Thursday, 8 December 2011

Ezad..Randy..

Salam..
Macam lama tak mengupdate..dah habis minggu presentation untuk aku..lega sikit..
Hari ni kelas cancel..Yay, seronok sebab dapat rehat..semalam aku tido macam orang pengsan, xsedar langsung, xpernah macam ni..

By the way, saja nak post link lagu Ezad Lazim bekas kumpulan Exist..Suara dia best menyanyi..Dia pun pernah berlakon tau..I think he is serba boleh lah..Lagu kat bawah ni lagu2 single dia yang terbaru tahun ni..Aku link kan video youtube dia, senang nak tengok..Aku suka video lagu2 ni, a little bit interesting and different sebab dalam lagu percintaan ini, bila dengar lelaki yang nyanyi, aku ingat perempuan yang curang, tapi bila tengok video dia, lelaki yang curang..Tengok Ezad kena tolak masuk kolam oleh Fida dalam lagu percintaan ini, satu tindakan yang bagus untuk si curang..Dalam lagu mengharap bintang plak, dengan Nabila Huda..Lagu ni pun best, semangat sikit bagi orang yang tengah menunggu tu..Video dia tunjuk romantik plak kat akhir2..Apapun, mereka kan artis, aksi yang ntah2 tu janganlah kita nak kutuk..bukan kita yang tanggung..

Just enjoy the songs by click the link here: -


Satu lagi, 22 Disember ni dekat Astro Ria, Pukul 9 malam, cerita yang aku memang nak tengok, namun tiada astro kat hostel aku ni..xmengapalah..Movie "Biar Mimpi Sampai Ke Bintang", dilakonkan oleh pelakon Indonesia dan Malaysia..The handsome young man Randy Pangalila (21 tahun), but dia nampak dewasa mcm 25 gitu..serius comel, dah banyak drama Indonesia si Randy ni aku tonton..now in Malaysia, digandingkan pula dengan aktress muda, Nurul Elfira Loy (baru 17 tahun)..Ceritanya, Randy sanggup datang ke Malaysia untuk mencari kekasih hatinya yang dia kenali melalui laman sosial di internet (FACEBOOK)..Berkenalan dengan Alya (Elfira), Andy (Randy) menyamar sebagai lelaki miskin, tetapi sebenarnya orang kaya (Cerita Indon always like that, tapi best)..Bagi peminat Randy dan Elfira tu..silalah tonton drama ini..Petikan from trailer of this movie..."Kalau nak mimpi, biar mimpi sampai ke bintang, kalau tak tergapai pun, dapat capai langit pun jadilah kan"...sekali lagi, artis memang buat kelakuan yang tidak sepatutnya dalam Islam, namun janganlah kau kutuk yea, sapa kutuk, dia makin dapat dosa..bukan diorang tak tahu apa yang tak boleh dalam Islam..Banyak teguran dah dijalankan..Kita ni just nak melihat kepada dramanya, jalan ceritanya, bukan aksinya..Anyway, di harap ceritanya bagus ya !!!..

Randy also a Singer
Randy Pangalila



..Mucha Gracias..

Saturday, 26 November 2011

Love is Yours?..

Salam...untuk (family dan rakan2 saya especially) dan mereka2 yang telah mengenal, menjalin, mengikat dan memiliki cinta (yang dah kahwin)..
"Love is a verb"..(cinta itu adalah tanggungjawab dengan perbuatan dan tindakan, bukan sekadar kata-kata dan lisan)..Ada seorang insan pernah mengatakan padaku, semua yang ada dalam hidup ini adalah pinjaman (memang benar, jauh sekali untuk dinafikan)..

