Wednesday, 19 December 2012

Aurat Wanita..

Aurat Wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. – Petikan dari...
Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang. – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. 
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
>> Sebagai wanita muslimah, marilah kita sama-sama menjaga aurat sebagaimana yang telah diperintahkan Allah S.W.T..Nabi juga selalu berpesan pada wanita agar menjaga auratnya. Itu tanda Nabi sayangkan kita. Nak berfesyen, nak bergaya tu tidak menjadi kesalahan, cuma berpada-pada lah, agar yang dikatakan aurat itu tidak terdedah sana, terdedah sini. Mungkin secara tidak sengaja kita terdedah, tanpa sedar aurat kita 'ter' buka, boleh jadi juga. Namun, berusahalah kita ke arah pemakaian yang lebih terjaga..Sama2 kita berdoa semoga Allah menimbulkan rasa berhati2 ketika memilih pakaian. Insyaallah..
 
Contah Muslimah Yang Bergaya..Cantik, Comel dan Menutup Aurat..I like her image..
 
 
 

Wednesday, 12 December 2012

Mencari Cinta..

Ada yang berkata cinta itu harus dicari, ada juga yang berkata cinta itu akan datang sendiri, adakah ia harus dinanti begitu sahaja atau harus di beri jalan?..Manusia bebas memberi pandangan, namun kita cuba berjalan dilorong menuju Tuhan, ingin memperoleh keredhaan..Mungkin kita tergolong dalam kategori insan yang rendah pengalaman, serta pengetahuan, serta kecut untuk mencari kerana merasa takut akan kehilangan..Mencuba mungkin tidak menjadi kesalahan, namun masa yang diluangkan menjadi sia-sia kalau tidak berjalan dengan kebenaran..Kesimpulannya, memang kita akan pasrah juga dengan ketentuan Tuhan..Memori, sememangnya tidak bisa dipadamkan sewenangnya, minda dan jiwa tidak seiring sehaluan..Minda mengarahkan untuk menghentikan ingatan, namun jiwa merangkul kembali kenangan..Tidak pernah menemui insan itu selama ini..Mungkin jalan yang terbaik hanya harus meyakinkan diri bahawa hakikat yang dirasakan itu sebenarnya hanyalah bayangan. Hanyalah mimpi di dalam mimpi..Tuhan yang memberi ujian melalui perasaan..Harus mensyukuri segalanya kerana melalui itu, pendewasaan disisipkan..Jodoh, Tuhan akan menghantarkannya jua sesuai masanya nanti, hanya sabar dijadikan teman..

Menulis untuk diri sendiri, tiada kaitan dgn sesiapa..









Lirik Lagu Mencari Cinta,
By: Devotees Ft. Yassin

Mencari Cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya.

Ku mencari bayangmu dalam kerinduan,
Amat payah ku harungi perjalanan,
Untuk ku melihat,wajahmu sebentar,
Bisa terlerai segala keresahan,

Mencari cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya.

Aku kehilangan,
Aku kelemahan,
Jiwa yang layu ku kesilapan,
Dan akulah abdu'h yang merindu,
Sinari Harapan Baru.

Mencari cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya.

Mencari-cari erti cinta,
Rahsia pada pengorbanannya,
Jiwa yang suci kau turuti,
Tenanglah dikau naluri murni,
Dan sabarlah kasih yang kurindu,
Kuncinya iman ada di kalbu,
Mencari rahmat kesempurnaan,
Hadiah buatmu jiwa beriman.
Dan sabarlah kasih,
Di dalam, 
Mencari-cari erti cinta,
Rahsia pada pengorbanannya,
Jiwa yang suci kau turuti,
Tenanglah dikau naluri murni,
Ku cari cahayamu,
Dalam gelap dalam terang,
Dalam duka dalam suka,
Ku carimu pada tiap rasa.

Bimbingku dalam mencarimu,
Bimbingku pasti ku temuimu,
Kerna ku tahu,
Itulah yang ku mahu.

Rasa yang tinggi kita damba,
Selama kita ini hina,
Lemas serba-serbi mahu itu mahu ini,
Lupa situasi dunia dan realiti,
Bimbingku dalam mencarimu,
Bimbingku kasih bertemu denganmu.

Mencari cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya.

Duhai kasih...
Di mana kau berada..




Wednesday, 28 November 2012

Cukupkah Cintaku..

Haaaraaapan...Lagu Hyper Act?..eh, im having a little fobia to that kind of song,  any song yg punyai lirik ala2 itu..huhu, biarlah rahsia..that might be only my thought..

I have words come into my mind as in the frame below...



Auburn_Perfect Two..

Lagu Inggeris yang paling cute pernah di dengar??? Saya terjumpa lagu ni...





V
V


..^_^..







