Sunday, 8 April 2012

Sekuat Mana Pun Cinta Mu..



/\ /\
 .||     ||.
SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...
SELAMA mana kita bertahan bersamanya...

Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai. Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya .... kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. Seperti dalam firman ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA

 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." (Qs.Al-Baqarah:216) 




 Sumber: Kembang Anggrek

Saturday, 7 April 2012

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam..



..Just want to share with you all what I read and Agree with it..

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM


"Jika kamu memohon pada Allah untuk bersama sesorang hingga ke syurga, maka itulah cinta yang sesungguhnya"

 Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

 

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


To Man:
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)




Sumber: Facebook Realiti Fantasi

Saturday, 24 March 2012

Cari Ketenangan_ Achik & Siti Nordiana..

Baru terjumpa lagu ini..memang tepat liriknya untuk orang-orang yang ada cinta pertama tapi tak dapat bersama..Nauzubillahiminzalikh, pedih kalau mengalaminya, semoga dijauhkan dan dipelihara Allah cinta yang benar2 tulus suci..

Al-Fatihah untuk arwah Achik Spin..

-:Lirik:- 

(L) Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan
Apa yang terjadi
Itu semua lumrah hidup di dunia
Kadang bergembira
Kadang terseksa
(P) Mengapa masih begini
Sukar untuk dilupakan
Jiwa semakin terganggu
Dan terseksa
Chorus
(L/P) Haruskah aku
Bermain dengan perasaan yang terluka
Adakah ku masih cinta
Atau pun hanya merindu
Walau ku tahu
Kita sudah tidak bersatu hati lagi
Mungkin ini akibatnya
Cinta pertama buatku
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Chorus
(L/P) Haruskah aku
Bermain dengan perasaan yang terluka
Adakah ku masih cinta
Atau pun hanya merindu
Walau ku tahu
Kita sudah tidak bersatu hati lagi
Mungkin ini akibatnya
Cinta pertama buatku
 (L) Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
(P) Pabila hatiku
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan

Sunday, 4 March 2012

Lelaki Jujur..


.....Tolong Ingatkan Aku.....

" ORANG YANG SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
MAKA AKAN POSITIFLAH SELURUH KEHIDUPANNYA,
INSYAALLAH "

Jika seorang lelaki bertekad serius dengan kamu, dia akan meminta izin dan restu orang tua kamu untuk berteman dengan kamu..Dan dia sedar dan tidak menganggap restu itu sebagai lesen untuk dia bebas lakukan apa sahaja dengan kamu..Dia tidak lupa ketika berteman dengan kamu, keikhlasannya adalah kerana Allah..Lelaki ini adalah orang yang kukuh hati, tetap imannya..Tentu saja niatnya adalah untuk menerima kamu seadanya dan memperisterikan kamu wanita..Dalam hidup ini kita selalu memberi kasih sayang dan cinta, ada yang mengharapkan balasan, ada juga tidak kerana ikhlas semata-mata..Ada kata-kata bahawa biarlah kita menunaikan sesuatu sama ertinya dengan memberi sesuatu dengan rela hati, bukannya menuntut sama ertinya dengan mengharapkan balasan atas sesuatu yang kita beri..Dalam soal jodoh, serahkanlah pada Allah segalanya..Allah akan mempertemukan kita dengan jodoh kita..Mudah2an tiada resah yang tidak sepatutnya wujud dalam hati..

..Semoga menjadi peringatan buat kita.. 

Kamu yang ku nanti