Namun dalam bab soal hati dan perasaan ini (cinta), boleh jadi ia adalah pinjaman juga..Contohnya, tentu ada yang telah menjalin hubungan bertahun-tahun lamanya, possibility untuk terpisah tu boleh jadi agak tinggi lah juga, nama pun pinjaman atau boring??? Boring hanya ada pada mereka yang suka dan rasa bertuah didampingi banyak insan (Tak ingat Tuhan lah tu)..Alasan bodoh di situ..Maaf (hormon penulis tak stabil, tak berniat nak menyinggung perasaan sesiapa di sini). Orang yang dah lama kawan2 dan cinta2 ni tak semestinya terpisah, buktinya banyak yang bersatu (paling penting ikhlas dan setia)..Oleh itu, bersyukurlah padaNya, kalau kita lupa dan lalai, tidak mustahil Tuhan akan menarik semula apa yang kamu ada, jangan sekali-kali tinggalkanNya, dan jangan lebihkan cinta insan daripada cintaNya..

Jika kita menjaga cinta padaNya, InsyaAllah, bukan sahaja cinta tu jadi pinjaman, Tuhan akan beri dan jadikan ia hak kita di dunia..Orang yang berkasih-kasihan berkata "Hanya maut dapat memisahkan kita"..Walaupun terpisah di dunia hanya disebabkan kematian, ingatlah Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Tak mustahil di akhirat kelak, Allah akan beri dan pertemukan kembali, jika cinta kamu benar2 sejati..Tapi kalau yang kena tinggal tu cari orang lain pulak, tak dapat lah nak tolong..tak payah lah nak mengaku cinta lebih2 (saya bukan mengata, tapi ada kes kisah benar sebegini orang crita kat saya..lelaki tu punya triak depan kubur isteri dia, tak sanggup hidup tanpa dia lah, tapi seminggu selepas isteri dia pergi, pakcik tu dah kahwin lain..apa ni???, pemenang drama kot pakcik tu)..Sudah2..

Kecut bila fikir pasal kahwin (tidak sanggup kecewa)..Walau diri tak punya sesiapa skrg, tak mengapa sebab pelajaran ada menemani walau kadang sunyi..hik2..Tapi saya atau kamu perlukannya satu hari nanti..Bukankah hikmah perkahwinan itu mewujudkan ketenteraman dalam hati manusia?..Kita tak boleh sombong nak kata boleh bersendirian selama-lamanya, bukankah rasa cinta, kahwin itu fitrah manusia?..ustaz saya kata, kalau ada orang yang tua nak kahwin, jangan la di maki, tua tak sedar diri..sebenarnya bukan seks yang dia cari tapi peneman di kala sunyi..manusia tu nak juga ada teman berbual, luahkan perasaan, buat banyak benda bersama2..xda lah mereka sunyi..perasaan sunyi itu juga fitrah dalam hidup..Sedangkan Nabi Adam pun turut sunyi tanpa Hawa..:'( touching..

Saya sebenarnya amat terharu dengan kasih sayang yang terjalin antara kamu wahai insan2 yang pandai menjaga cinta..Semoga cinta yang kamu miliki adalah cinta yang sejati..berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat...InsyaAllah...Selagi cinta antara kamu tidak mengurangkan cinta kamu kepadaNya..Amin..Sesungguhnya ikatan abadi itu lebih indah di syurga..

Maaf kalau terlanjur kata..semua tulisan ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan juga kalian yang sudi membaca..

Lirik lagu kat bawah ni khas aku tujukan buat kawan aku (F.S) ..^_^..
(Jadikan lagu ini dari kamu untuk dia)
Semoga kamu bahagia selamanya, Insyaallah..

