Aurat Wanita
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka
(perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. – Petikan dari...
Surah An-Nur
Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan
badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya
dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3.
Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya
hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang. –
Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4.
Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur
Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir
gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat
At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya
menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu
(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu
seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher
seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan – Asma Binti Abu
Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid
tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan
tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya –
Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata –
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut
(suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari
Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku
yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis
Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat
31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di
bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka
masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya –
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang
membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat
Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka
Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan
dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak
akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
>> Sebagai wanita muslimah, marilah kita sama-sama menjaga aurat sebagaimana yang telah diperintahkan Allah S.W.T..Nabi juga selalu berpesan pada wanita agar menjaga auratnya. Itu tanda Nabi sayangkan kita. Nak berfesyen, nak bergaya tu tidak menjadi kesalahan, cuma berpada-pada lah, agar yang dikatakan aurat itu tidak terdedah sana, terdedah sini. Mungkin secara tidak sengaja kita terdedah, tanpa sedar aurat kita 'ter' buka, boleh jadi juga. Namun, berusahalah kita ke arah pemakaian yang lebih terjaga..Sama2 kita berdoa semoga Allah menimbulkan rasa berhati2 ketika memilih pakaian. Insyaallah..
Contah Muslimah Yang Bergaya..Cantik, Comel dan Menutup Aurat..I like her image.. |
No comments:
Post a Comment