Friday, 20 May 2011

Sahabat Dunia Akhirat..

Bismillahirrahmanirrahim...





Assalamualaikum...kepada sesiapa yang menjengah atau terjengah blog saya ini, tidak mengapa. Salam buat anda. Setelah merenung dan meneliti gambar di atas (walaupun hanya lukisan kartunis hebat), namun melaluinya kita dapat terbayang realitinya iaitu perkahwinan. Apa yang ingin diterjemahkan pelukis ialah suatu sinar kebahagiaan di antara kedua pasangan ini. Kebahagiaan sebenar yang hanya dapat diraih apabila kita melaksanakan perkahwinan itu kerana Allah S.W.T..Rumah tangga yang dibina pasti bahagia secara berpanjangan dan berkekalan dunia sampai akhirat. 

Diri ini sebenarnya teruja untuk mencari pasangan sejati, yang mmg ditakdirkan utk saya, dan sememangnya dialah jodoh diri ini dari dunia sampai akhirat sana. Saya sedar, saya masih muda, masih banyak yang saya perlu pelajari dan fahami, terutamanya ilmu Islam dan juga ilmu rumah tangga. Selain itu, diri ini juga masih menuntut ilmu dunia. Kita perlu seimbang dunia dan akhirat. Oleh itu, saya memperingatkan diri ini agar tidak mengabaikan ilmu dunia dan mempertegaskan bahawa ilmu yang utama yang kita cari di dunia ini adalah ilmu akhirat. Saya masih belajar, belajar, dan belajar. InsyaAllah dengan berkat dan izinNya saya akan dapat mempelajari semua ini dengan mudah dan tenang. 

Semoga Tuhan memberikan kita sebagai muslim yang sejati pasangan yang beriman dan beramal soleh. Sebagai pendamping kita, pembimbing kita dalam menjalani kehidupan ini. Bersama2 berjuang untuk mendekatkan diri kepadaNya. Dan semoga dialah sahabat sejati kita dunia dan juga akhirat sana..Amin..InsyaAllah..

..Syukran Jazilan..

..^_^..(NiaSuriAnnie)..^_^..



No comments:

Post a Comment