---<@ IKATAN MURNI @>---
(Munsyid: Wirdani)

Bermusim telah berlalu
Hari ini kian indah warnanya
Tulus cinta yang didamba
Bertemu bahagia

Prasangka telah berakhir
Sangsi hati kian jauh menyisih
Kata janji yang terpatri
Menyimpul ikatan murni

Ku mengharap hanya pada yang menyinta
Ku merindu hanya pada yang mengasih
Ku memohon hanya pada mu Ilahi
Moga diberkati jalinan yang suci

Ku berteduh bawah pohon yang merimbun
Ku bergantung pada dahan yang terkukuh
Ku bersandar hanya pada mu Kekasih
Pimpin diri ini ke arah yang pasti

Dengan redha ku pasrah segalanya
Agar dikau temui ketenangan yang dikau cari
Disuburi benih cinta yang tersemai
Disirami hujan kasih dan sayang
Disulami dengan keteguhan iman
Demi syurgaku di sisimu selamanya


Sunday, 20 November 2011

Hakikat Ketenangan dan Kebahagiaan..

Hakikat Bahagia
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki




>> Benar, hakikat bahagia adalah ketenangan, 
hakikat ketenangan adalah dengan mengingatiNya <<


Ingat formulanya:
  
Ingat Allah (melalui hati dan amalan)  =  TENANG + BAHAGIA



Ingin saya kongsikan di sini seperenggan monolog hati yg sy ambil dari buku 
"Satu Rasa Dua Hati" (by Pahrol Mohd Juoi).....begini.....

" Isteriku, apakah perjalanan kita ini masih panjang ataupun pendek...entahlah, aku tidak pasti. Namun, selagi antara kau dan aku masih ada DIA - Tuhan kita...selama itulah kita akan tenang. Jika kau ingat, kaulah sumber ketenanganku. Jika aku ingat, akulah sumber ketenanganmu. Jika kita sama-sama mengingati-Nya, maka bahagialah kita. Sebaliknya, jika kita sama-sama lupa...musnahlah kita."



Renung-renungkan..semoga berbahagia dengan Mengingati Allah..^_^..

Sunday, 13 November 2011

To My Family (Gambar2)..

Assalamualaikum..

Entry ni lapuk sikit, minggu lalu punya, curi2 masa mengupdate walaupun busy sebenarnya dgn assignment...

..(Gambar2 dalam entry ini adalah untuk tatapan family aku..kamu rindu aku ka? Mesti la kan, hehe..aku rindu kamu jua bha)..Kakak rindu Nacha cachoi..Nur Nasya Afifi Aulia..^_^..

Hari tu time Raya Haji tu cuti 3 hari, aku pergi rumah sepupu kat Kluang,Johor. Aku pegi sebab roomate2 terutamanya kakak bilik aku yang dah bersuami tu, semua pakat balik. Seram jugak nak tinggal sorang2 kat kolej. Roomate n kawan pun xpnah ajak pegi rumah, tapi tak apa, aku xpenah mengharap pun, takkan lah sendiri nak terhegeh2 mintak nak pegi rumah orang kan, aku bukan org mcm tu, segan aku. Kita kena faham jugak privacy orang. Kalau keluarga sendiri lain cerita lah. Sementara ada keluarga kat semenanjung ni, lawat je lah kan. Cuti pertengahan sem hari tu pergi Kedah (kat rumah Makcik). Pergi Kluang tu just ambik masa lebih kurang 3 jam je dari Selangor ke Kluang menaiki bas. Nak cerita tentang ketakutan aku hari tu. Jumaat lalu, sebelum raya haji tu, lepas kelas, aku pergi lah ke stesen komuter Serdang, Selangor ni. Sebut pasal keretapi komuter ni, kurang suka sebab terpaksa bertolak2, berhimpit2 untuk masuk. Manusia sangat2 lah ramai. Aku terlepas sampai 5 train tau. Sampai stesen bas, aku beli tiket ke Kluang secara direct, nak beli awal xblh, sebab ragu2 nk pegi ke x hari tu. Hari tu tiket yang tinggal hanyalah pukul 11 malam. Ya Allah, time tu aku pasrah je beli tiket pukul 11 malam. Dah lah sorang2, terpaksa tunggu dari pukul 6 ptg sampai 11 mlm kat Terminal Bas tu (TBS, Bandar Tasik Selatan, Selangor). Aku duduk sorang2 buat muka selamba je. Peduli apa org tengok2. Ramai duduk atas lantai, sebab kerusi penuh. Aku pun duduk lah atas lantai jugak. Nasib baik terminal tu macam airport. Takut dengan Mat2 Bangla yang duduk kat hujung2 sudut. Nasib la orang ramai time tu. Dalam hati berdoa mintak Allah lindungi. Hmm, sampai waktu, naik bas. Time tu aku doa supaya yang duduk sebelah aku perempuan, tetapi nampaknya lelaki jgak yang duduk. Lagi lah aku seram..Adoi..Lelaki tu banyak cakap, tanya2 aku soalan yang agak membuat aku geram. “Napa pegi Johor tak lalu Pahang?”..Adui, aku xde la kekurangan ilmu sangat tentang Malaysia ni. Takkan nak lalu naik atas turun bawah balik. Aku jawab tengoklah peta..haha..Tanya dia Kluang ada apa yg best yea?..Jawabnye Kelapa Sawit, gunung?..adoi, budak ni. Nasib baik dia tidur lepas tu..Aku memang takut nak duduk dekat2 dengan lelaki (lau dh kawin lain le)..Selamat bas tu ada pembahagi tempat duduk yang besar...