Ku Serahkan_Stinky Band..

Ada satu lagu lama yang memikat hati...Ku serahkan by Stinky (Dari negara seberang sana)..Lagu kategori lentok jugak lah agaknya, LOVE SONG..sesuailah lagu ini untuk orang yang sudah mengikat janji untuk sehidup semati tu yea..



youtube









Thursday, 25 October 2012

Besarnya Impian..

Mampukah?..Untuk Siapakah?..Napa dengan Aku eh?..
#AndaiSudahJumpaJodohNanti..^_^..

Insyaallah

* Mohon pada Allah..

Pengajian Makanan UPM #2..

UPDATED..Latest 2012..



..súper delicioso..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Saya sekali lagi membuat post berkenaan kos ini (Pengajian Makanan)..Bila tgk statistik, ramai pula yang review post Pengajian Makanan yang lepas..Jadi, saya tak nak ada yang konfius2 ttg kos ni..Adek2 yang review saya punya post sebelum masuk kos ni dah pun memulai sesi pembelajaran tahun ini pada September lepas..Saya punya review yg dulu adalah mengenai subjek2 dan juga opsyen2 yang ada dalam kos ni untuk batch saya dan sebelum saya..Rupanya Fakulti Sains dan Teknologi Makanan telah mengubahsuai kos Pengajian Makanan ini untuk pelajar batch selepas saya (Tahun-2 sekarang) dan juga junior (Tahun-1 sekarang)..Sebelum tu, mohon maaf andai info2 yg sy postkan ini tidak sahih..Insyaallah betul, sebab ada tanya2 jugak dengan junior..

Untuk mereka yang Tahun-2 sekarang, Khusus untuk mereka sahaja, satu-satunya Program Pengajian Makanan yang tiada subjek masak-memasak..Mereka hanya diberi pilihan samada memilih opsyen Management (Pengurusan) ataupun Marketing (Pemasaran). Mungkin ada sebab2 tertentu kot..Saya juga tak pasti..So, pasti ada dikalangan mereka yang minat masak memasak tu kecewa tak dapat merasa subjek tu yea..Mereka just menjadi pelajar2 yang berlandaskan operasi makanan, kualiti makanan, bisnes makanan dan lain2.

Untuk mereka yang Tahun-1 sekarang, Khusus untuk mereka dan onwards (maybe), maksudnya mungkin untuk pengambilan yang akan datang juga begini..Saya pun tak faham kenapalah mereka suka tukar2 kan, kesian budak2 yang bercadang nak ambik kos ni..Kali ini ada Program baharu iaitu Program Pengurusan Perkhidmatan Makanan (PPM)..Program Pengajian Makanan pun still ada lagi..Cuma kali ini, mereka dah tak payah nak pilih opsyen2 dah time Tahun Ke-2..

Senang cerita, siapa yang ambil Pengajian Makanan akan belajar pengurusan makanan, dan bisnes macam tu, tanpa masak memasak..Dan bagi mereka yang ambil kos PPM tu, mereka akan belajar pengurusan, perkhidmatan makanan beserta masak2..Details tentang subjek2 dalam kos-kos tersebut tak dapat saya nak terangkan dengan lebih lanjut kerana banyak perubahan subjek yang telah dibuat..Banyak beza from ours in the third year..

Don’t Give Up..Choose the Best, be the Best..Pengajian Makanan best sebenarnya, akan belajar banyak benda yang dapat membentuk kemahiran pelajar untuk diaplikasikan di luar bidang ini. Harap dapat gambaran lah tentang kos ni yea..Oh, jangan lupa, Fakulti Sains Dan Teknollogi Makanan UPM ada Program Sains Dan Teknologi Makanan..Kos ini untuk mereka yang sangat berminat bermain dengan makanan di dalam makmal..^_^..


Mucha gracias for coming..

Apa Peristiwa Hari Arafah..

Arafah adalah gambaran Padang Mashyar di bumi. Ia terletak 21.9 km ketimur Makkah. Di antara Makkah dan Arafah terletak Mina dan Mudzlifah. Berwukuf di Arafah akan mengingat kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah mudah-mudahan  permintaan kita diterima. (Source: sini)

