Sunday, 8 April 2012

Sekuat Mana Pun Cinta Mu..



/\ /\
 .||     ||.
SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...
SELAMA mana kita bertahan bersamanya...

Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai. Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya .... kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. Seperti dalam firman ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA

 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." (Qs.Al-Baqarah:216) 




 Sumber: Kembang Anggrek

Saturday, 7 April 2012

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam..



..Just want to share with you all what I read and Agree with it..

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM


"Jika kamu memohon pada Allah untuk bersama sesorang hingga ke syurga, maka itulah cinta yang sesungguhnya"

 Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

 

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


To Man:
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)




Sumber: Facebook Realiti Fantasi

Saturday, 24 March 2012

Cari Ketenangan_ Achik & Siti Nordiana..

Baru terjumpa lagu ini..memang tepat liriknya untuk orang-orang yang ada cinta pertama tapi tak dapat bersama..Nauzubillahiminzalikh, pedih kalau mengalaminya, semoga dijauhkan dan dipelihara Allah cinta yang benar2 tulus suci..

Al-Fatihah untuk arwah Achik Spin..

-:Lirik:- 

(L) Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan
Apa yang terjadi
Itu semua lumrah hidup di dunia
Kadang bergembira
Kadang terseksa
(P) Mengapa masih begini
Sukar untuk dilupakan
Jiwa semakin terganggu
Dan terseksa
Chorus
(L/P) Haruskah aku
Bermain dengan perasaan yang terluka
Adakah ku masih cinta
Atau pun hanya merindu
Walau ku tahu
Kita sudah tidak bersatu hati lagi
Mungkin ini akibatnya
Cinta pertama buatku
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Chorus
(L/P) Haruskah aku
Bermain dengan perasaan yang terluka
Adakah ku masih cinta
Atau pun hanya merindu
Walau ku tahu
Kita sudah tidak bersatu hati lagi
Mungkin ini akibatnya
Cinta pertama buatku
 (L) Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
(P) Pabila hatiku
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan

Sunday, 4 March 2012

Lelaki Jujur..


.....Tolong Ingatkan Aku.....

" ORANG YANG SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
MAKA AKAN POSITIFLAH SELURUH KEHIDUPANNYA,
INSYAALLAH "

Jika seorang lelaki bertekad serius dengan kamu, dia akan meminta izin dan restu orang tua kamu untuk berteman dengan kamu..Dan dia sedar dan tidak menganggap restu itu sebagai lesen untuk dia bebas lakukan apa sahaja dengan kamu..Dia tidak lupa ketika berteman dengan kamu, keikhlasannya adalah kerana Allah..Lelaki ini adalah orang yang kukuh hati, tetap imannya..Tentu saja niatnya adalah untuk menerima kamu seadanya dan memperisterikan kamu wanita..Dalam hidup ini kita selalu memberi kasih sayang dan cinta, ada yang mengharapkan balasan, ada juga tidak kerana ikhlas semata-mata..Ada kata-kata bahawa biarlah kita menunaikan sesuatu sama ertinya dengan memberi sesuatu dengan rela hati, bukannya menuntut sama ertinya dengan mengharapkan balasan atas sesuatu yang kita beri..Dalam soal jodoh, serahkanlah pada Allah segalanya..Allah akan mempertemukan kita dengan jodoh kita..Mudah2an tiada resah yang tidak sepatutnya wujud dalam hati..

..Semoga menjadi peringatan buat kita.. 

Kamu yang ku nanti

Monday, 30 January 2012

U Me Aur Hum..

U Me Aur Hum (You me and us)....April 2011....

Sebuah cerita Bollywood..Dilakonkan oleh Ajay Devgan dan juga isterinya Kajol Devgan..Sapa peminat Bollywood tu memang kenal la diorang ni..

Ceritanya boleh meruntun hati dan jiwa..kisah sang isteri yang mengidap penyakit Alzheimer, sering lupa apa yang berlaku..Tapi sang suami dengan penuh kasih sayangnya tabah menjaganya tanpa berniat untuk meninggalkannya walapun keadaan memaksa dia menitip isteri tercintanya di pusat jagaan, namun dia sedar akan janjinya untuk sentiasa menjaga isterinya lalu mengambilnya kembali dari pusat jagaan itu dan menjaganya sendiri sehinggalah dia berjaya menunaikan janjinya untuk meraikan perkahwinan mereka yang ke 25 di atas kapal (cruise)..Saksikan lah cerita ini andai berminat..Download from any source that you found ^_^..I'm not sure the source because I just watch it from Zee Tv..^_^..Maybe in Youtube..

..Satu ungkapan yang menarik..
"Saya pernah terjumpa dengan seseorang yang tak pernah dapat saya lupakan, 
semasa saya berjalan di sini"..

>> Sometimes the greatest journey is the distance between two people <<




Terlalu Cinta_The Nunung CS..


~ LoVe ThIs SoNg ~

Bila ku terlalu cinta
Bila ku terlalu sayang
Aku pasti
Sakit hati

Bila ku terlalu rindu
Bila ku terlalu mau
Mungkin aku
Kan mengadu
Karenamu

Bila ku terlalu melampauimu
Pasti mudah terjatuh
Seharusnya tak terlalu tinggi
Bilaku terlalu menyayangimu
Ku takut kau menjauh
Sepatutnya 
Sewajarnya saja

Pernahku terlalu cinta
Dahulu
Pernah ku terlalu sayang
Cinta mati
Sakit hati
Karenamu

Bila ku terlalu melampauimu
Pasti mudah terjatuh
Seharusnya tak terlalu tinggi
Bilaku terlalu menyayangimu
Ku takut kau menjauh
Sepatutnya 
Sewajarnya.. saja

Bila ku terlalu melampauimu
Pasti mudah terjatuh
Seharusnya tak terlalu tinggi
Bilaku terlalu menyayangimu
Pasti mudah tejatuh
Sepatutnya..
Sewajarnya..
Seharusnya..
Semestinya.. saja






Friday, 27 January 2012

Ya Sudahlah..



Ada ayat2 lagu ni sepertinya buat seseorang berfikir untuk berhenti berharap dan berhenti berusaha..
~Ya Sudahlah~

Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah

(Ok)

Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah

(Baik)

Saat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat ya sudahlah

(Sedih)

>> Tapi korusnya best....

Apa pun yang terjadi
Ku kan selalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be okay

(Cuba Senyum)

Smile Willingly


Nak lirik lagu ni..Masuk sini >> YA SUDAHLAH


Wednesday, 18 January 2012

Melangkah..

--<@Salam@>--


Tiba masanya cuti..
Pulang ke rumah sendiri..
Nyaman rasa di hati..
Sibuk-sibuk memperbaiki..
Laman ku ini..
Entah apa yang jadi..
Tak rajin nak fikir lagi..
Susah nak cari idaman hati..
Biarlah macam ni..
Melangkah untuk memperbaiki..
Bukan untuk mengulangi..
Sesuatu yang tak disenangi..
Bukan senang mempelajari..
Sesuatu yang baru dijumpai..
Sabar itu harus dimiliki..
Apa yang pasti..
Bila berjaya nanti..
Bahagia diri sendiri..
Cuba lah lagi..
Malas sila jangan menular dalam diri..