Okeh, sampai kat Kluang, sepupu aku dan suami dia jemput. Alhamdulillah, time tu dah hampir pukul 3 pagi. Takut sebenarnya nak susahkan orang, tapi sepupu aku faham, takkan nak tggu kat stesen bas sampai pagi kan. Lagi lah aku seram. Terima Kasih kat dia dan suami dia kerana sudi jemput aku dan menerima kedatangan aku kat sana. Tak kurang juga diorang bawak aku jalan2 dari ptg sampai malam..syiokk jua bha..inda jua ku keboringan..Dekat Ayer Hitam best, ada taman replika, ada gerai jual2 barangan hiasan rumah murah2, bantal2 “aNGrY bIrd” yang amat popular skg ni betimbun kat situ..Selain itu, kat rumah dia seronok sebab ada Baby umo 9 bulan..^_^..suke baby..Mereka ini pasangan muda, baru 21 n 24 tahun..tapi agak matang!..best tengok diorang..Semoga mereka bahagia sepanjang hayat dunia akhirat..Amin Ya Robbal Alamin..

p/s: Hidup mati jodoh pertemuan di tangan Allah. Susah dan senang sama2 harungi demi cinta yang hakiki..Semoga Allah merahmati..


Gambar2 ni aku compress, low quality ckit..susah upload..


..^_^..
Awak nak roti? Nah ambiklah ckit..
Replika Menara Eiffel..Dah sampai Paris?..

 Unta kayu yg comel
Nak makan durian tu..
Tak sampai lagi kat Teluk Intan, sini pun jadilah..
Banyak arca kat sini
Arca kartun pun ada..Baby suka..
Nice view dekat2 situ juga
Kota A.Famosa n Menara KLCC palsu..
Nacha, kakak ada CJ7 dengan Pooh..Jangan Jeles..(budak tu tak tau apa pun dgn 2 hewan ini)

Ok..Bye2..^_^..Jumpa lagi!





Sunday, 6 November 2011

Salam Aidil Adha 2011..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Semua, pada insan disayang, family, rakan taulan..Hari raya aidil adha @ hari raya qurban merupakan hari raya yang amat bermakna..Sambutlah baik2 yea, ada orang sambut meriah macam raya aidilfitri, terutama mereka yang mengadakan korban haiwan seperti lembu atau kerbau dan lain2 (yg sah mengikut hukum)..Lepas tu mereka akan adakan kenduri..Bab makan2 ni semua orang suka kan..tapi ingatlah, jangan makan lebih2, jaga kesihatan..hehe..take care alls..Salam..^_^..





p/s: this post is autopost, saja dijadualkan (maybe skg ni aku dh tdo..^_^..)..hari raya ni xbalik rumah pun, just pegi rmah kazen..

