Post ini khas untuk adek2 yang ingin memasuki universiti satu hari nanti. Fokus kpda sesiapa yang berminat tentang kos2 yg berkaitan makanan. Post di bawah adalah untuk kemasukan 2010 dan sebelum2nya..
Aku hanya ingin menyampaikan informasi kepada sesiapa yang berminat..okeh..
Anda akan bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengajian Makanan) setelah tamat belajar dalam kos ini. Anda harus mengetahui bahawa kos ini menawarkan subjek-subjek sains makanan dan kemudiannya, pada tahun kedua, anda diwajibkan memilih salah satu daripada dua opsyen yang ditawarkan iaitu:
1. Pengkhususan Pengurusan Makanan
2. Pengkhususan Perkhidmatan Makanan
- * Sebarang perubahan adalah hak fakulti tersebut…
Bagi anda yang berminat, kelayakan untuk memasuki kos (program) ini ialah:
- Anda lepasan Asasi sains tahun semasa
- Anda lepasan Matrikulasi sains (hayat/fizik) tahun semasa
- Anda lepasan STPM jurusan sains
- Anda lepasan Diploma yang berkaitan dengannya…
- Dan lain-lain yang aku tak tahu..
Pointer minimum ialah 2.5 rasanya..bagi lepasan diploma 3.0 above selalunya..
Sebelum memohon, sila pastikan anda benar-benar meminati bidang ini dan teliti pada pengkhususan yang ditawarkan. Anda perlu berhati-hati supaya tidak silap memilih macam orang yang menulis ini.
Mari orang ini share sikit tentang subjek2 dalam bidang ini..Ini penting untuk adek2 yang membaca post ini (maybe one day). Tapi tak semua lah dapat diberitahu secara detail yea, tak nak bagi down kamu..
(Beruntunglah pada mereka yang mempunyai internet connection di rumah, aku dulu tak ada, sebab itulah jadi macam ni)..sekarang zaman dah berubah, dunia dah maju..semua orang dah kaya sekarang..ok, lets go…
Antara subjek sains makanan:
- Pemakanan (asas2)
- Prinsip pemprosesan dan pengawetan makanan
- Mikrobiologi dan keselamatan makanan
- Kimia dan fungsi ramuan makanan
- Pengurusan kualiti makanan
- Kimia dan teknologi hasilan tumbuhan dan haiwan
Ada beberapa lagi yang berkaitan sains…..
Opsyen pula:
1. Pengurusan makanan (Kalau minat sangat belajar akaun, pemasaran,
pengurusan bisnes dan perniagaantani, ambillah opsyen ni)
2. Perkhidmatan makanan (Kalau minat sangat memasak, merancang menu,
suka makanan2 barat, dan suka urus restoran, ambillah opsyen ni)
Peluang pekerjaan banyak kat luar, Cuma usaha yang akan menentukan kejayaan kita..Sesungguhnya rezeki itu Allah yang beri..
Aku ambil pengurusan makanan..bukan sebab minat..otak aku bukan otak bisnes, aku tak minat urus restoran apatah lagi menjadikan ‘memasak’ sebagai subjek, sebab aku lebih suka masak ikut suka je, tak mau lah masak terlalu nak perfect ni..Dua2 opsyen ni aku tak mau..Takda siapapun paksa aku, tapi aku kena terima juga salah satu, akhirnya aku pilih lah yang tu..Sekarang aku masih lagi cuba untuk menerima opsyen ini..Ya, ingat pesan mama bapa yani!.
Sebenarnya, dah lama aku nak cerita tentang kos ni, tapi baru terbuka hati nak cerita..Aku segan sebenarnya, tapi sampai bila?..Nak tukar kos pun fakulti tak bagi..Baiknya mereka kan..Fine, mungkin ini ujian tuhan untuk aku lagi..Cik NSA kena terima hakikat..
>> Ok lah, ini ada lagi kos yang berkaitan makanan sebenarnya..
Antara yang ada kat UPM:
- Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (Berbeza dengan Pengajian
Makanan) sebab mereka fully belajar sains dan teknologi makanan
kecuali yang ambil opsyen keusahawanan,mereka belajar sedikit
mengenai marketing, akaun dan keusahawanan..
- Bacelor Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti (Ini sains kesihatan,
boleh jadi pegawai sains zat makanan kat KKM, ditempatkan di klinik2 yang
ada unit kesihatan keluarga dan boleh juga di Jabatan Kesihatan Negeri.
Banyak peluang kerja, dalam industri pun boleh. Mereka belajar sains
pemakanan, cara pengambilan makanan yang sihat dengan lebih mendalam
supaya masyarakat sihat dan tidak diserang penyakit.
“Prevention is better than Cure” right?)
- Bacelor Sains Dietetik (Ini juga sains kesihatan, belajar pemakanan secara
mendalam, tetapi tempat mereka khusus di hospital. Mereka berkait rapat
dengan perubatan sebab mereka bertanggungjawab merancang pemakanan
pesakit2 yang dirawat di hospital. Mereka “Cure patient through nutrition”.
Mereka bekerja bersama doktor. Mereka juga boleh bekerja di industri2
makanan).
>> Baiklah, apapun, semua cubaan ini telah menambahkan serba sedikit pengetahuan aku..Sampai sini sahaja aku nak kongsi..Semoga adek2 nanti tak salah pilih dan Semoga Berjaya dalam bidang yang diminati yea…InsyaAllah..<<
…^_^…