UPDATED..Latest 2012..
|
..súper delicioso.. |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Saya sekali lagi
membuat post berkenaan kos ini (Pengajian Makanan)..Bila tgk statistik, ramai
pula yang review post
Pengajian Makanan yang lepas..Jadi, saya tak nak ada yang
konfius2 ttg kos ni..Adek2 yang review saya punya post sebelum masuk kos ni dah
pun memulai sesi pembelajaran tahun ini pada September lepas..Saya punya review
yg dulu adalah mengenai subjek2 dan juga opsyen2 yang ada dalam kos ni untuk
batch saya dan sebelum saya..Rupanya Fakulti Sains dan Teknologi Makanan telah
mengubahsuai kos Pengajian Makanan ini untuk pelajar batch selepas saya
(Tahun-2 sekarang) dan juga junior (Tahun-1 sekarang)..Sebelum tu, mohon maaf andai info2 yg sy postkan ini tidak sahih..Insyaallah betul, sebab ada tanya2 jugak dengan junior..
Untuk mereka yang Tahun-2 sekarang, Khusus untuk mereka
sahaja, satu-satunya Program Pengajian Makanan yang tiada subjek masak-memasak..Mereka
hanya diberi pilihan samada memilih opsyen Management (Pengurusan) ataupun
Marketing (Pemasaran). Mungkin ada sebab2 tertentu kot..Saya juga tak pasti..So,
pasti ada dikalangan mereka yang minat masak memasak tu kecewa tak dapat merasa
subjek tu yea..Mereka just menjadi pelajar2 yang berlandaskan operasi makanan, kualiti
makanan, bisnes makanan dan lain2.
Untuk mereka yang Tahun-1 sekarang, Khusus untuk mereka dan
onwards (maybe), maksudnya mungkin untuk pengambilan yang akan datang juga
begini..Saya pun tak faham kenapalah mereka suka tukar2 kan, kesian budak2 yang
bercadang nak ambik kos ni..Kali ini ada Program baharu iaitu Program
Pengurusan Perkhidmatan Makanan (PPM)..Program Pengajian Makanan pun still ada
lagi..Cuma kali ini, mereka dah tak payah nak pilih opsyen2 dah time Tahun
Ke-2..
Senang cerita, siapa yang ambil Pengajian Makanan akan belajar pengurusan
makanan, dan bisnes macam tu, tanpa masak memasak..Dan bagi mereka yang ambil
kos PPM tu, mereka akan belajar pengurusan, perkhidmatan makanan beserta
masak2..Details tentang subjek2 dalam kos-kos tersebut tak dapat saya nak
terangkan dengan lebih lanjut kerana banyak perubahan subjek yang telah dibuat..Banyak
beza from ours in the third year..
Don’t Give Up..Choose the Best, be the Best..Pengajian
Makanan best sebenarnya, akan belajar banyak benda yang dapat membentuk
kemahiran pelajar untuk diaplikasikan di luar bidang ini. Harap dapat gambaran
lah tentang kos ni yea..Oh, jangan lupa, Fakulti Sains Dan Teknollogi Makanan
UPM ada Program Sains Dan Teknologi Makanan..Kos ini untuk mereka yang sangat
berminat bermain dengan makanan di dalam makmal..^_^..
Mucha gracias for coming..