Sunday, 30 October 2011

Tentang Perkahwinan..

Assalamualaikum..sebelum ini saya ada menulis tentang jodoh dlm blog ini..Sekarang tentang perkahwinan..




Tentang perkahwinan, kahwin muda dalam usia 20-an mcm tu memang digalakkan dalam Islam. Banyak kebaikannya terutama terhadap wanita, banyak pahala yang Allah beri pada wanita apabila berkahwin..Pada lelaki pun sama (bg yang dah mampu), rugi kalau lelaki yang mampu, tapi tak kahwin..Jangan risau pasal rezeki, Allah dah janjikan pada sesiapa yang mampu berkahwin, kahwin lah, Allah pasti kurniakan rezeki..Allah dah sebut dalam Surah An-Nuur (ayat 32) yang bermaksud “Kahwinkanlah orang-orang bujang di antara kamu dan orang-orang (yang sudah layak berkahwin) dari hamba kamu yang lelaki dan wanita. Jika mereka miskin, nanti Allah memberi kurnia kepada mereka. Dan Allah Maha Luas kurniaNya dan Maha Mengetahui”..Yang penting kena lah rajin berusaha cari rezeki tu..

Kalau nak tau lebih lanjut lagi tentang perkahwinan, tanya je pakcik GOOGLE, taip je tajuk2 yang berkaitan perkahwinan dalam Islam..Nak kahwin mesti la lengkapkan diri dengan ilmu2 perkahwinan, bukan kahwin ni saja2 je nak melampiaskan nafsu..tidak, jangan begitu, biar niat berkahwin kerana nak berbakti pada pasangan, nak senangkan hatinya dan raih lah redho Allah..ilmu ttg perkahwinan ni kalau nak yang terbaik, pergi je kursus perkahwinan (aku blm pegi lg)..Aku pun tak tau napa tiba2 aku nak post tentang ni..barangkali dah sampai seru untuk kahwin ye?..Kalau begitu, lepas abis belajar nanti aku nak kahwin lah (kalau ada orang meminang)..

Aku bukannya terdesak nak kahwin skg, tidak..cuma agak sedikit risau, biasa la pmpuan..aku nak kahwin dengan redho Allah dan semestinya dengan penuh cinta antara aku dan dia..Pernah aku nyatakan dalam post sebelum ni, semoga dapat kahwin, saling cinta-mencintai keranaNya..bagi aku, aku bukanlah mencari lelaki yg alim ulamak, yang berkopiah 24 jam, tidak..cukup bagi aku lelaki itu ingat Allah, takut pada Allah, bersikap baik, sedar akan kematian, sedar akan adanya hari akhirat dan dia berusaha menjadi seorang insan yang mencintai Allah, dalam masa yang sama dia bawak dan bimbing aku sekali mendekati Allah bersama2..Aku ingin jadi bidadari dalam hidupnya dunia sampai akhirat..Semoga kami saling menerima diri masing2 seadanya..Penting juga buat keluarga masing2 untuk saling menerima kerana apabila berkahwin dengannya, bermakna kita juga berkahwin dengan keluarganya (kena lah saling menerima kn)..Mama bapa ok je...Baik, mana yang kurang kita cukupkan, yang lebih kita syukurkan..Akhir sekali perbezaan dan persamaan pasti ada kan?..Tak yah nak risau kerana persamaan itu membina keserasian, perbezaan itu akan saling melengkapkan..




Saturday, 29 October 2011

Suatu Masa nanti bagaimana?..

Belajar untuk bersabar dalam soal hati dan perasaan...walaupun hati menuntut utk disayangi dan menyayangi manusia yg disayangi, namun insan ini masih menyedari kepada Allah s.w.t jualah pemilik kasih sayang yang sebenar..


