Salam...untuk (family dan rakan2 saya especially) dan mereka2 yang telah mengenal, menjalin, mengikat dan memiliki cinta (yang dah kahwin)..
"Love is a verb"..(cinta itu adalah tanggungjawab dengan perbuatan dan tindakan, bukan sekadar kata-kata dan lisan)..Ada seorang insan pernah mengatakan padaku, semua yang ada dalam hidup ini adalah pinjaman (memang benar, jauh sekali untuk dinafikan)..Namun dalam bab soal hati dan perasaan ini (cinta), boleh jadi ia adalah pinjaman juga..Contohnya, tentu ada yang telah menjalin hubungan bertahun-tahun lamanya, possibility untuk terpisah tu boleh jadi agak tinggi lah juga, nama pun pinjaman atau boring??? Boring hanya ada pada mereka yang suka dan rasa bertuah didampingi banyak insan (Tak ingat Tuhan lah tu)..Alasan bodoh di situ..Maaf (hormon penulis tak stabil, tak berniat nak menyinggung perasaan sesiapa di sini). Orang yang dah lama kawan2 dan cinta2 ni tak semestinya terpisah, buktinya banyak yang bersatu (paling penting ikhlas dan setia)..Oleh itu, bersyukurlah padaNya, kalau kita lupa dan lalai, tidak mustahil Tuhan akan menarik semula apa yang kamu ada, jangan sekali-kali tinggalkanNya, dan jangan lebihkan cinta insan daripada cintaNya..
Jika kita menjaga cinta padaNya, InsyaAllah, bukan sahaja cinta tu jadi pinjaman, Tuhan akan beri dan jadikan ia hak kita di dunia..Orang yang berkasih-kasihan berkata "Hanya maut dapat memisahkan kita"..Walaupun terpisah di dunia hanya disebabkan kematian, ingatlah Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Tak mustahil di akhirat kelak, Allah akan beri dan pertemukan kembali, jika cinta kamu benar2 sejati..Tapi kalau yang kena tinggal tu cari orang lain pulak, tak dapat lah nak tolong..tak payah lah nak mengaku cinta lebih2 (saya bukan mengata, tapi ada kes kisah benar sebegini orang crita kat saya..lelaki tu punya triak depan kubur isteri dia, tak sanggup hidup tanpa dia lah, tapi seminggu selepas isteri dia pergi, pakcik tu dah kahwin lain..apa ni???, pemenang drama kot pakcik tu)..Sudah2..
Kecut bila fikir pasal kahwin (tidak sanggup kecewa)..Walau diri tak punya sesiapa skrg, tak mengapa sebab pelajaran ada menemani walau kadang sunyi..hik2..Tapi saya atau kamu perlukannya satu hari nanti..Bukankah hikmah perkahwinan itu mewujudkan ketenteraman dalam hati manusia?..Kita tak boleh sombong nak kata boleh bersendirian selama-lamanya, bukankah rasa cinta, kahwin itu fitrah manusia?..ustaz saya kata, kalau ada orang yang tua nak kahwin, jangan la di maki, tua tak sedar diri..sebenarnya bukan seks yang dia cari tapi peneman di kala sunyi..manusia tu nak juga ada teman berbual, luahkan perasaan, buat banyak benda bersama2..xda lah mereka sunyi..perasaan sunyi itu juga fitrah dalam hidup..Sedangkan Nabi Adam pun turut sunyi tanpa Hawa..:'( touching..
Saya sebenarnya amat terharu dengan kasih sayang yang terjalin antara kamu wahai insan2 yang pandai menjaga cinta..Semoga cinta yang kamu miliki adalah cinta yang sejati..berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat...InsyaAllah...Selagi cinta antara kamu tidak mengurangkan cinta kamu kepadaNya..Amin..Sesungguhnya ikatan abadi itu lebih indah di syurga..
Maaf kalau terlanjur kata..semua tulisan ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan juga kalian yang sudi membaca..
Lirik lagu kat bawah ni khas aku tujukan buat kawan aku (F.S) ..^_^..
(Jadikan lagu ini dari kamu untuk dia)
(Jadikan lagu ini dari kamu untuk dia)
Semoga kamu bahagia selamanya, Insyaallah..
---<@ IKATAN MURNI @>---
(Munsyid: Wirdani)
Bermusim telah berlalu
Hari ini kian indah warnanya
Tulus cinta yang didamba
Bertemu bahagia
Prasangka telah berakhir
Sangsi hati kian jauh menyisih
Kata janji yang terpatri
Menyimpul ikatan murni
Ku mengharap hanya pada yang menyinta
Ku merindu hanya pada yang mengasih
Ku memohon hanya pada mu Ilahi
Moga diberkati jalinan yang suci
Ku berteduh bawah pohon yang merimbun
Ku bergantung pada dahan yang terkukuh
Ku bersandar hanya pada mu Kekasih
Pimpin diri ini ke arah yang pasti
Dengan redha ku pasrah segalanya
Agar dikau temui ketenangan yang dikau cari
Disuburi benih cinta yang tersemai
Disirami hujan kasih dan sayang
Disulami dengan keteguhan iman
Demi syurgaku di sisimu selamanya
No comments:
Post a Comment