sebelum2 ni okay je, takde lah panas sgt walaupun rumah tak ada air-cond..Tapi sejak kebelakangan ni tersangatlah terasa bahang panasnya..Pada mulanya, ingatkan aku sorang saja yang mengalami keadaan ni, rupa2nya hampir semua orang di seluruh dunia ini merasakan yang sama..Tapi kenapa yea?..

Pernah dengar El-Nino?..Macam pernah dengar je. Setelah membaca berita mengenai El-Nino ni, barulah faham kenapa hampir semua orang mengalami kepanasan yang amat dahsyat ni..Rasa macam nak mandi je setiap saat..Berendam boleh?..El-Nino ini akan mendatangkan kesan yang besar mengikut yang dilaporkan oleh berita2 tempatan dan juga berita luar negara.

Berita tempatan:

El Nino dijangka melanda Asia Tenggara pertengahan tahun ini

KUALA LUMPUR 7 Mei - Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.
Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini. 
Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa, terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius. 

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik. 

Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan. 
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) S.Piarapakaran berkata hasil penyelidikan institusi itu yang menggunakan model ramalan dinamik ENSO (El-Nino Ayunan Selatan), ialah mereka meramalkan kebarangkalian 70 peratus ’El Nino’ akan berlaku di Asia Tenggara. 
``Kebarangkalian 70 peratus yang disebut bukan hanya berasaskan kepada model mereka sahaja tetapi menggabungkan maklumat dan kepakaran dari pusat-pusat Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) di seluruh dunia. 
``Walaupun keadaan El Nino dijangka berkaitan dengan monsun barat daya yang lebih kering namun setakat ini pusat penyelidikan meteorologi di UK masih belum mengenal pasti kekuatan El Nino yang akan melanda Malaysia,'' katanya kepada Bernama di sini. 
Beliau berkata, AWER telah memohon kerjasama daripada Pejabat Kaji Cuaca UK untuk mendapatkan pandangan alternatif mengenai kemungkinan berlakunya El Nino di rantau Asia Tenggara dan kesannya kepada iklim Semenanjung Malaysia.
Ditanya mengenai kesan yang akan berlaku kepada Malaysia jika El Nino melanda negara ini, Piarapakaran meramalkan bahawa ia akan menjejaskan dengan teruk keadaan bekalan air negara. 
Contohnya jika paras air di empangan Sungai Selangor tidak mencapai kapasiti selamat iaitu 55 peratus, Piarapakaran berkata ia boleh menyebabkan kesan negatif yang lebih buruk menjelang pertengahan tahun ini. 
``Jika ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, ia boleh menyebabkan kekeringan yang teruk, iaitu 60 peratus daripada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan menghadapi situasi yang lebih buruk berbanding catuan air yang mereka telah alami dalam tempoh dua bulan yang lalu,'' katanya. 
Sementara itu, Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr. Abdull Rahim Mohd. Yusoff berkata El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga empat tahun sekali. 
Prof. Dr. Abdull Rahim berkata, ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, boleh menyebabkan kekurangan air dan bekalan makanan akibat dari musim kemarau melampau dan antara tanda-tanda awal El Nino yang sudah dapat dilihat adalah statistik taburan hujan yang kurang daripada normal sejak kebelakangan ini. 

``Bibit-bibit El Nino sudah mula kelihatan pada awal tahun ini yang mana menyaksikan taburan hujan yang amat sedikit daripada biasa, kurang daripada 50mm bagi sesetengah tempat.
``... dan jika benar El Nino akan melanda Malaysia, seharusnya pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan bekalan air mesti lebih bersedia lebih awal dalam menghadapi fenomena itu,'' katanya. 
Malaysia pernah mengalami fenomena ini pada 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998. 
Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengesahkan ada pemantauan ramalan fenomena El Nino yang dilaksanakan oleh WMO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail yang dihubungi berkata setakat ini laporan yang diterima pada 15 April, ialah berlakunya pemanasan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik sepanjang Januari sehingga April. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Berita Luar juga mengatakan:

Ahli kaji cuaca memberi amaran bahawa El Nino ini bersedia untuk meletus untuk kesekian kalinya pada tahun 2014 ini. Dan ia dijangka akan menjadi satu fenomena yang lebih besar daripada yang sebelumnya. Fenomena yang dikenali sebagai El Nino, yang merupakan perubahan sementara dalam iklim di Lautan Pasifik, ia membawa ancaman huru-hara iklim seperti banjir, kemarau dan ribut teruk.
Biro Meteorologi Australia telah berkata kebarangkalian peristiwa ini berlaku adalah 70 peratus dan boleh dilihat kurang jelas seawal bulan Julai. Dengan peralihan dalam corak iklim ianya dijangka bahawa Australia akan mengalami cuaca panas dan kering yang boleh membawa kepada kemarau dan ancaman kebakaran hutan.
Di tempat lain seperti Amerika, dijangkakan dilanda hujan dan ribut yang boleh membawa kepada banjir yang meluas. Air panas yang membawa hujan dari Asia dan Australia akan menghentam selatan dan timur Amerika.Eropah juga akan merasai El Nino. Mungkin musim sejuk mereka akan menjadi lebih sejuk dan kering .
Perkembangan di Lautan Pasifik akan terus diperhatikan, ia mungkin terlalu awal untuk menjangkakan lebih buat masa ini. Berita tentang El-Nino boleh menyebabkan semua orang panik. Tapi informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak yang bertanggungjawab bersiap sedia dengan tanggungjawab mereka.
Seorang pakar iklim di Komanwel Saintifik Australia dan Pertubuhan Penyelidikan Industri, Dr Wenju Cai berkata kenaikan dalam suhu Lautan Pasifik (seperti gambar di bawah) kali ini lebih tinggi daripada suhu peristiwa El-Nino yang sebelumnya. Dia juga berkata bahawa tanda2 untuk berlakunya El-Nino pada kali ini agak kukuh. 


Kenaikan suhu laut Lautan Pasifik dan pergerakan pantas air panas ke arah timur telah meningkatkan kebimbangan mengenai El Nino tahun ini, dijangka boleh menjadi salah satu kejadian El Nino yang terkuat dan terbesar. Di kiri gambar adalah El-Nino, peningkatan/panas suhu laut yang boleh mencetuskan banjir dan kemarau .La Niña, di kanan gambar berlaku apabila suhu laut jatuh/sejuk.

Sumber untuk baca lebih lanjut: Dailymail.uk and news.com.au



Segala persediaan harus dilakukan dan disiapkan walaupun kita tidak pasti ini betul2 berlaku atau tidak kerana manusia hanya mampu meramal tapi Allah lah yang menetapkan segala-galanya. Semoga Malaysia (Semenanjung, Sabah, Sarawak) dihindarkan daripada tempias El-Nino. Aaamiiin..semoga diperkenankan doa kami..


Tuesday 6 May 2014

#3 LPT..


Lets Picture Talk (LPT)....just in my edition..peace..


..This is Kundasang, Ranau..
v
v
v
v
v

View from Restoran Kecik2 kat atas tu..tak ingat nama dia n view from cottage hotel..
Dream World Resort pasti lebih cantik viewnya..