>>> @ <<<


Kalaulah daku tahu berharganya waktu..
Akan daku buat senja tak saja berlalu..

Kalaulah daku sedar betapa rindumu..
Pasti daku datang di tiap senja seperti selalu..
Memang selalu..

Kalaulah dikau dan aku bersatu..
Langit dan bumi pun tak pernah menolak bercumbu..



...Lagu yang menggambarkan cerita hatiku...
  
M.NASIR >> SUATU MASA <<
           
Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima



Kalau ada jodoh dengannya insan yang disayangi, InsyaAllah pasti bertemu jua.. Jika cintanya bertamu, Alhamdulillah, moga dirinya juga sama2 sungguh-sungguh dan ikhlas menyayangi mencintai..Sesungguhnya ehsan Tuhan sememangnya amat bererti dan sungguh tidak dapat dinilaikan oleh manusia... 
Berserahlah pada yang Maha Mengasihani..InsyaAllah..


>> Semoga dapat mengikat kasih sayang keranaNya, saling cinta mencintai keranaNya dan dapat membina kehidupan bersama yang diredhaiNya sepanjang hayat..Kerana ku sedar Dia yang utama (bkn nk sombong, tapi aku sedar Allah yg harus diutamakan dan aku juga sedar diri ini masih lagi merangkak menunaikan kesedaran itu..Moga Allah membimbingku)..Kepada yang menghadapi perkara yg sama sepertiku, semoga Allah memberi ehsan dan pertolongan buat kita..


p/s:  sempatkah merasai bahagia perkahwinan?...kiamat itu sudah mendekat dan pasti tiba...



Friday, 28 October 2011

Ya Allah Ya Rabbi..

Stanza ini aku petik dari lagu Ya Allah, Tuhan, Aku Cinta Allah oleh Wali Band..Semoga bait-baitnya yang indah dapat mententeramkan hati kita..Semoga diperbesarkan iman..InsyaAllah..


Subhanallah


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah 

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafazkan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Ku letakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku 

Tolonglah Daku
Ya Allah Ya Rabbi


By: NiaSuriAnnie.....

Thursday, 6 October 2011

Lagu Melayu Best..

Agak jiwang, tapi lagu ini mengingatkan aku kepada seseorang yang pernah menujukan lagu ini untuk aku dulu. Terima kasih kat orang tu kerana introduced lagu ni kat aku. Aku suka dengar lagu ni sampai sekarang..^_^..

Lagu ini dinyanyikan oleh A to Z, penyanyi lagu Itik Gembo2 tue..Mungkin ada juga orang yang tak kenal kumpulan penyanyi ni kan ataupun dah lupa, lama dah mereka ni tak timbul..Tapi Lann ada buat solo lagu ni juga tahun lepas, 2010 dalam Album "Diari Hati". Apapun, lagu2 A to Z memang best !..Layan jer..

Dulu Dan Selamanya by A to Z…(Lirik)

Kepada mu ku curahkan
Kepada mu ku buktikan
Segala yang ku janjikan
Dari dulu dan selamanya
Biar musim pun berganti
Namun aku kan kembali

Kepada mu disisi
Bersama lagi hanya kau ku sayangi
Biar hari berganti dan pergi
Kerana ku tahu kau kasihku
Kali ini ku kembali

Dalam alunan mesra sinar pagi
Ku genggam erat tangan mu
Ku bawa bersama, ke alam
Realiti dan fantasi
Gambar special yg dijanjikan kawan tu untuk aku ..^_^..
..Sanggup juga kau buatkan untuk aku ni..Terharu..hehe
Thank You my friend Murniyanti..Lain kali buat lagi yea..


Klik sini utuk dengar lagu ini versi Lann dulu2 (dalam Filem Gemerlapan)  kat Youtube..
Utk versi kumpulan, klik sini....^_^