Sunday, 31 July 2011

Welcoming Ramadhan Al-Mubarak 2011 M (1432 H)..

Assalamualaikum……Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih dipinjamkan nyawa di bumi Allah yg indah ini. Entah esok, entah lusa, entah di mana lah kita. Pada ketika dan saat ini, diri ini masih berkesempatan merasakan bahang Ramadan yg bakal menjelma dalam beberapa hari saja lagi. MasyaAllah, pasti ramai yang tidak sabar-sabar lagi untuk menyambut Ramadhan yang membahagiakan..Justeru, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada keluarga dan teman sekalian. Semoga amalan-amalan mulia kita di bulan yang mulia ini diterima Allah s.w.t..Insyaallah..



Stanza Cinta: Andai Jodoh Kita..

Nukilan di kala iman masih menyedarkan..

..Jodoh itu rahsia Allah..

Andai jodoh kita,
Adakah engkau akan terima?

Andai jodoh kita,
Aku benar-benar rela.

Andai jodoh kita,
Tuhan lah yang menentukannya.

Andai jodoh kita,
Berserah hanya padaNya.

Andai jodoh kita,
Sembuh segala yang terluka.

Andai jodoh kita,
Tenang ombak bergelora.

Andai jodoh kita,
Menerimalah apa adanya.

Andai jodoh kita,
Sisihkan segala fatamorgana.

Andai jodoh kita,
Padam bara jika ada.

Andai jodoh kita,
Biar pintu hati terbuka.

Andai jodoh kita,
Kenal mengenal lah kita.

Andai jodoh kita,
Faham memahami lah kita.

Andai jodoh kita,
Pasti serasi kita.

Andai jodoh kita,
Sehaluankan jalan kita.

Andai jodoh kita,
Setialah selamanya.

Andai jodoh kita,
Itulah takdirNya.

Andai jodoh kita,
Bersyukurlah padaNya.

Andai jodoh kita,
Bawaku bersama kepadaNya.

Andai jodoh kita,
Tetapkanlah iman di dada.

Andai jodoh kita,
Ikhlaslah kita terima.

>> (Karangan bukan atas hedonisme) <<


NiaSuriAnnie

Tentang Jodoh..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Terkadang selalu menjadi persoalan…(Istighfar)…

Namun bagi aku, aku meyakini firman Allah S.W.T yang jelas di dalam 
Surah An-Nur, ayat 26 yang bermaksud..

“ Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat.
 Lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat. 
Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. 
Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik.
 Mereka (yang baik-baik itu)lepas dari tuduhan yang
 dilontarkan (oleh orang-orang yang menuduh). 
Bagi mereka keampunan dan rezeki yang baik (dalam syurga)”.

Dan Surah An-Nur, ayat 3 bermaksud..

“ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin mengahwini
 melainkan wanita yang berzina (pula) atau musyrik.
 Dan wanita yang berzina tidak ingin dikahwini melainkan
oleh lelaki yang berzina (pula) atau lelaki yang musyrik. Dan yang demikian itu
terlarang (melakukannya) kepada orang-orang beriman.”


Dalam Tafsir Al-Quran Al-Karim, oleh: Allahyarham Prof. Dr. H. Mahmud 
Yunus ini, ada keterangan yang beliau selitkan bagi ayat 26, Surah An-Nur ini.

Keterangannya: Dalam ayat 3 (di atas), telah diterangkan oleh Allah, bahawa lelaki yang penzina hanya berkahwin dengan perempuan yang penzina. Dalam ayat ini Allah menambah keterangan, bahawa perempuan yang keji itu adalah untuk lelaki yang keji, lelaki yang keji itu pula untuk perempuan yang keji. Manakala perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik pula untuk perempuan yang baik. Inilah peraturan perkahwinan dalam Islam, iaitu kedua suami isteri itu sekufu dan bersesuaian mengenai kecerdasan, kemahuan dan tingkah lakunya, agar kuat perhubungan di antara keduanya, sehingga tidak dapat diputuskan oleh penceraian, Talak.

