Sunday, 13 November 2011

To My Family (Gambar2)..

Assalamualaikum..

Entry ni lapuk sikit, minggu lalu punya, curi2 masa mengupdate walaupun busy sebenarnya dgn assignment...

..(Gambar2 dalam entry ini adalah untuk tatapan family aku..kamu rindu aku ka? Mesti la kan, hehe..aku rindu kamu jua bha)..Kakak rindu Nacha cachoi..Nur Nasya Afifi Aulia..^_^..

Hari tu time Raya Haji tu cuti 3 hari, aku pergi rumah sepupu kat Kluang,Johor. Aku pegi sebab roomate2 terutamanya kakak bilik aku yang dah bersuami tu, semua pakat balik. Seram jugak nak tinggal sorang2 kat kolej. Roomate n kawan pun xpnah ajak pegi rumah, tapi tak apa, aku xpenah mengharap pun, takkan lah sendiri nak terhegeh2 mintak nak pegi rumah orang kan, aku bukan org mcm tu, segan aku. Kita kena faham jugak privacy orang. Kalau keluarga sendiri lain cerita lah. Sementara ada keluarga kat semenanjung ni, lawat je lah kan. Cuti pertengahan sem hari tu pergi Kedah (kat rumah Makcik). Pergi Kluang tu just ambik masa lebih kurang 3 jam je dari Selangor ke Kluang menaiki bas. Nak cerita tentang ketakutan aku hari tu. Jumaat lalu, sebelum raya haji tu, lepas kelas, aku pergi lah ke stesen komuter Serdang, Selangor ni. Sebut pasal keretapi komuter ni, kurang suka sebab terpaksa bertolak2, berhimpit2 untuk masuk. Manusia sangat2 lah ramai. Aku terlepas sampai 5 train tau. Sampai stesen bas, aku beli tiket ke Kluang secara direct, nak beli awal xblh, sebab ragu2 nk pegi ke x hari tu. Hari tu tiket yang tinggal hanyalah pukul 11 malam. Ya Allah, time tu aku pasrah je beli tiket pukul 11 malam. Dah lah sorang2, terpaksa tunggu dari pukul 6 ptg sampai 11 mlm kat Terminal Bas tu (TBS, Bandar Tasik Selatan, Selangor). Aku duduk sorang2 buat muka selamba je. Peduli apa org tengok2. Ramai duduk atas lantai, sebab kerusi penuh. Aku pun duduk lah atas lantai jugak. Nasib baik terminal tu macam airport. Takut dengan Mat2 Bangla yang duduk kat hujung2 sudut. Nasib la orang ramai time tu. Dalam hati berdoa mintak Allah lindungi. Hmm, sampai waktu, naik bas. Time tu aku doa supaya yang duduk sebelah aku perempuan, tetapi nampaknya lelaki jgak yang duduk. Lagi lah aku seram..Adoi..Lelaki tu banyak cakap, tanya2 aku soalan yang agak membuat aku geram. “Napa pegi Johor tak lalu Pahang?”..Adui, aku xde la kekurangan ilmu sangat tentang Malaysia ni. Takkan nak lalu naik atas turun bawah balik. Aku jawab tengoklah peta..haha..Tanya dia Kluang ada apa yg best yea?..Jawabnye Kelapa Sawit, gunung?..adoi, budak ni. Nasib baik dia tidur lepas tu..Aku memang takut nak duduk dekat2 dengan lelaki (lau dh kawin lain le)..Selamat bas tu ada pembahagi tempat duduk yang besar...

Okeh, sampai kat Kluang, sepupu aku dan suami dia jemput. Alhamdulillah, time tu dah hampir pukul 3 pagi. Takut sebenarnya nak susahkan orang, tapi sepupu aku faham, takkan nak tggu kat stesen bas sampai pagi kan. Lagi lah aku seram. Terima Kasih kat dia dan suami dia kerana sudi jemput aku dan menerima kedatangan aku kat sana. Tak kurang juga diorang bawak aku jalan2 dari ptg sampai malam..syiokk jua bha..inda jua ku keboringan..Dekat Ayer Hitam best, ada taman replika, ada gerai jual2 barangan hiasan rumah murah2, bantal2 “aNGrY bIrd” yang amat popular skg ni betimbun kat situ..Selain itu, kat rumah dia seronok sebab ada Baby umo 9 bulan..^_^..suke baby..Mereka ini pasangan muda, baru 21 n 24 tahun..tapi agak matang!..best tengok diorang..Semoga mereka bahagia sepanjang hayat dunia akhirat..Amin Ya Robbal Alamin..

p/s: Hidup mati jodoh pertemuan di tangan Allah. Susah dan senang sama2 harungi demi cinta yang hakiki..Semoga Allah merahmati..


Gambar2 ni aku compress, low quality ckit..susah upload..


..^_^..
Awak nak roti? Nah ambiklah ckit..
Replika Menara Eiffel..Dah sampai Paris?..

 Unta kayu yg comel
Nak makan durian tu..
Tak sampai lagi kat Teluk Intan, sini pun jadilah..
Banyak arca kat sini
Arca kartun pun ada..Baby suka..
Nice view dekat2 situ juga
Kota A.Famosa n Menara KLCC palsu..
Nacha, kakak ada CJ7 dengan Pooh..Jangan Jeles..(budak tu tak tau apa pun dgn 2 hewan ini)

Ok..Bye2..^_^..Jumpa lagi!





No comments:

Post a Comment