Panduan Pemakanan Malaysia untuk warga emas terutamanya..
Info2 sihat ini adalah dari
(sini)..Banyak info mengenai kesihatan, baik untuk rakyat Malaysia khususnya..
1. Makan Pelbagai Jenis Makanan
- Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
- Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
- Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.
2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan
Aktiviti Fizikal
- Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
- Kekalkan berat badan unggul.
- Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang2nya sekali dalam sebulan.
- Kira berat badan unggul anda dengan mengggunakan formula
Indeks Jisim Tubuh (BMI) : Body Mass Index
BMI = Berat (kg)
Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )
Jika BMI anda ialah:
< 18.5 : (Anda Kurang berat badan)
18.5 hingga < 25 : (Berat badan Anda normal)
25 hingga < 30 : (Anda Berlebihan berat badan)
30 atau lebih : (Anda mengalami Kegemukan atau obesiti)
3. Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil Bijirin Dan Kekacang
- Sumber tenaga utama perlulah daripada sumber bijirin penuh.
- Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat kompleks dan juga sumber serat yg baik.
- Sila rujuk Piramid Makanan. (Updated. Sumber: Bahagian Pemakanan,
KKM)
|
Klik untuk lihat lebih jelas |
4. Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-sayuran
- Sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat.
- Sumber terbaik antioksida.
- Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan jangkitan kuman.
- Serat dapat mengelakkan sembelit.
5. Pilih Makanan Rendah Lemak dan Kolesterol
- Lemak menyumbangkan lebih tenaga berbanding karbohidrat dan protein. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan lemak dalam makanan anda.
>>Panduan untuk mengurangkan pengambilan lemak :
- Buang lemak dan kulit pada ayam dan daging sebelum masak.
- Gunakan sedikit minyak semasa memasak.
- Rebus, panggang, kukus dan menggunakan ketuhar gelombang mikro ('microwave') adalah lebih baik daripada menggoreng.
- Gunakan susu tanpa lemak atau santan cair dalam masakan anda.
>>Panduan untuk mengurangkan pengambilan kolesterol :
- Organ dalaman (hati, pedal, jantung, otak), makanan laut (ketam, udang,sotong) dan kuning telur adalah makanan tinggi kolesterol. Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilannya.
- Ikan dan hasil soya (tauhu, tempeh) adalah rendah kolesterol. Jadikan makanan ini sebahagian dalam hidangan anda.
6. Pilih Makanan Rendah Gula Dan Garam
Gula membekalkan kalori. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda.
>> Kurangkan pengambilan gula dalam:
- Minuman
- Masakan
- Pencuci mulut. Gantikan pencuci mulut yang manis dengan buah-buahan segar
>> Kurangkan pengambilan garam dengan :
- Mengurangkan makanan terproses atau diawet. Pilih makanan segar.
- Kurangkan makanan tinggi garam ( Rujuk Jadual Kandungan Garam Dalam Makanan).
- Kurangkan garam, kicap, sos tiram dan sebagainya dalam masakan. Gantikan dengan herba dan rempah-ratus bagi menyedapkan masakan anda.
- Elakkan snek tinggi garam seperti kacang yang mengandungi garam dan kerepek kentang.
7. Minum Banyak Air
- Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air dalam sehari walaupun anda tidak berasa dahaga bagi mengelakkan sembelit dan kekurangan cecair dalam badan.
- Pengambilan air adalah dalam bentuk air kosong, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran dan sup.
8. Ambil Makanan Yang Bersih Dan Selamat
- Ambil makanan sebaik sahaja dimasak dan elakkan makanan anda terdedah lebih daripada dua jam.
- Basuh tangan anda dengan air bersih dan sabun sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
- Sekiranya anda makan di luar, pilih premis atau gerai makanan yang bersih.
Panduan setakat 14 Julai 2006....
Petua dari PetuaNenek.com mengenai Bagaimana Mengekalkan Paras Kolesterol yang Sihat:
- Kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu.
- Kurangkan pengambilan makanan tinggi kolesterol, contohnya hati dan some mkanan laut.
- Kurangkan makan makanan yang tinggi gula dan karbohidrat ringkas yg lain.
- Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Untuk membntu elakkan pemendapan dn mmudahkan penyingkiran lemak, blh la ambil lecithin.
- Senaman blh bantu turunkan kolesterol kerana HDL(High Density Lipoprotein a.k.a kolesterol baik) boleh ditingkatkan dengan menurunkan kolesterol total..
- Kepada peminum alkohol, jgn ambil secara berlebihan, kerana ia blh menurunkan paras HDL seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung. Bagi yg Muslim: ELAKKAN ALKOHOL..HARAM!!!
>> Panduan ini amat berguna agar kita dapat menjaga kesihatan sentiasa. Namun, harus diingat, gaya pemakanan manusia sememangnya berubah2 mengikut peredaran masa. Banyak makanan2 baru yg dimodifikasi bagi memenuhi keperluan pemakanan manusia sejagat. Kita harus tahu apa makanan yang elok untuk diri kita sendiri. Dengan mengikuti dan mempelajari serba sedikit tentang pemakanan, anda pasti OK! Apa yang penting ialah 'updatekan' diri anda sentiasa dengan info2 sihat secara berterusan. Bersama kita amalkan gaya hidup sihat. Anda Sihat Jiwa Selamat..Sekian..^_^..
NiaSuriAnnie........