Gambar hiasan

Tetapi, terdetik di hati suatu persoalan yang sememangnya subjektif untuk diperkatakan. Adakah perempuan atau lelaki yang baik itu kesemuanya menerima jodoh yang terbaik?. Pastinya bergantung pada amalan laki-laki atau wanita itu sendiri. Tergantung juga pada usaha dan doa tulusnya menadah tangan meminta daripada Allah S.W.T agar dipertemukan jodoh yang sebaik-baiknya. Tetapi, seseorang yang lebih arif pernah berkata, untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik, kita harus bentuk diri kita dahulu ke arah itu. Maka benarlah dan bertepatanlah dengan ayat yang diwahyukan Allah itu.

Dan tidak dinafikan, ada jodoh seorang lelaki atau wanita itu memang dari azali lagi (sejak belum berkahwin lagi) memang memiliki akhlak yang baik sehinggalah ke pengakhiran hidupnya. Atau juga mereka yang berubah menjadi pasangan yang baik kepada pasangannya yang baik itu setelah berkahwin. Ini bermakna tanggungjawab lelaki atau wanita yang baik tersebut dalam mendidik serta mempengaruhi pasangannya untuk menjadi baik telah dapat dilaksanakan dengan baik. Itu adalah ujian pada permulaan, dimana akhirnya mereka merasa hikmahnya.

Dan terkadang, Wallahualam..Mungkin orang yang baik-baik akan diuji Allah dengan permasalahan daripada pasangannya kerana Allah ingin mengangkat darjatnya ke tahap yang lebih baik dan lebih tinggi lagi. Sebagai contoh hamba Allah yang teramat sabar dengan ujianNya, iaitu Siti Asiah, seorang wanita yang baik lagi mulia, bersabar kerana memiliki suami yang kejam lagi dilaknat Allah iaitu Firaun.

Dalam hidup ini, ada juga insan yang menginsafi segala perbuatan jahatnya dan ingin berubah menjadi individu yang baik bahkan jauh lebih baik. Sesungguhnya, tiada siapa yang dapat mengubah nasib seseorang hamba Allah itu melainkan dirinya sendiri, dan semua itu adalah dengan izin atau kehendak Allah.

Sebaiknya, kita berusahalah menjadi orang yang baik agar jodoh kita juga daripada kalangan orang yang baik..Insyaallah..Ada ungkapan yang bertepatan dengan persoalan ini yang dipetik daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi, renungkanlah..Semoga bahagia jadi milik kita. Berdoalah, kerana doa boleh merubah takdir. Insyaallah, hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”



Baca selanjutnya tentang jodoh..masuk sini >> Bercerita tentang jodoh.. 


Saturday, 30 July 2011

Sedikit Renungan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Bismillahirrahmanirrahim...

Daripada aku insan yang kurang arif ini, menulis dan mencatat perkara di bawah untuk mengingatkan diri sendiri. Mungkin berguna juga buat pembaca yang singgah serta tersinggah di sini.

Kita selalu tak dapat apa yang kita inginkan, namun kita dapat apa yang kita perlukan..Kita manusia, tidak tahu apa sebenarnya yang terbaik buat kita. Boleh jadi apa yang kita suka tu tidak baik buat kita dan boleh jadi juga apa yang kita tidak suka itu sebenarnya baik buat kita. Seperti yang telah disebutkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 216 dimana potongan ayatnya bermaksud...

“ Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. Boleh jadi (juga) yang kamu sukai itu (akibatnya adalah) buruk bagimu. Allah jua yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.” _ Tafsir Al-Quranul Karim…

Oleh itu, tidak usahlah kita memiliki perasaan sedih yang terlalu jika tidak memperoleh apa yang kita mahu. Firman Allah lagi dalam Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." _ Tafsir Al-Quranul Karim…


Dan dalam Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:


"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." _ Tafsir Al-Quranul Karim…

Dalam apa jua keadaan, sedih atau gembira, jika ada urusan yang penting dalam hidup kita yang benar-benar ingin diselesaikan, mohonlah agar dapat diselesaikan Allah, mohonlah pertolongan dan memohonlah agar dipermudahkan segala urusan di dunia ini dan juga akhirat. Doa untuk memohon dipermudahkan urusan:

Amin...