Selain itu, tentang peristiwa korban yang dilakukan Nabi Ibrahim As, keikhlasan serta ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah. Pada malam ke-9 di bulan Dzulhijjah, Nabi Ibrahim bermimpi sama dengan hari sebelumnya(tanggal 8 Dzulhijjah) yaitu Nabi Ibrahim diperintahkan untuk mengorbankan putranya, Nabi Ismail yang waktu itu masih berumur 7 tahun(ada juga yang berpendapat 13 tahun). Pagi harinya, beliau tahu dengan yakin mimpinya itu berasal dari Allah SWT. Dari sinilah hari ke-9 Dzulhijjah disebut dengan hari ‘Arafah (artinya mengetahui maksudnya Nabi Ibrahim telah mengetahui bahwa mimpinya itu merupakan wahyu dari Allah), dan bertepatan pula waktu itu beliau sedang berada di tanah Arafah. Pada esok harinya tepatnya 10 Dzulhijjah (kita memperingatinya sebagai Idul Adha) beliau melaksanakan perintah Allah, namun dengan kuasa Allah Nabi Ismail digantikan dengan kibas dan Allah menerima korban Nabi Ibrahim. Salah satu yang menarik dari kisah ini, seperti yang tersimpan dalam Al-Quran Surah As-Shaffat ayat 37. “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Inilah ketaatan seorang anak kecil kepada Allah dan orang tuanya, tidak ada rasa takut malah ada kesabaran dengan keikhlasan menyertainya. Subhanallah. (Source: sini)

Keutamaan puasa Arafah ini seperti diriwayatkan dari Abu Qatadah Rahimahullah. Rasulullah SAW bersabda: Puasa hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang, dan puasa Assyura (tanggal 10 Muharram) menghapuskan dosa setahun yang lepas. (HR. Muslim)

Aku ingin ke sini suatu hari nanti..insyaallah, moga Allah memberiku kemampuan..



Sunday, 7 October 2012

Takde papelah..

Sesuatu yang tidak pasti itu amatlah menyakitkan..

Copy and Paste...

- Allah jauhkan kita dengan orang yang kita sayang, sebab Allah nak pelihara kita. Allah takut kita buat benda yang tak elok.

- Bila kita teringat dia. Itu RINDU. Bila kita menangis utk dia. Itu SAYANG. Bila kita doakan kebahagiaan dia walaupun tak bersama. Itu CINTA. :') 

انتظرت هدية حب من الله 




Monday, 1 October 2012

Dirimu Satu..

Will be my favourite song..

Watch "Dirimu satu~Ungu Band~with lyric" on YouTube

Setiap Jodoh Pasti Menemukan Cinta, Tapi Setiap Cinta Belum Tentu Bertemu Jodoh, Pasrah Saja Pada Yang Maha Berkuasa Menentukan Segalanya, Seandainya Dia Adalah Teman Hidupku Yang Tertulis Di Luh Mahfuz, Pertemukanlah Kami, Datangkan Dia Padaku, Satukanlah Kami Sebagai Pasangan Yang Saling Mencinta KeranaMu Ya Allah, Dan Berkatilah, Redhoilah, Kurniakan Rezeki Dan Kebahagiaan Dunia Sampai Akhirat..Wallahua'lam..Hanya Allah Mengetahui Yang Terbaik Buat Kita, Semoga Allah Memelihara Kita Dari Sebarang Rasa Kecewa..

Wednesday, 15 August 2012

Ku Ukir Indah Namamu_7 Pelangi..

This song comes from Indonesia..Its lyrics and melody are so beautiful..It is not a new song..I never know this song before..But someone had make me realized of it (although the person is only being tagged and liking it at FB, I coincidentally see that and click it)..it touching my soul deeply..Its so hard to say..I just entrust all my love for you to ALLAH..



 

Video ni best, tp maaflah, seksi




Thursday, 26 July 2012

Kahwin Muda..(Video)..

Sweetnya..serious mcm xcaya, tapi realiti nie?..however, they are cute..congrates and may live happily together forever..i just never expect that, an extraordinary thing occur nowadays..kalau zaman dulu2 tak heran lah..<^_^>..Izinkan saya publishkan kat blog ini yea..video ni pun dari Youtube..




Hati..


Basuhlah hati dengan air kebersihan,
Sabunkan ia dengan sabun kewangian,
Tanami hati dengan benih kesedaran,
Suburkan ia dengan baja keimanan,
Sirami hati dengan sungai kejernihan,
Himpunkan ia dalam perhimpunan kedamaian,
Ajarkan hati dengan ilmu kerohanian,
Lukiskan ia dengan pen kebahagiaan,
Pakaikan hati dengan pakaian kegemilangan,
Hiasilah ia dengan perhiasan kecemerlangan,
Suluhkan ia dengan cahaya bergemerlapan,
Labuhkan dengan tirai keamanan,
Semoga hati penuh ketenangan dan kesenangan,
Buangkan kesedihan serta kepiluan,
Bersihlah, sucilah wahai hati,
Moga rasa bahagia bertandang terundang..

Kunci ada pada diri sendiri..dan dekat dengan ilahi..

" Subhaanakalaa 'Ilma Lanaa Illaama 'Alamtanaa Innaka Antal 'Alimulhakim "
(Maha Suci Engkau! Tiadalah dalam pengetahuan kami melainkan apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana)