Monday, 20 April 2015

Kerja..

Salam..
Malam ni nak meluahkan sedikit keluh kesah di hati..Maaf kalau ada sesiapa terbaca mengenai keluhan ini, mana tau ada yang tak suka orang yang asyik mengeluh..maaf..this is my own experience..release stress in words, hope relieving little bit..
Tajuk mengenai kerja..Dah kerja mengeluh, tak kerja pun mengeluh..Tak bersyukur ke ada kerja daripada tak ada?..
Bukan tak bersyukur, bersyukur dapat kerja dibandingkan dengan org yg tak kerja lagi..Masalahnya di sini adalah klu dapat satu position tu, sepatutnya fokus pada job scope tu lorh (kerja company cina, language style pun mstilah kecinaan?)..>_<..
Kalau diambil sebagai QC, haruslah buat kerja QC kan..yg dorg pegi suruh jdi kerani stor, kerani akaun dn macam2 lagi lah ditambahnya disamping disesakkan dgn kerja QC..sementara katanya sambil tgu org baru..bila?..sejak akauntan kami berhenti dh hampir 2 bulan, org baru still tidak kelihatan..suffer sgt2 tau..INI dah menyalahi akta buruh..dah lah kena kerja hari ahad full day 9 jam..
Nak berenti, tapi negeri ni kurang peluang pekerjaan..bertahan selagi mana mampu, menangis pun tak berlagu..Kita seharusnya happy dgn kerja kita, baru hidup bahagia..Buat apa teruskan kerja yg buat kita sedih, kerja double triple, gji ciput, nk bli brg masak pun pkir 10 kali..mcm mna nak hidup mcm ni?..
Kerja lebih msa tiada OT..if org bekeluarga, mmg xcukup gaji..syukur setakat ni ada pkcik mkcik yg tumpangkan kita rmh, pinjam kereta tua mama tuk pgi kerja..nk bli kereta pling murah pun kena KIV dulu since blum mmpu :'-(..Hope Sgt dpt kerja yg buat hati bahagia, aamiin..Kerja yg ada masa utk solatku..untuk capai kebahagiaan mestilah ingat kepada Allah..aku tak mahu buat dosa dgn asyik tertinggal solat kerana tak sedar waktu dek lalai oleh kerja..Malam asyik tertidor dek kerana keletihan..Aku tak boleh nk teruskan lagi kerja ini dan selamanya..Bersabarlah, rezeki di Tangan Allah, berdoa, berusaha dan bertawakal..

>> Semoga cita2 utk berkhidmat utk agama, bangsa dan negara tercapai..aamiin..

Legakan diri

Sunday, 19 April 2015

Beg Kesayangan..

Sehubungan dengan tajuk, aisemen..direct to the point >> beg kesayangan hamba ni dah guna sejak Dari hari ia diperolehi sampai lah sekarang dh hampir 5 tahun pun, jangka hayat yg lama, dan ia masih utuh..bermacam2 barang dan beban telah dimuatkan ke dalamnya..Sudah lama, tetapi masih aku cinta..Saya tak tahu siapa yang buat beg ni, tapi saya akui kualiti memang tip top..banyak jasa beg ni pada aku..harap awak terus berjasa pada saya wahai beg kesayangan..dulu waktu balik kampus je, beg ni lah yang jadi penjejak kasih antara saya dan pelajar yang sama U dgn saya, tak kira kat airport, stesen bus, dan KTM, ada je org tegur and menawarkan perkongsian utk menyewa kenderaan awam pilihan bersama2 iaitu teksi kerana mudah dan cepat utk sampai ke destinasi..he he..TQ my friend, beg kesayangan hamba..Beg Merah 1 Malaysia UPM, berkhidmat Dari 2010 sehinggalah saya dh kerja sekarang..;'-)..





Saturday, 18 April 2015

Produk Untuk Wajah?..Anda Pakai Apa?

Sedang mengemas2, terjumpa produk2 wajah yang pernah digunakan suatu ketika dulu..ada yg beli, pakai kejap, lepas tu tak ada motivasi nak pakai lagi sebab rasa tak sesuai dengan kulit..Kulit ni manja sangat..Ingat pakai apa2 pun boleh je..Macam2 produk dah try..Dari dulu jenama biasa2 yang ada di pasaran tak pernah tinggal kite cuba..FairNLovely, Safi, Shurah, Syahirah, Olay, CleanNClear, Garnier, Hazelin White?, SkinZ, Nano White, Dan lain2 yang dah xingat, habis dicuba..hampir semua women mcm tu kan?..Semua nak cuba try test..sampai lah ke produk2 yang ada pada zaman skrg ni, yg mnjanjikan mcm2, beli one set, semua nak cuba, itupun kalau ada money money money...Masalahnya adalah membazir, beli, pakai, xngam, xsambung pakai lah jawabnya..Tengok pada gambar ni mesti mjoriti yg kenal dn dah try semua, ni baki2 yg xhabis pakai, xcampur lagi yg dh buang, huhu..sayang..

Tuesday, 14 October 2014

4 Sifat Orang Bertaqwa..

Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid  menjelaskan bahawa orang2 yang bertaqwa mempunyai sifat yang berikut:


1. Takut Kepada Allah

2. Mengamalkan Al-Quran dan Sunnah

3. Redha

4. Bersiap Sedia Menghadapi Hari Kematian



* Rujuk Video Ustaz HAZAAH @ Youtube...


Monday, 13 October 2014

Kebaikan Makanan Pedas..

credit gambar: google

Ramai tak yang suka makan pedas?. Jawapannya ikut orang lah kan. Tak semua suka makan pedas. Macam CikNia boleh je makan pedas tapi bukan favourite. Pasti ada yang obses dengan makanan yang pedas2 kan. Ada juga yang tak boleh nak makan pedas disebabkan penyakit yang menghalang seseorang utk menikmati makanan pedas. Walaupun orang kata makan pedas selalu tak elok, tetapi ada kebaikan yang perlu diketahui..Antaranya....

1. Menurunkan berat badan

Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.


2. Menyihatkan jantung

Menyihatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.


3. Mencegah kanser
 
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

4. Menurunkan tekanan darah

Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.


5. Menghilangkan Gejala Selsema

Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selsema yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selsema yang lain.

6. Memperbaiki fungsi penghadaman
Manfaat cili dalam saluran penghadaman adalah meningkatkan aliran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus (cecair pekat). Kapsaisin juga membantu membunuh bakteria H.pylori penyebab penyakit gastrik. Akan tetapi jika anda mengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan meneutralkan asid di perut.
 

7. Melancarkan pernafasan

Makanan pedas bertindak seperti ubat untuk yang mempunyai masalah pernafasan dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinusitis dan penyakit pernafasan yang lain agar bernafas lebih baik.

8. Menjaga mood

Makanan pedas boleh meningkatkan penghasilan hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.


Kepada penggemar makanan pedas tu, boleh lah berbangga dengan segala kebaikan yang tersebut diatas.Tapi jangan makan pedas secara berlebihan yea..Bersederhana!..Semoga sihat sentiasa ^_^V..






Wednesday, 8 October 2014

Is Your Hair As Straight As The Lines You Draw?..Sunsilk Can Help You..

"Bored with pretty curly hair? Sunsilk Perfect Straight help to give birth to a new pretty straight hair"..^_^..That's what I can describe! Looks like cool right?..Haha..

Ok, what is the important point?..Why drawing straight lines?..It is actually a Contest from Sunsilk that can be joined by you all..Still have time to join the contest..It is simple, just by drawing straight lines you can be done!..I already try it just for fun. Try it on!..You have chance to get free sample too after the contest end..Just click on the image below to go there..Have a nice try!..


http://my.shareddis.com/p/8Izl2











Tuesday, 7 October 2014

Proton IRIZ atau Perodua Axia?..Jom Tengok IRIZ Dulu Lah!..

As'Salam...

Sekarang ni mesti semua orang tengah fikir nak pilih kereta kecik molek comel yang mana utk dipilih dan seterusnya dibeli kannn..Maklumlah nak pilih yang terbaik agar wang yang dilaburkan nanti tidak memberi kerugian buat anda..Kereta kecik molek comel ni berbaloi utk dimiliki. Sapa yang dah beli tu marilah sudi2 kan komen dan bagitau apa yang bestnya ttg kereta ni..Cik Nia dah tgk Axia versi Special Edition, tapi bukan Cik Nia punya lah. Yang pasti, agak berbaloi utk dimiliki. Proton IRIZ pun apa kurangnya, menang engine kot dari Axia. 1.0 vs 1.3L, agak2 korang nak pilih yang mana?..Terpulanglah kan kepada tuan punya badan dan paling penting cek budget..Kalau bajet lebih, boleh lah pilih si IRIZ ni kan..waah, sedap namanya..Ok lah, Cik Nia nak bagi link untuk sesiapa yang nak tengok spesifikasi Proton IRIZ beserta harganya. Klik je gambar ni, pasti happy ^_^V..Semoga membantu..


http://niasuriannie.sharethisstory.net/my-680846-5830






Wednesday, 9 July 2014

Wirid Selepas Solat..

Dah lama jugak mencari wirid2 ringkas. Sebelum ni berpandukan buku yg berlainan sikit isi wirid nya..Tapi lebih kurang je..Yang kat bawah ni ada beza sikit. Utk zikir2 tu biasa ada ayat penyambungnya..Tapi kalau tak ada pun xpe. Yang penting dapat berwirid dgn ikhlas, mudah dan ringkas. Lepas tu blh tambah amalan lain kan seperti mmbaca Al-quran. Panduan wirid ini dari Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid. Sy cilok je dari sini..Semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan org lain juga..

Setelah selesai solat, ucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, istighfar 3x dan baca bacaan berikut:

1. 


Maknanya: 
Ya ALLAH, Engkaulah tuhan kesejahteraan. Daripada-Mu datang kesejahteraan, dan kepada-Mu kembali kesejahteraan. Oleh sebab itu hidupkanlah kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami ke dalam syurga darus-salam (kampung kesejahteraan). Maha berkat Engkau ya tuhan kami yang mempunyai keagungan dan kemuliaan.



2. Ayatul Kursi:

Maknanya: 
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi [161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.


3. Zikir yang diajar oleh Nabi SAW kepada Muadz bin Jabal:



4. Zikir:
33x


33x


33x


5. Baca:



KHAS untuk solat Subuh dan Maghrib: 
Selepas memberi salam dan masih dalam keadaan duduk tawarruk (duduk tahiyyat akhir), baca (bacaan 5 seperti di atas) sebanyak 10 kali. Imam Nawawi menulis di dalam kitab Al-Azkar, "Barangsiapa yang membaca ayat (5) sepuluh kali selepas Subuh dan Maghrib, sebelum mengubah posisi duduknya akan diganjar Allah SWT dengan sepuluh ganjaran, akan ditolak daripadanya 10 bala dan bencana, akan diangkat sebanyak 10 darjat, dan tiada apa-apa yang menimpa keatasnya daripada perkara yang buruk kecuali kematian". 

Baca sebanyak 7x (boleh ubah kedudukan kaki) 
 
Maknanya: Ya Allah, lindungi kami dari api neraka.

  • Sambung wirid.

6. Doa selepas solat. Contohnya dari doaharian.blogspot.com




Wallahu’alam.





Cara Isteri Memikat Suami (Islam)..

Just copy and paste from KeranaKasihNabi.

Website tersebut menyediakan pelbagai catatan Islamik yang diperolehi daripada segmen/rancangan di media massa. Terbaik!!!..Rajin2 lah menjejak ke sana yea..

Dari rancangan Tanyalah Ustaz!

Surah Al-Qadr

Para isteri, amalkan membaca surah ini dalam solat Isyak, dan baca pada malam hari sebelum bersama suami. In sha Allah akan terasa kelainan yang baik. Surah ini juga menjadi amalan wanita yang ingin kelihatan awet muda. Dalam menghadapi apa jua masalah, banyakkan bersyukur pada Allah. Isteri takkan dapat mengubah sikap suami yang tidak baik dengan sifat sabar sahaja, isteri perlu membanyakkan sifat bersyukur. Dengan sifat syukur, Allah yang akan membantu mencampakkan hidayah ke hati suami. Bersyukur dengan apa saja kebaikan yang suami berikan, walaupun sekecil mana sekalipun.


Senarai soalan dan jawapan

S: Bagaimana memikat hati suami yang sedang marah?
J: Jika lelaki sedang marah, jangan kata apa-apa. Diam sahaja dan hidangkan air kepadanya. Selawat, doakan dan hembus, “Ya Allah, lembutkan hati suamiku sebagaimana Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud”. Pahala menghidangkan air segelas untuk suami yang baru balik ke rumah lebih baik ganjarannya berbanding puasa setahun. Ketika memasak, dan membasuh beras, amalkan doa daripada hadis Qudsi yang bermaksud, “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Tuhan kami dan Tuhan mereka, hati kami dan hati mereka dalam genggaman-Mu. Sesungguhnya Engkau menguasai atas mereka”. Genggam beras dan bayangkan wajah ahli keluarga dan doakan mereka.

S: Benarkah wanita dapat memikat hati dengan masakan yang sedap-sedap?
J: Suami akan semakin sayang jika isteri masak dengan air tangannya sendiri. Isteri hari ini ramai yang nak cepat saja dan tidak berselawat langsung ketika menyediakan makanan. Sepatutnya banyakkan berselawat, berzikir dan berdoa ketika disediakan. Masak juga dengan penuh kasih-sayang. Sediakan makanan yang panas dan belum berusik untuk suami. Asingkan makanan untuk suami jika suami balik lambat. Belajar tentang selera suami daripada ibu mertua.

S: Antara suami dan isteri, siapa yang lebih patut banyak memikat?
J: Pada pandangan peribadi saya, isteri perlu lebih banyak memikat. Isteri perlu lebih mudah memaafkan.

S: Bagaimana untuk memikat hati suami yang suka merajuk?
J: Untuk memujuk selain daripada berdoa, ada beberapa cara – tulis surat cinta (sms pendek sangat). Ambil video keluarga dan pasang semula untuk mengenangkan perkara-perkara yang telah dilalui bersama keluarga.

S: Betulkah ada isteri yang menggunakan sihir untuk memikat suami?
J: Ada tapi perbuatan itu salah. Ada cara lebih mudah yang boleh diamalkan iaitu dengan menggunakan ayat Al-Quran. Contohnya:
Baca surah Al-Qadr ketika solat Isyak dan ketika ingin bersama suami
Baca surah Al-Inshirah, dan pada ayat ke-4, hembus pada tangan dan usap pada wajah hingga ke belakang. Boleh diulang 3 atau 7x.
Baca doa ketika membasuh beras seperti diajar di atas.

S: Betulkah jika suami merajuk, isteri dilaknat oleh malaikat?
J: Apa yang saya difahamkan ialah jika isteri menolak ajakan suami untuk bersama, maka malaikat akan melaknatnya dari malam hingga ke pagi hari.

S: Wajarkah seorang isteri bekerja mencari rezeki untuk memikat hati suami?
J: Wajar. Rasulullah SAW juga pernah dibantu isterinya yang kaya iaitu Siti Khadijah.





Maxi Dress Yang Cantik..

As'Salam...

Tengah surfing2 dekat facebook..trjumpa maxi dress yang nampak sangat cantik dan selesa..Walaupun xpnah lagi mencuba/membeli, setakat tengok je sy dh dapat rasa maxi dress ni selesa..Design and cutting ala2 princess sangat sesuai untuk wanita yang inginkan maxi dress..Ada some dress yang berzip di bhagian lengan utk memudahkan wudu'..So, it is so recommended pergi ke laman Facebook Rozaara.com. Tengok lah sendri design2 yang ada..Range harga mengikut kemampuan masing2..Biasalah kan maxi dress selesa macam ni mmg cecah ratus jgak..Tapi berbaloi rasanya dapat yang selesa..Tak melekat di tubuh dan tidak jarang..Lovely..Gambar di bawah merupakan salah satu dress dari Rozaara.com..ALICIA BOLD Dress..RM99 je!!!..Mesti comel kalau dapat pakai dress mcm ni. Pelbagai saiz disediakan, mungkin sesuai jga kot utk org rendah mcm saya, 1.46..hehe..Banyak lagi design lain ekslusif dari ZAWARA..












Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda..




Ini ilmu yang berguna yang harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Ingat yea, jangan lakukan perkara2 ini dalam hidup kita..In shaa Allah, kita cuba perbetulkan apa yang mnjadi kebiasaan kita selama ni. Mudah2an apa yang kita usahakan berdasarkan larangan di bawah mendapat berkat dari Allah S.W.T..


  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yg berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau 
  13. memang kita bersalah.
  14. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
  15. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  16. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  17. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  18. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
  19. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
  20. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  21. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  22. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  23. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  24. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.




Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH S.W.T itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH S.W.T dan yg buruk itu dari hambanya juga.


Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. In shaa Allah. From lmmerah..







Friday, 4 July 2014

Fenomena Kucing #KAX Sempena Piala Dunia 2014..


Tolong Klik Saya Please..^_^V




Musa..Hafiz Al-Quran Muda & Tips Mendidiknya dari Ayahnya..Subhanallah..

Diambil dari Islamedia.co                     



http://islamediaonline.files.wordpress.com/2014/07/islamedia-co-musa-anak-5-tahun-penghafal-quran.jpg?w=700


Masyarakat muslim Indonesia sangat terkesima dengan kebolehan anak kecil berusia 5 tahun setengah ini. Anak ini bernama Musa, berjaya menghafaz Al-Qur'an sebanyak 29 juz. Bahkan seorang Ulama 'Doktor Amir Faishol' yang merupakan Ahli Tafsir Al-Qur'an menangis terharu dan mencium tangan Musa sebagai tanda penghormatan.


Disebalik kejayaan Musa, ada peranan seorang Ayah Musa yang bernama La Ode Abu Hanafi. Berikut merupakan 10 TIPS mendidik dari Ayah Musa yang diambil dari dialog antara admin As-Sunnah dengan Abu Musa melalui whatsapp.


1. Cari istri solehah yang kelak akan menjadi partner anda dalam mendidik anak.

2. Tegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar kepada anak meskipun masih kecil.

3. Jauhkan dari muzik dan tontonan yang merosak.

4. Tanamkan aqidah dan tauhid kepada anak.

5. Perkenalkan kepada anak siapa ahlu sholah dan siapa ahlu maksiat.

6. Orang tua harus menjadi contoh anak.

7. Orang tua ketika amar ma'ruf dan nahi mungkar harus ada ketegasan diri mereka kepada anak-anak, contohnya ketika memerintahkan belajar, banyak orang tua yang tidak tegas. Ingat, emas tidak akan jadi mulia dan berharga kecuali setelah ditempa secara luar biasa.

8. Tentukan jadual anak seketat mungkin, bila belajar, makan, mandi, bermain, dan orang tua harus istiqamah dan jangan diremehkan dan dilanggar.

9. Jangan terlalu mempedulikan perkataan orang dalam mendidik anak kita, tetap istiqamah dan fokus pada tujuan yang ingin dicapai.

10. Walaupun ada ketegasan dalam mendidik, orang tua juga harus tetap memperlihatkan kelembutan kepada anak.