Thursday, 28 July 2011

Siput Sedut @ Tuntul ..^_^V..

Assalamualaikum…Salam sejahtera…Saya nak memperkenalkan tuntul kepada pembaca..

Tuntul?..tak pernah dengar?.. Siput sedut…mesti penah dengar kan?..Rupanya seperti di bawah..


Sebenarnya tuntul ni ialah siput sedut. Tuntul bahasa yang digunakan di Sabah. Namun, tentu ada nama lain juga bagi org berbangsa lain yg saya tak tahu. Siput ni biasanya diorang kutip di tepi pantai. Ini siput laut ni. Tapi ada juga siput ni kat tepi sungai. Tuntul ni banyak di Kuala Penyu. Ia lebih banyak dijual di sekitar daerah Kuala Penyu, termasuk membakut juga Beaufort. Kurang pasti lah pula di sebelah Timur Sabah.

Isi siput ni sedikit saja. Rasanya pula boleh tahan jika kena dengan cara masaknya. Ada orang masak lemak cili api, masak kari dan sebagainya. Tapi, tuntul dalam gambar di bawah sekali adalah dimasak lemak lada kering. Boleh ikut cita rasa sendiri lah. Sebelum di masak, kena potong hujung siput yang tirus tu dahulu. Ini memudahkan isinya dikeluarkan untuk dimakan nanti. Cara mengeluarkan isinya ialah dgn menyedut hujung siput tu dahulu, jangan makan hujung isinya yang berwarna hitam, tak sedap. Kemudian, sedut di atasnya pula.

Potong hujung yang tirus ini lebih kurang seinci

Selepas itu, di atas isi tersebut ada kulit hitam yang keras (Macam topi kpd siput ni pula..^_^), haruslah dibuka kerana keras tak boleh makan. Seterusnya, silalah menjamu selera. Boleh dimakan bersama nasi atau makan kosong begitu saja.

Isinya setelah disedut keluar

Tambahan, kalau nak makan siput ni, kena tengok keadaan laut dulu tau. Kalau ada Red Tied (Air laut jadi kemerahan), siput ni boleh dikatakan beracun, bertoksik. Berisiko besar kalau makan, nanti rasa macam nak terputus urat saraf. Be Careful!!!..Alhamdulillah, setakat ini, Ok ja..^_^

>> Maaf yea jika gambar kurang jelas <<

Susah eh nak makan ??? ..^_^..

Ketika Cinta_Datuk Siti Nurhaliza (OST Perempuan Berkalung Sorban)..

Assalamualaikum buat pengunjung..
Semalam, saya menonton filem Perempuan Berkalung Sorban (Filem Indonesia).. 


Berkumandang pula lagu ini. Lagu ini lagu Ketuhanan sebenarnya, bukan lagu cinta pada makhluk. Indah dihayati sesudah benar-benar difahami..

Lirik :~


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Berpadu qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Berpadu qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Ketika cinta memanggilku

Link lagu ini di Youtube..(Ketika Cinta_Siti Nurhaliza)

Thursday, 30 June 2011

Pesan Imam Al-Ghazali..

Assalamualaikum...pesanan ini mungkin tidak semua orang tahu termasuklah diri ini. Pernah terdengar tapi masih samar. Kali ini, diri menemui pesanan ini. Terselit dalam sebuah cerpen. Syukur kerana terbaca pesanan ini. Sebagai perempuan, ku mohon dijauhkan perkara atau sifat-sifat sebegini dari diri ini. Sememangnya orang yang berilmu agama pernah mendengar dan tahu benar akan perkara ini. Wahai aku dan sahabat2ku yang perempuan@wanita, jangan jadi 
(Yang Dihindari) seperti perempuan2 di bawah ini..InsyaAllah..



..PESANAN BUAT LELAKI.. 

Jangan engkau kahwini perempuan yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah, dan yang Syadaqah..

Perempuan Ananah, perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu. Juga pada setiap saat dia memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Perempuan Mananah, perempuan yg suka membangkit-bangkit terhadap suami. Perempuan ini sering menyatakan “aku membuat ini kerana kamu”.

Perempuan Hananah, perempuan yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (atau bekas teman lelakinya) yg dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya drpda suami yang lain.

Perempuan Hadaqah, perempuan melemparkan pandangannya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya utk membelinya.

Perempuan Baraqah, perempuan yang sepanjang hari mengilatkan dan menghiaskan mukanya, atau apabila dia marah ketika makan, dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Perempuan Syadaqah, perempuan yang banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Nauzubillahiminzallikh..
Ya Allah, semoga Engkau jauhkan semua ini daripada diriku..Amin..

..NiaSuriAnnie..

Tuesday, 21 June 2011

Terima Kasih Kawan..

Assalamualaikum..

You are my first follower..Pendekar Macho..Thank You Very Much..

Pendekar Macho @ Murniyanti 
(My ex-classmate in Labuan Matriculation College, H3T21)

Seperti yang saya pernah katakan, saya tak kisah pon kalau xda follower..saya tetap happy..^_^..(Kenyataannya, saya mmg  tak banyak teman blog @ blogger)..Walaubagaimanapun, blog saya tempat saya CurHat (curah hati..^_^..)..Tidak semestinya berkenaan soal hati sahaja, tapi banyak perkara yang saya rasa nak bebel or kongsi, saya post lah..Thanks kpd yg sudi melayan tulisan atau cedokan saya..
Tqvm..


..NiaSuriAnnie..

Friday, 10 June 2011

Ada Apa Pula Dengan Wanita?..

Assalamualaikum..Pada entri sy yg lepas, Ada apa dengan lelaki..semuanya berkenaan lelaki, kali ini adalah berkenaan wanita pula..Sama seperti apa yg sy katakan pada entri itu, tidak semestinya semua fakta ini benar mengenai sesorang lelaki ataupun wanita itu..Setiap org mempunyai perwatakan dan ciri2 masing-masing yang berbeza. Kemungkinan fakta ini ada benar dan ada juga tidak. Oleh itu, terpulang pada pembaca untuk menilainya..Inilah sekadar fakta mengenai insan bernama WANITA..Fahamilah..^_^..



1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. Mereka lebih banyak meluahkan rasa dengan lagu2 yg sedia ada. Contoh: Aku Cinta Padamu (Siti Nurhaliza)..^_^

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kepada lelaki: Sendiri mau ingat..

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam. Persahabatan akan mengeratkan lagi hubungan.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat. Kasih sayang ikhlas yang paling penting. Kalau tidak mengasihi wanita itu dengan bersungguh, terus terang saja, jgn main2, buang masa, pergilah jauh2 darinya. Sama seperti lelaki jujur, wanita jujur dan berakhlak mulia tidak suka dipermainkan.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dan mencintainya dengan sepenuh hati. 

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

>> Namun, janganlah pandang enteng atau pandang mudah tentang wanita. Wanita bukan makhluk tuhan yang diciptakan untuk menyenangkan lelaki semata-mata. Kita, Lelaki dan Wanita sama2 diciptakan Allah S.W.T untuk menjalankan segala amal ibadat yang diperintahkanNya. Semoga kita sentiasa menyedari tanggungjawab kita yang sebenarnya sebagai manusia di muka bumi ini. InsyaAllah..


(Ini)..Dari sini saya mengambilnya..^_^..Fakta Umum ini tidak salah untuk dicatatkan seterusnya dikongsikan..

Monday, 6 June 2011

Panduan Pemakanan Sihat Kurang Kolesterol..

Panduan Pemakanan  Malaysia untuk warga emas terutamanya..

Info2 sihat ini adalah dari (sini)..Banyak info mengenai kesihatan, baik untuk rakyat Malaysia khususnya..


1. Makan Pelbagai Jenis Makanan
- Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
- Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
- Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.

2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan 
    Aktiviti Fizikal  
- Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
- Kekalkan berat badan unggul.
- Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang2nya sekali dalam sebulan.
- Kira berat badan unggul anda dengan mengggunakan formula
  Indeks Jisim Tubuh (BMI) :  Body Mass Index

BMI =                  Berat (kg)            
                  Tinggi ( m ) x Tinggi ( m ) 


Jika BMI anda ialah:

< 18.5                    :      (Anda Kurang berat badan)
18.5 hingga < 25    :      (Berat badan Anda normal)
25 hingga < 30       :      (Anda Berlebihan berat badan)
30 atau lebih           :     (Anda mengalami Kegemukan atau obesiti)

3. Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil Bijirin Dan Kekacang 
- Sumber tenaga utama perlulah daripada sumber bijirin penuh.
- Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat kompleks dan juga sumber serat yg baik.
- Sila rujuk Piramid Makanan. (Updated. Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM)


Klik untuk lihat lebih jelas


4. Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-sayuran 
- Sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat.
- Sumber terbaik antioksida.
- Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan jangkitan kuman.
- Serat dapat mengelakkan sembelit.

5. Pilih Makanan  Rendah  Lemak dan Kolesterol 
- Lemak menyumbangkan lebih tenaga berbanding karbohidrat dan protein. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan lemak dalam makanan anda. 

>>Panduan untuk mengurangkan pengambilan lemak :
- Buang lemak dan kulit pada ayam dan daging sebelum masak.
- Gunakan sedikit minyak semasa memasak.
- Rebus, panggang, kukus dan menggunakan ketuhar gelombang mikro ('microwave') adalah lebih baik daripada menggoreng. 
- Gunakan susu tanpa lemak atau santan cair dalam masakan anda. 

>>Panduan untuk mengurangkan pengambilan kolesterol :
- Organ dalaman (hati, pedal, jantung, otak), makanan laut (ketam, udang,sotong) dan kuning telur adalah makanan tinggi  kolesterol. Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilannya.
- Ikan dan hasil soya (tauhu, tempeh) adalah rendah kolesterol. Jadikan makanan ini sebahagian dalam hidangan anda.

6. Pilih Makanan Rendah Gula Dan Garam 
Gula membekalkan kalori. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda. 

>> Kurangkan pengambilan gula dalam:
- Minuman
- Masakan
- Pencuci mulut. Gantikan pencuci mulut yang manis dengan buah-buahan segar

>> Kurangkan pengambilan garam dengan :
- Mengurangkan makanan terproses atau diawet. Pilih makanan segar.
- Kurangkan makanan tinggi garam ( Rujuk Jadual Kandungan Garam Dalam Makanan).
- Kurangkan garam, kicap, sos tiram dan sebagainya dalam masakan. Gantikan dengan herba dan rempah-ratus bagi menyedapkan masakan anda.
- Elakkan snek tinggi garam seperti kacang yang mengandungi garam dan kerepek kentang.

7. Minum Banyak Air 
- Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air dalam sehari walaupun anda tidak berasa dahaga bagi mengelakkan sembelit dan kekurangan cecair dalam badan.
- Pengambilan air adalah dalam bentuk air kosong, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran dan sup.

8. Ambil Makanan Yang Bersih Dan Selamat 
- Ambil makanan sebaik sahaja dimasak dan elakkan makanan anda terdedah lebih daripada dua jam.
- Basuh tangan anda dengan air bersih dan sabun sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
- Sekiranya anda makan di luar, pilih premis atau gerai makanan yang bersih.

Panduan setakat 14 Julai 2006....

Petua dari PetuaNenek.com mengenai Bagaimana Mengekalkan Paras Kolesterol yang Sihat:

- Kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu.
- Kurangkan pengambilan makanan tinggi kolesterol, contohnya hati dan some mkanan laut.
- Kurangkan makan makanan yang tinggi gula dan karbohidrat ringkas yg lain.
- Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Untuk membntu elakkan pemendapan dn mmudahkan penyingkiran lemak, blh la ambil lecithin.
- Senaman blh bantu turunkan kolesterol kerana HDL(High Density Lipoprotein a.k.a kolesterol baik) boleh ditingkatkan dengan menurunkan kolesterol total..
- Kepada peminum alkohol, jgn ambil secara berlebihan, kerana ia blh menurunkan paras HDL seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung. Bagi yg Muslim: ELAKKAN ALKOHOL..HARAM!!!

>> Panduan ini amat berguna agar kita dapat menjaga kesihatan sentiasa. Namun, harus diingat, gaya pemakanan manusia sememangnya berubah2 mengikut peredaran masa. Banyak makanan2 baru yg dimodifikasi bagi memenuhi keperluan pemakanan manusia sejagat. Kita harus tahu apa makanan yang elok untuk diri kita sendiri. Dengan mengikuti dan mempelajari serba sedikit tentang pemakanan, anda pasti OK! Apa yang penting ialah 'updatekan' diri anda sentiasa dengan info2 sihat secara berterusan. Bersama kita amalkan gaya hidup sihat. Anda Sihat Jiwa Selamat..Sekian..^_^..


NiaSuriAnnie........

Pantun Cik Adek Cik Abang..

Teringat....lalu menulisnya sebagai kenangan..^_^..

Cik Adek >>   Kalau Abang pandai melukis,
                        Lukiskan aku ikan yu,
                        Kalau Abang tahu bahasa inggeris,
                        Apa maknanya I Love You.

Cik Abang >>  Abang tak tahu bahasa inggeris,
                         Hanya ku tahu I Love You,
                         Walaupun hanya sebaris,
                         Namun ku tahu Aku Cinta Kamu.

Pantun cik adek itu ada pengarangnya, namun saya tidak tahu siapa, cuma pernah terdengar dan terhafal melalui siaran radio dulu..Pantun cik abang pula dikarang oleh seseorang sebagai balasannya terhadap pantun yang diucapkan oleh cik adek..Sweet kan..(pantun tu)..Simple Tapi Jujur!..

Peringatan: ~ Semua org ada pengalaman cinta masing2, tak kira siapapun kita, pasti punyai rasa cinta terhadap manusia. Namun cinta yang paling besar dan teragung adalah pada Dia yang Maha Esa. Dialah cinta Pertama dan Utama..

Saturday, 21 May 2011

Ada Apa Dengan Lelaki?..

Assalamualaikum...Sukacita lagi utk berkongsi pembacaan saya..perkara ini menarik, mungkin amat diperlukan oleh wanita2 di luar sana. Fakta-fakta ilmu ini saya ambil dari sebuah web, hasil tulisan seseorang yang saya sendiri tidak tahu. Mungkin ramai yang telah mengongsikan ilmu berguna ini di laman2 web atau blog2 mereka..Namun bagi saya, setiap ilmu wajib dikongsikan. Big credits n tqvm to the writer..

Inilah dia Fakta Tentang Insan Yang Bernama LELAKI..Mungkin kebenarannya bukan pada semua insan ini..Bacalah, hayatilah, praktikkanlah dan berhati-hatilah..^_^..

1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

 2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

 3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

 4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

 5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

 6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

 7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

 8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

 9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

 10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

 11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

 12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

 13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

 14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

 15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

 16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

 17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

 18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

 19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

 20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

 21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

 22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

 23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

 24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

 25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

 26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

 27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

 28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

 29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

 30. Bukan wanita saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, lelaki juga selalu bergosip.

 31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

 32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

 33. Boleh saja membuat lelaki penasaran (ingin tahu) pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

 34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

 35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

 36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

 37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

 38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya. Mungkin tak salah utk anda setakat menyabarkan dia, sokong dia secara positif.

 39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

 40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

 41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

 42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan. Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

 43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

 44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.

 45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

 46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

 47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

 48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

 49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

 50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.


>> Seperti yang telah saya katakan, mungkin tidak semua lelaki bersifat sebegini, namun jika semuanya benar..Bersiap sedialah WANITA..Semoga wanita sentiasa bahagia sepanjang hayatnya..InsyaAllah..^_^..